KM 419.5
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Bukit Tagar, Hulu Selangor
31 Dis 2011
2.30 pagi
Nama mangsa : Mohd Zakri Othman -56 (suami), Latifah Hashim, 48 (isteri)
Laluan Bayangan Maut meragut 2 nyawa di penghujung tahun 2011 ini dan berlaku dengan begitu tragis sekali.
Dan ia berlaku di KM419.5 ,hanya kira-kira 400 meter (KM 219.9) dari kemalangan yang meragut nyawa Ketua Penolong Pengarah Siasatan 2 JSJ Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abd Halim pada 4 Februari 2010
Kereta Proton Waja ini dinaiki 5 orang – terdiri dari 4 sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan 2 anaknya dan seorang lagi rakan kepada anak mereka.
Difahamkan mereka dalam perjalanan dari Kedah menuju Temerloh.
Setibanya di tempat kejadian, kereta ini dipercayai terbabas dan terus merempuh bucu besi penghadang lebuhraya.
Akibatnya, kereta ini remuk samasekali dan besi turut menembusi dan membengkok di dalam kereta sepanjang kira-kira 3 meter.
Kereta ini turut merempuh tembok.
Keadaan begitu tragis kerana kedua-dua mangsa cedera teruk – suami cedera parah di kepala akibat hentakan dari besi tersebut.
Mohd Zakri Othman yang duduk di bahagian penumpang maut di tempat kejadian.
Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru.
Manakala isterinya , Latifah Hashim, tercampak keluar melalui cermin hadapan ke arah besi penghadang jalan tersebut.
2 lagi anak mangsa, Noor Fauzana 22 tahun, dan Mohammad Fakhrul 17 tahun yang turut cedera bersama seorang lagi rakan mereka , Mohammad Ramdan Firdaus Johar, 17 tahun dihantar oleh orang awam ke Hospital Sg Buloh.

Mayat pasangan suami isteri dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Nota: Polis masih menyiasat siapakah sebenarnya yang memandu kereta ini.
EDIT : Pihak polis telah mengesahkan bahawa kereta tersebut telah dipandu oleh anak mangsa Mohamad Fakhtul Razip Bin Mohd Zakri yang berumur 17 tahun.
Mangsa yang cedera ialah Noor Fauzana Bt Mohd Zakri ( 22 tahun ) dan Mohamad Ramdan Firdaus Bin Johan ( 17 tahun)











alfatihah untuk mangsa…..sedih bila ianya berlaku di penghujung tahun 2011….
Takziah dan Alfatehah juga dari kami…kejadian berlaku 2.30 pagi..waktu ini minda dan fizikal barangkali dalam separa tidur…kepada pengguna jalanraya lain lebih elok merancang perjalanan di waktu siang..malam adalah utk merehatkan badan..lainlah kalau benar2 terpaksa…sekadar pandangan
Saya bleh jamin 100%, kalau ada lori “parking” kat situ, mesti banyak komen salahkan lori yang berhenti tu….. Macam kes Datuk Mohd Hazam.
Betul tu. Setuju sangat.
Dah lumrahnya begitu, afirdaus.ab & Atok…
Maklumlah, dreba lori mana ada sekolah tinggi, mana reti nak bukak komputer.
Memang sedap la nak taip apa pun pasal takdak sapa yang nak pertikai. Ikut sedap jari depa saja la…
Al Fatihah … Takziah untuk keluarga mangsa.
sy paham perasaan pemandu lori yang lain..tapi disebabkan segelintir yg buat perangai xptot kite salahkan semua pemandu lori..
LIKE komen anda along … terima kasih.
Assalamualaikum,
Abang Zul, saya jumpa ramai juga pemandu lori atau kenderaan berat yang sangat bertimbang rasa dan menghargai pengguna jalan yang lain, siap membantu kami untuk memotong dengan selamat lagi. Sekerat dua yang buat hal, bukan bermakna semua pemandu kenderaan berat suka buat onar. Pengguna jalan raya yang lain pun bukannya semua bertertib di jalan.
kunci utama adalah “nilai berhemah” yang ada dalam diri pemandu itu sendiri, bukannnya jenis kenderaan yang dibawa. Pandu jet pun, kalau tak berhemah, tetap menyusahkan orang juga.
Wa’alaikummussalam, Anyss.
Terima kasih kerana memahami apa yang tersirat dari yang tersurat.
AbangZul, macam mana nak ajar pemandu lori yang suka buli penunggang motosikal macam saya ni? Hari tu nasib baik tak terbunuh dek sikap pemandu lori yang tak bertanggung jawab ni. Lori tu himpit saya ketika sedang memotong.
Takziah kepada keluarga mangsa. Banyakkan bersabar. Off topik sikit-sedih pula bila terklik kisah arwah Datuk Hazam tu
Innalillahiwainnailaihirojiun… Semua ini sudah tertulis..
Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi..
salam..
pada anggapan sy pada mulanya kereta mungkin dipandu ayah mangsa..namum disebabkan terlalu letih ayah mangsa menyuruh mangsa memandu..
takziah buat keluarga mangsa..al-fatihah
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Takziah untuk mangsa dan semoga cepat sembuh.
Disclaimer/Penafian
Archives
Categories
Komentar