Suami Isteri Maut- Kereta Rempuh Belakang Treler

                                                      

KM448-8,

Lebuhraya Plus arah Selatan

Rawang, Selangor

26 Ogos, 2010

6-30 pagi

Saya menerima maklumat mengenai kemalangan ini kira-kira jam 6-40 pagi.

Sekali lagi saya terkedu kerana lokasi Bayangan Maut menjadi tumpuan.

Saya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7-15 pagi setelah membuat pusingan arah ke Kuala Lumpur di Tol Rawang Selatan/Lebuhraya Guthrie.

Seperti dijangkan, laluan sesak sepanjang kira-kira 2 kilometer kerana hanya 2 lorong lebuhraya dibuka.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 pagi di KM448-8 Lebuhraya Plus arah Selatan, kira-kira 2 kilometer dari susur Rawang Selatan.

Kereta ini dinaiki sepasang suami isteri dipercayai gagal mengelak sebuah treler yang diberada di hadapan mereka.

Akibat rempuhan kuat tepat di belakang treler, terdapat kesan retak dicermin dipercayai akibat mangsa yang tercampak ke arah cermin kereta.

Kemalangan berlaku di laluan paling kiri lebuhraya.

Treler ini membawa muatan batang simen dari Rawang menuju West Port, Pelabuhan Klang. 

Akibat kecederaan parah , kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Kamarudin Awang Teh, 62 tahun dan isterinya Nariah Abd Malik, 54 tahun.

Kamarudin yang memandu kereta , merupakan seorang pengusaha kedai makan.

Nariah merupakan Pengurus Pos Malaysia PPL (Pos Laju)cawangan Sitiawan, Perak.

Mereka dalam perjalanan dari rumah di Batu 16,Jalan Pantai Remis, Ayer Tawar , Perak menuju ibunegara.

Difahamkan, Nariah sepatutnya menghadiri satu mesyuarat Pos Malaysia pagi ini di ibunegara.

Beberapa ahli keluarga mangsa tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenainya.

Suasana menjadi pilu di lokasi kejadian apabila anak mangsa turut membantu anggota polis menguruskan jenazah kedua-duanya.

Saya sendiri tidak sampai hati untuk bertanya lebih lanjut kepada mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan itu.

Cuma salah seorang dari mereka sempat memberitahu  saya, mereka dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

                                                                 

Post Lain Yang Berkaitan

78 Comments

  • Pada 2010.08.26 09:43, nieda menulis:

    takziah kepada keluarga. ANak arwah merupakan kawan sepejabat husband saya. Husband saya on the way ke hospital sg buloh..Janji Allah pada kematian amat pasti tidak pernah lewat walau sesaaat pun..Hopefully keluarga arwah tabah dan moga roh kedua ibu bapanya ditempatkan dikalangan org2 beriman

    • Pada 2010.08.26 11:50, semut api menulis:

      al fatihah untuk arwah..

      Saya seakan selalu namapak kereta ni arah ke KL waktu pagi..

      pagi td terperangkap lagi dalam jem & kemalangan ini x jauh dr lokasi kemalnagn lori babi beku tempohari..
      semut api recently posted..Salleh @ Sallehudinsiapa mamat nih

      • Pada 2010.08.26 11:51, weeda menulis:

        innalillahiwainnailahirojiun.. takziah kepada keluarga arwah. sy merupakan kenalan keluarga arwah. terkejut jugak disampaikan berita ni pagi tadi. baru je terserempak dengan mereka before puasa hari tu.

        • Pada 2010.08.26 12:07, pengguna PLUS menulis:

          erm….aku sangkut kat sini pagi tadi sbb eksiden ni…
          damn..last week pun area ni gak lori babi…
          apa punca eksiden..?tido ke..?cakap hp ke..?sapa yg langgar dari belakang tu la yg salah.lorong memotong belah kanan..i hate reckless driver..menyusahkan org je..

          • Pada 2010.08.26 14:58, Drebar menulis:

            Tuan pengguna PLUS, dalam bulan ramadhan yang mulia ini adalah lebih baik sekiranya kita melatih diri untuk bersabar, sensitf dan bersangka baik tanpa menyakiti hati mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Semoga tuan dicucuri rahmat Allah.

            • Pada 2010.08.26 15:19, Abang Zul (9W2FLY) menulis:

              pengguna PLUS…
              Tak perlu lah buat apa-apa spekulasi… kita semua juga akan menemui Tuhan.. cuma dengan cara yang sebagaimana, belum kita ketahui..
              Ajal tetap datang menjemput… kemalangan itu sekadar penyebab.. jangan lah memaki hamun orang yang telah tiada.. cuba lah untuk rasional apabila memberi komen. Saudara mara dan sahabat handai, malahan mungkin anak-anak arwah ada menatap komen-komen di laman ini…
              Semoga saudara pengguna PLUS selamat dalam perjalanan pulang petang ini..

            • Pada 2010.08.26 18:00, dotdot menulis:

              cube awk yg rasa semua ni ? ape perasaannyee ? dah ajal dia , bukan salah sape sape pon . so no need to blame anyone laa. be MATURED please. tak perlu nak maki. bulan puasa ni , ape salahnye kalau sedekahkan al fatihah. kuasa ALLAH , so tak payah lah nak salahkan mangsaa.

              • Pada 2010.08.26 18:15, kawan anak bongsu ARWAH (!) menulis:

                hey anda yang sngat di HORMATI (!)
                engkau tade perasaaan ke ??
                kalau ye pun nak cakap pasal ta puas haty .
                ini bukan tempat yg sesuai . diam2 cukup la .
                engkau tak rase perasaan jadi anak-anak arwah tu. sedih , sayu .
                ape kate engkau sedekah al-fatihah . dapat jugak PAHALA .

                • Pada 2010.08.26 19:17, kwn sekelas ank keluarga menulis:

                  ak sokong statement kaw… dn ak knl spe kaw… sgt rasional cre ko ckp… sbb kt sme2 kt kls berdoa ntuk dy….

                  • Pada 2010.08.26 20:44, bestfren anak bongsu arwah menulis:

                    betul betul (!) kite tahuu ape perasaaan anak dye .
                    bukan mcm org yg suka cakap suka suka hati diorang

                • Pada 2010.08.26 21:24, kawan sekelas anak bongsu mangsa menulis:

                  yes . kali kedua aku nak komen :p yes cubelah pk sikit , kalau anda rasaa semua ni , mesti kecewa kan kalauu benda tak disangka ni menimpa your family , so ? pk lah , sedekah lah AL FATIHAH . bulan puasa , tambah pahala sikett . kalau nak elok lg , YASSIN lg bagos. budak budak pon boleh tahu ape itu HORMAT , takan lahh anda yg dah besar dah ada lesen lagi tuu , tak tau hormat tuu ape. ingat encik , benda mcm ni boleh jd kat smue orgg . so , be careful with your words . ALLAH tu MAHA BESAR . thankyouu

                  • Pada 2010.08.26 21:50, senior menulis:

                    sangat sakit hati membaca pernyataan ini..Allah sentiasa berada di sisi dan Dia mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya…..

                    • Pada 2010.08.27 06:31, 318 menulis:

                      senangnya membuat spekulasi berkenaan kesalahan manusia kan…mcm yg komen tu x pernah dan x akan membuat apa2 kesalahan…sensitif sikit pada ahli keluarga arwah

                      • Pada 2010.08.27 08:16, sa ba ra' menulis:

                        btol uh abang zul ! da suda ajal arwah ! ta perlu na salahkan sape2 !
                        cbe pkir dlo sblom ckp uh , sokong abg zul ! mungkin ade saudare mra
                        arwah yg bce komen kaw uh ! saya sndiri rakan anak dyea ! cbe bygkn
                        prasaan saudara mara yg bce komen kaw uh ! yup , semoga saudara pengguna PLUS selamat ! kaw mmg tade prasaan lah bro !

                        • Pada 2010.08.27 14:33, ahli keluarga mangsa menulis:

                          saudara… pedih hati saya dgr ape yg saudara katakan… ini semua takdir.. semuanya mnjadi sebab.. x kena pada saudara sedap la mulut saudara berkata.. perempuan yg mendukung anak kecik dalam gmbr tu anak saudara saya… yg terlibat dalam kemalangan tu mertua die… so tolong la.. jgn ckp ikut sedap mulut…

                        • Pada 2010.08.26 12:28, angelus menulis:

                          innalillahiwainnailahirojiun… Al fatihah utk arwah berdua. Takziah untuk keluarga. On the way pegi keje td aku lalu kat tmpt kejadian, x sangke ade 2 kematian, nmpk td cam ade satu jasad je.

                          Laluan sane dari bkt tagar ke R&R sg buloh memang kerap berlaku kemalangan, tiap2 hari lalu rase seram jek.

                          • Pada 2010.08.26 12:36, zizy menulis:

                            Mak saya baru call bagitau tentang kemalangan ni. Allahyarham & allahyarhamah merupakan kawan parents saya sewaktu di Sitiawan dulu.. kali terakhir berjumpa bulan lepas. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan para Sahabat dan semoga Allah mencucuri rahmatNya. Takziah buat semua ahli keluarga..

                            • Pada 2010.08.26 12:49, Zeck menulis:

                              Takziah kpd keluarga arwah..Allahyarham adalah keluarga mertua kepada biras saya. Selepas kejadian, Allahyarhamah Nariah sempat menelefon kepada menantunya dan memberitahu yang beliau telah terlibat di dalam satu kemalangan sebelum talian tiba-tiba menjadi senyap. Semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada roh mereka. Amin.

                              • Pada 2010.08.26 12:55, Sigma Tamron menulis:

                                Saya baru balik dari jabatan forensik hospital sungai buloh melawat jenazah. Kata anaknya, kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Ayer Tawar selepas Asar. Ketika saya balik, jenazah sedang dimandikan. Khabarnya lori treler masih tidak dapat dikesan. Seperti yang ditulis oleh Zeck, memang benar Allayarhamah Nariah sempat menelefon anaknya. Dulu pernah membeli kuih raya dari Allaharyamah.

                                • Pada 2010.08.26 13:01, Zulfadhli Abdullah menulis:

                                  Takziah kepada anak-anak keluarga Arwah. Isteri beliau merupakan rakan pejabat saya ketika saya di Poslaju dulu. Cuma dia di cawangan, saya pula di HQ. Semoga roh mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta dilepaskan seksaan kubur.

                                  • Pada 2010.08.26 13:21, Mohd Zulkifli Ali menulis:

                                    Takziah buat seluruh keluarga allahyarham…semoga roh mereka dicucuri rahmatNya…dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh/solehah…mereka merupakan ibu bapa kpd rakan sepengajian saya di UiTM…harap semoga saudara Tamyiz tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini…al-Fatihah..

                                    • Pada 2010.08.26 13:54, Ziea menulis:

                                      Alfatihah… takziah…! sgt terkejut ngan brita ni…. salah sorg anak arwah adalah sahabat kami masa belajar di UiTM dulu…. Takziah buat seluruh keluarga allahyarham…semoga roh mereka dicucuri rahmatNya…dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh/solehah… Semoga Tamyiz tabah menghadapi segalanya! amin!

                                      • Pada 2010.08.26 13:59, Kujie menulis:

                                        Alfatihah dan takziah untuk keluarga.

                                        Laluan Rawang – Bukit Beruntung – Bukit Tagar – kerap lalu ikut sini untuk mengelak kesesakan di bandar Rawang memang kerap berlaku kemalangan.
                                        Kujie recently posted..Tips Bawa Anak Membeli-belah

                                        • Pada 2010.08.26 14:24, gaban menulis:

                                          nampaknya airbag merupakan satu keperluan skang..kereta tak la remuk mana pun..

                                          • Pada 2010.08.26 15:02, Fifi menulis:

                                            ha ah la.kete tak la remuk mana. kalau tak pakai seat belt mmg la bahya.

                                            • Pada 2010.08.26 19:03, orang yang memahami menulis:

                                              pakai seat belt or tak ,
                                              remuk teruk or takk ?
                                              dah kuasa ALLAh .
                                              DIA lebih sayangkan pakcik kamarudin dan makcik nariah .

                                              • Pada 2010.08.27 11:52, Kuzer menulis:

                                                Cakap macam nak salahkan ALLAH . Kalau usaha , dan kena barula KUasa ALlah boleh guna .

                                                Fikir sebelum tulis .

                                                • Pada 2010.08.27 12:20, Izat menulis:

                                                  Salam

                                                  Memang kuasa Allah,betul kata saudara Kuzer,Ajal dan maut
                                                  ditangan tuhan,hanya Allah yg mengetahui dan kita kena usaha
                                                  ,tak mustahilkan Allah akan panjangkan umur kita kalau kita doa
                                                  dan usaha?lagipun Maut di tangan Dia,bila2 Dia boleh ubah.
                                                  Izat recently posted..Underwear

                                              • Pada 2010.08.26 19:18, kwn sekelas ank keluarga menulis:

                                                dyorg x pakai seatbelt ke???

                                                • Pada 2010.08.27 12:21, Izat menulis:

                                                  Wallahua’alam,tapi dari gaya perlangaran tu,agak mustahil kalau pakai
                                                  seatbelt boleh terpelanting kena cermin..

                                                  Al-Fatihah
                                                  Izat recently posted..Underwear

                                                • Pada 2010.08.26 20:43, bestfren anak bongsu arwah menulis:

                                                  eh , ta tau . takan ta pakai kot …..

                                                  • Pada 2010.08.27 08:19, sa ba ra' menulis:

                                                    tu bkn pnyebab dyea lahh ! dah ALLAH syg kan arwah ! ajal maut tuh
                                                    da ttrtulis ! ta lewat walau ssaat pon !

                                                    • Pada 2010.08.27 11:46, wak kordi menulis:

                                                      mmg la ni semua takdir Allah swt tapi kita kena siasat, ambil pengajaran dari apa yg berlaku. tak boleh la nak ade sikap ” ala kalau dah ajal”, “kalau dah takdir nk buat mcm mane”, menyerahkan nasib bulat2 kepada Allah tanpa usaha. pakai seat belt pun adalah satu usaha nk elakkan kecelakaan. mungkin design kereta tak sesuai atau mangsa tak pakai seat belt atau design bumper lori yg berbahaya apabila dilanggar atau kewajaran warga emas dibenar memandu. perkara2 seperti ini yg harus disiasat oleh polis, MIROS etc2.

                                                  • Pada 2010.08.27 13:35, kawaw menulis:

                                                    nie lagi sorang . YA ALLAH , dah ketentuan DIA nak buat mcm mana. kalau dia pakai seratus seatbelt pon , lima puluh airbag pon , dah AJAL nak buat mcm manaa. ALLAH dah tentukan . nak uji kuasa ALLAH ke wahai org dewasaa ?

                                                    • Pada 2010.08.27 13:50, zech menulis:

                                                      ketentuan di tangan Allah.
                                                      tapi kita disuruh berusaha. bkn biar saje ajal menjemput tanpa buat apa2.
                                                      lepas ni tak payah pakai seatbelt semua org..
                                                      takyah service kete, takyah tukar tayar.
                                                      perokok pulak, tak payah nak berhenti.
                                                      sbb kawan kite Kawaw ni ckp kite tunggu je ajal kite,
                                                      buat apa pun tak guna. ye tak ?

                                                  • Pada 2010.08.26 14:50, Kawan menulis:

                                                    Takziah kepada keluarga allahyarham dari rakan pensyarah UiTM, Puncak Perdana.

                                                    • Pada 2010.08.26 15:11, Abang Zul (9W2FLY) menulis:

                                                      Al Fatihah… sudah demikian janji ALLAH… Takziah kepada keluarga kedua-dua Allayarham…

                                                      • Pada 2010.08.26 15:57, PaksiKejahatan menulis:

                                                        alfatihah kepada arwah suami isteri.. kesian.. anak nya si Hanis dah nak kawen ujung taun ni…
                                                        PaksiKejahatan recently posted..Video 1 – Guy On Bike Gets Hit By Train

                                                        • Pada 2010.08.26 16:11, Hamba Allah menulis:

                                                          Kalau boleh tak perlulah nyatakan nama anaknya atau nama-nama ahli keluarga di sini. Kesian dia. Simpatilah sikit.

                                                          • Pada 2010.08.26 16:15, syahirah menulis:

                                                            takziah kepada seluruh keluarga mis hanis diyana (x-lecturer sy d puncak perdana)semoga roh ke dua ibu bapanya dicucuri rahmatNya…dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh/solehah…

                                                            • Pada 2010.08.26 16:42, mahalil menulis:

                                                              Allah Akbar…Janji Allah memang benar,cuma kita yang selalu lalai kepadaNYA.Takziah kepada seluruh anak Allahyarham,moga roh kedua ibu bapanya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh/solehah.aL FATIHAH

                                                              • Pada 2010.08.26 16:45, mohd hilmi menulis:

                                                                Salam semua, takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa..diharap anda tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, saya berdoa agar kedua-dua mangsa ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Saya juga sedih bila membaca artikel ini, selasa lepas adik kawan saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.. Di sini saya ingin menasihati semua pembonceng motosikal, anda semua hendaklah menjaga keselamatan diri masing-masing semasa berada di jalan raya mahupun di lebuh raya. Pengguna motosikal amat berisiko tinggi menjadi mangsa kemalangan. Oleh itu, saya berharap sangat-sangat , semua pengguna jalan raya dan lebuh raya…IngatLah Orang TerSayang..Patuhi Undang-undang Jalan raya..insyaallah akan selamat…

                                                                • Pada 2010.08.26 16:56, wifezorro menulis:

                                                                  semoga mereka tabah dgn ketentuan ini…. dan masa kita pasti akan tiba

                                                                  • Pada 2010.08.26 17:28, MaruRu menulis:

                                                                    Takziah di ucapkan kepada miss yang kehilangan parents nya. Semoga miss dan keluarganya tabah masa yang susah ini. May the souls rest in peace.

                                                                    • Pada 2010.08.26 17:31, nurul menulis:

                                                                      ya ALLAH . his youngest daughter is my good friend. AL FATIHAH . dah ajal nak buat mcm mana.

                                                                      • Pada 2010.08.26 17:34, kawan nurul di atas niyhhh menulis:

                                                                        yess yesss , their youngest dughter smpai nak pengsan daaa dgta berite tuee . my best friend . tough dear (!) pacik kamarudin n macik nariah org baekkk … smoga dicucuri rahmatt , amin

                                                                        • Pada 2010.08.26 18:19, Sam Saw menulis:

                                                                          takziah kepada keluarga

                                                                          • Pada 2010.08.26 19:14, kwn sekelas ank keluarga menulis:

                                                                            Al-Fatihah… drpd Allah kami datang… kpd-Nya kami kembali…. ak juz trse sedih sgt bl bce berita ni… sllu bl ak tgk berita cmni… ak rilek je… tp kli ni ak sgt trse sbb ia berlaku kt rakan sekelas ak sendiri… rakan sekelas ak ni sgtla baik… hinggakn ak merasakn yg dy ni nyawa bg kls ak… dy sllu bg ckg rasa happy bl msk kls ak… tp ak trse sbb ak sme brde di tmpt yg sama.. tp alhamdulillah… ak masih ad parents ak lg… dy nih merupakan ank bongsu,, abg2+kakak2 dh ad tmpt… tnggl dy sorg je skolah lg… sme jelah cm ak… ak harap agar roh parents dy dicucuri rahmat & ak harap yg kwn sekelas ak ni kuat semangat… jgn risau mas… insya-Allah, kmi sentiasa ad bersama kaw!!!

                                                                            • Pada 2010.08.26 20:38, sahabat menulis:

                                                                              takziah fer daa whole family.be strong yaa (!)

                                                                              • Pada 2010.08.26 20:59, Dzue menulis:

                                                                                Takziah buat keluarga arwah. Semoga berada disisiNya. Saya tidak mengenali arwah, tetapi dapat rasakan mrka sgt bahagia, krna suami sanggup menemani istri ke kl, utk mesyuarat. “Setiap yang hidup akan mati”, harap family arwah bersabar. Al-Fatihah.

                                                                                • Pada 2010.08.27 06:28, 318 menulis:

                                                                                  sememangnya abg din dan kak nariah adalah loving couple. saya ni sepupu kak nariah. inilah yg dikatakan sehidup semati. minta jgn dipersoalkan kesalahan sesiapa dlm hal ini…jika allah nk ambil nyawa, bawa kereta secermat mana pun akan ajal jua mengikut kehendakNya

                                                                                • Pada 2010.08.26 21:00, Amril az menulis:

                                                                                  Al fatihah utk mangsa
                                                                                  nampaknya byk kes langgar belakang ni. Aku macam nak bg suggestion pada pihak Plus utk mencipta portable belon yang boleh letak kat belakang kenderaan yg brenti kat emergency lane. Everytime peronda plus nampak je trus pam letak belakang kenderaan. Jadi impact boleh dikurangkan.
                                                                                  Just a suggestion. Aku nampak ramai yang mati langgar besi padu tu. Even aku yang selalu driving pun pernah lalok masuk emergency lane

                                                                                  • Pada 2010.08.26 22:10, Abang Zul (9W2FLY) menulis:

                                                                                    Saudara Amril az..

                                                                                    Suatu cadangan yang realistik.. kenapa tidak, sama seperti yang digunakan kat CUB PRIX..tetapi lebih besar dan kuat..juga diletakkan strobe serta reflector yang terang di atasnya. Memang berkesan untuk menyerap impact..

                                                                                    Lagi satu, kepada kenderaan berat, harus diwajibkan memasang lampu/beacon tambahan (strobe lights)di bahagian belakang, terutamanya lori2 tua dan merangkak je atas lebuhraya.. kadang2 kelajuan nya kurang dari 80km/j…
                                                                                    Dah le slow, lampu belakang pulak macam pelita minyak tanah… antara nampak dengan tidak sahaja.. hmmm..

                                                                                    • Pada 2010.08.27 06:10, 9W2+++ menulis:

                                                                                      Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati.Salam takziah!
                                                                                      Saya amat bersetuju dengan pendapat, pandangan dan cadangan yang diajukan di sini.
                                                                                      Dalam bahasa yang mudah, mereka sanggup dan mampu membeli lori yang berharga beberapa puluhan ribu ringgit tetapi demi keselamatan orang lain, untuk membeli peralatan untuk keselamatan TIDAK mampu. Sikit-sikit nak tunggu arahan dan penguatkuasaan. Inilah budaya orang kita.
                                                                                      Kepada keluarga yang terlibat dan yang berkenaan, takziah diucapkan. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
                                                                                      @kaz

                                                                                  • Pada 2010.08.26 21:22, JEE menulis:

                                                                                    Semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. Arwah berdua merupakan kenalan rapat suami saya. Kehilangan mereka amat dirasai suami….smp menangis2 bila tahu berita ini…. Al-Fatihah

                                                                                    • Pada 2010.08.26 21:23, cikpuan menulis:

                                                                                      sesuatu harus dilakukan supaya setiap kenderaan berat mempunyai pantulan cahaya yang cukup jelas atau lampu amaran yg berfungsi spy kenderaan dibelakang alert. kdg2 lampu pun kelabu dan malap dan kecil pula.. kita sekadar berusaha, ajal maut Allah s.w.t yg tentukan….

                                                                                      • Pada 2010.08.26 21:24, mizi2054 menulis:

                                                                                        Takziah dan beruntung dipanggil Ilahi pada Ramadan

                                                                                        • Pada 2010.08.26 21:29, Rakan Sitiawan menulis:

                                                                                          Salam. Terkejut saya melihat berita mlm ni. Walaupun kurang rapat dengan kedua suami isteri, tapi, bila terjumpa mereka, mereka tidak lokek dengan senyuman dan tegur sapa.. Saya kenal mereka sebelum Allahyarham membuka Bistro lagi.. Sememangnya Allah lebih menyayangi orang yang baik begini.. Semoga anak2 dan keluarga arwah tabah dan reda atas pemergian mereka dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. Alfatihah..

                                                                                          • Pada 2010.08.26 21:47, senior menulis:

                                                                                            tabah mas…terselindung ribuan makna di sebalik bulan ramadhan ini..sabar kan hatimu kerana kami sentiasa ada di blkngmu..AL-FATIHAH untuk pakcik dan makcik yg sgt disayangi Allah s.w.t..

                                                                                            • Pada 2010.08.26 22:19, junior kak mas menulis:

                                                                                              slm takziah kpd seisi keluarge…bykkan b’sbr ats ape yg menimpa…Allah S.W.T lebi sygkan mereka…

                                                                                              • Pada 2010.08.26 22:35, siranep menulis:

                                                                                                pembetulan untk tuan rumah.. Lori tersebut membwa ‘cerucuk’ untuk kerja piling bukan ‘batang simen’…dari gambr nampak lori tersebut lebih muatan..

                                                                                                • Pada 2010.08.26 23:28, anonymous menulis:

                                                                                                  takziah kpd kak mas….smoga kak mas sabar….

                                                                                                  • Pada 2010.08.27 04:59, Noor Zaitun Yahaya menulis:

                                                                                                    Assalamualaikum dan Salam Hormat,

                                                                                                    Terkedu dan sungguh meyayat hati peristiwa ini yang bukan kali pertama berlaku di tanah air tercinta. Bagi saya rakyat Malaysia merasa amat terpanggil untuk mengetengahkan isu keselamatan dijalan raya sebagai suatu yang perlu diberi perhatian dan keutamaan terutama pada musim perayaan sebegini…moga ramai yang perihatin dan memberikan perhatian terhadap isu keselamatan ini yang sejajar dengan tuntutan agama.

                                                                                                    Kepada keluarga mangsa takziah diucapkan, sudah janji mereka menemui Illahi pada bulan yang mulia ini. Insyallah ada ganjaran disisiNya menanti.Moga arwah bersama dikalangan orang beriman dan muttaqin.

                                                                                                    Sekian, Salam Ramadhan Al Kareem dari saya.

                                                                                                    Noor Zaitun Yahaya
                                                                                                    Institute for Transport Studies University of Leeds UK

                                                                                                    Noor Zaitun Yahaya recently posted..Ucap Utama AGM MPA 2010

                                                                                                    • Pada 2010.08.27 06:24, 9W2+++ menulis:

                                                                                                      Assalamualaikum dan Salam Ramadan serta Salam Takziah.
                                                                                                      Yang sudah pergi, pastinya tidak akan kembali. Kita juga akan tetap akan menghadap ilahi.

                                                                                                      Bila berlaku kemalangan seperti ini, kita amat berasa dukacita yang teramat sangat. Memang menyayatkan hati kita tambahan lagi dalam bulan Ramadan dan sudah hampir kepada menyambut Syawal.

                                                                                                      Kemalangan adalah penyebab. Mati tetap mati. Sebagai manusia, kita perlu mengelak daripada berlakunya kemalangan. Tidak kira, siapa yang bersalah.

                                                                                                      Pemandu atau pemilik lori ada peranannya untuk mengelakkan kemalangan dari terjadi. Letaklah kon keselamatan pada jarak yang sesuai. Atau boleh letak apa-apa benda yang sesuai supaya pemandu lain dapat melihat dan berjaga-jaga. Janganlah kerusi atau kayu atau daun pokok getah dan benda lain yg tidak sesuai.

                                                                                                      Pihak PLUS/Lebuhraya(penyelenggara lebuhraya/jalanraya), bertindaklah seberapa segera selepas menerima laporan kerosakan.

                                                                                                      Kepada pemandu-pemandu kenderaan pula mungkin lebih elok kalau kita amalkan cara pemanduan preventif dan lebih berhemah. Kita jagalah diri kita semasa memandu. Kita cuba berusahaha ke arah ‘memandu secara preventif’. Jangan terlalu mengharapkan orang lain nak menjaga keselamatan kita. Kalau perlu perlahankan kenderaan, kita perlahankan demi keselamatan.

                                                                                                      Sesudah kita berusahaha dan berikhtiar, maka serahlah kepada Allah.
                                                                                                      Terima kasih.
                                                                                                      @kaz bpj sp

                                                                                                    • Pada 2010.08.27 08:13, aReaL menulis:

                                                                                                      Takziah Buat Keluarga Mangsa, Di Harap Mereka Dapat Bersabar… Then, Tahniah Buat Bro Ondscene.. Blog Baru Memang Best.. Load Gambar Pon Lebih Laju… Ur The Best… Hehehe…

                                                                                                      • Pada 2010.08.27 09:10, saudaramara arwah menulis:

                                                                                                        Sesengguhnya daripada Allah kita datang kepadaNya kita kembali..Takziah..kesedihan ini dikongsi bersama penduduk kampung Ayer Tawar..Arwah berdua adalah orang yang suka membuat kerja kerja amal di kampung dan amat mengambil tahu hal-hal kampung..malahan Arwah Kamaruddin adalah Pengerusi Masjid AlFalah dan telah membawa banyak perubahan dari segi infrastruktur dan pengisian program kerohanian di Masjid.Jasanya dikenang..tuturkata lembut dan berbudi bahasa walaupun bercakap dengan anak anak muda remaja..lebih kepada menasihati selari dengan latarbelakang nya sebagai bekas guru.Seorang yang berprinsip dan menyatakan kebenaran walaupun pahit..semoga roh mereka berdua di tempatkan bersama orang yang soleh dan solehah..Amin….

                                                                                                        • Pada 2010.08.27 09:13, JajaFariena menulis:

                                                                                                          Alfatihah untuk kedua duanya… Allahyarhamah adalah kakak sepupu saya yang agak rapat. terkedu bila menerima panggilan telefon tentang kejadian ini pagi semalam. Alhamdulillah kerana saya masih sempat menetap wajah kedua duanya sebelum di kembumikan semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua mereka.

                                                                                                          • Pada 2010.08.27 09:15, Tie menulis:

                                                                                                            Takziah buat keluarga yang berkenaan. Semoga kedua-duanya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Insyaallah.
                                                                                                            Tie recently posted..Duku dan Dokong lagi

                                                                                                            • Pada 2010.08.27 09:53, fadzly menulis:

                                                                                                              Salam..

                                                                                                              Takziah kpd keluarga mangsa di atas kejadian yg berlaku.
                                                                                                              sy percaya sekiranya memakai tali pinggang Insyaallah kadar kematian mungkin dapat dikurangkan. Walaupun kita tidak tahu ajal tu dtg mcm mana, tp sewajarnya kita berusaha utk mengelakkan kecelakaan terutamanya di musim perayaan ini.

                                                                                                              • Pada 2010.08.27 10:18, mdm poslaju.. menulis:

                                                                                                                Salam Takziah buat semua ahli keluarga Allahyarhamah / Allahyarham…SEMOGA ROH MEREKA BERDUA DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN DIKALANGAN GOLONGAN YANG BERIMAN…Amin..

                                                                                                                • Pada 2010.08.27 10:30, ZULIZA menulis:

                                                                                                                  TAKZIAH DAN AL FATIHAH KEPADA KEDUA-DUANYA…. MANGSA MERUPAKAN SAUDARA SAYA…. KAK NARIAH….. SEMOGA KELUARGA MANGSA TABAH….

                                                                                                                  • Pada 2010.08.27 10:32, 318 menulis:

                                                                                                                    bagi penduduk ayer tawar dan juga saudara mara yong nariah serta abg din, marilah kita banyakkan sedekah al fatihah kpd almarhum dan almarhumah…semasa saya balik dari kg selepas pengkebumian mereka..mmg ternyata banyak lori2 treler yg parking di tepi jalan dan kadang2 di pinggir jalan yg tidak berlampu langsung. yg di atas jalan pun lampu belakangnya malap…harap pengusaha2 lori2 tersebut mengambil inisiatif sebelum bnyk lagi kejadian seperti ini berlaku.

                                                                                                                    • Pada 2010.08.27 10:58, sojar tua menulis:

                                                                                                                      Apa yang dilapurkan akhbar, mangsa tidak pakai seat belt. Sebagai peringatan kita semua agar sentiasa berhati-hati, walaupun perjalanan dekat, seatbelt, helmet kena pakai. Impak kereta tu tak lah kuat sangat, saya rasa tidaklah kereta dipandu laju. Apa pun ajal maut ditangan Tuhan dan kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

                                                                                                                      Didoakan muga roh aruah berdua dihimpunkan bersama-sama orang soleh dan diterima segala amalannya di dunia. Takziah saya kepada anak-anak dan keluarga yang ditinggalkan. Sentiasalah berdoa kepada Allah sebagai bantuan sedekah kepada yang telah tiada.

                                                                                                                      • Pada 2010.08.27 11:55, Bento Malaya menulis:

                                                                                                                        Area panas…

                                                                                                                        Berhati hati lah semasa memandu, jangan hilang fokus!

                                                                                                                        Takziah buat keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi dugaan Allah.

                                                                                                                        • Pada 2010.08.27 12:39, Tany menulis:

                                                                                                                          Innalillah… salam takziah buat keluarga mangsa.
                                                                                                                          Saya tak dapat bayangkan perasaan anak2nya sekarang. Tambah lagi kita dah dekat nak menyambut Hari Raya. Kerap sangat accident membabitkan lori/treler. Dimanakah silapnya?

                                                                                                                          Sedih sangat bila baca berita ni dan komen2 keluarga/kenalan arwah. Saya harap kepada yg membuat spekulasi atau menyalahkan mangsa, tolong respect keluarga mangsa yg dalam kesedihan. Janganlah menyalahkan orang yg dah pergi. Kita sedekahkan alfatihah dan doa. Semoga roh arwah tenang di sana.

                                                                                                                          Diharap kpd yg nak balik untuk Raya, berhati2lah di jalan raya.

                                                                                                                          • Pada 2010.08.27 13:35, bintang menulis:

                                                                                                                            saya anak saudara arwah mak cik nariah. saya tau dorg org yang baik. mama saye pun rapat dengan keluarga arwah. sedih bila dapat tau pasal kemalangan ni. dalam kelas pun terbayang2 pasal kemalangan ni. saye harap anak2 arwah tabah dan kuat. hari raya ni mesti rasa lain, sedih, sebab selalu 1st day raya kami akan ke rumah arwah dan beraya beramai2.

                                                                                                                            • Pada 2010.08.27 13:39, :( menulis:

                                                                                                                              aku tak boleh terima smue nii ;’(

                                                                                                                              • Pada 2010.08.27 14:28, ape nak jadi org kita?? menulis:

                                                                                                                                harapan saya pada encik ondscene sila tutup ruangan komen pada setiap post…ini kerana bnyk sgt komen yg x patut kuar…bagi sya cukupla sekadar maklumat yg encik ondscene paparkan pon dh cukup memberi maklumat…harap sgt2 encik ondscene tutup bahagian komen sedih saya melihat komen di atas.