Suami Isteri Maut Treler Terhumban Ke Tebing Sungai

Km 25 Lebuhraya KL-Karak/
Batu 11, Jalan Gombak
15 Feb 2009
Hasrat seorang isteri menemani suaminya menaiki treler dipandu suaminya, akhirnya berakhir dengan tragedi.
Kedua-dua mereka akhirnya menemui ajal dengan keadaan yang amat tragis.
Pasangan suami isterinya akhirnya maut apabila treler yang dinaiki terhumban ke tebing sungai setelah terbabas di lebuhraya.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di KM 25 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur.
Treler ini membawa muatan batang besi pembinaan seberat kira-kira 25 tan dari Pantai Timur dan dipercayai menuju ke Shah Alam.
Setibanya di tempat kejadian, treler ini dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuhraya.
Ia kemudian terus terhumban ke bawah setinggi kira-kira 8 meter menyebabkan kepala treler ini terbalik manakala muatannya bertaburan di atas lebuhraya dan terjatuh ke jalan di bawah.
Treler ini terjatuh di tebing sungai Gombak di Batu 11 Jalan Gombak Lama.
Suami, Azizan Abu Bakar, 49 tahun dari Kg Hutan Gelam, Tikam Batu, Sg Petani, Kedah tercampak di atas jalan dan ditimpa oleh batang besi.
Manakala isterinya, Zarina Abdullah , seorang warga Thai, beralamat di Batu 1 Kg Behor Temak
Kangar, Perlis, tersepit di celah kepala treler yang remuk.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Mereka dipercayai baru sahaja berkahwin tahun lalu.
Sekeping kad Hal-Ehwal Agama Islam Perlis yang ditemui di tempat kejadian, menunjukkan , Zarina baru sahaja memeluk agama Islam Jun tahun lalu.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kerana ia merupakan laluan menuruni bukit dan merupakan satu selekoh.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan juga menjurus samada kemalangan akibat masalah mekanikal seperti tayar atau kecuaian pemandu.
Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sebarang maklumat mengenai kemalangan bagi membantu siasatan, boleh disalurkan kepada:
03-61262222 sambungan 2244
Pegawai Penyiasat Trafik
Insp Hairina Zakaria
Trafik IPD Gombak

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2009.02.16 01:08, sreSHAziela menulis:

    smlm lalu sana dlm pukul 12.30. jln tutup jd 1 lane.. jam jadinya.. sib baik sekejap je..

    mmg dasat, tgk smlm besi penghadang semua elang tercabut..

    in the future better letak batu2 besar utk penghadang.. kurangkan kemungkinan accident terjadi

    • Pada 2009.02.16 10:36, usain bolt menulis:

      insp hairina zakaria..
      pegawai penyiasat yang sama dalam kes kemalangan maut pertama di DUKE..

      • Pada 2009.02.18 00:57, on the scene menulis:

        sreshaziela – saya setuju dgn anda kerana kebnkan jambatan ada penghadang besi, dan batu atau tembok tebal sekurang2 mampu menjauhkan kenderaan terhumban ke bawah.
        dlm kes ini, treler dipercayai tayar pecah sebelum hilang kawalan dan merempuh besi penghadang.

        usain- betul tu bang. Insp hairina ni, pegawai muda yg sentiasa tenang dan senyum sokmo…!!!

        You must be logged in to post a comment.