Takziah Untuk Keluarga Arwah Kamariah yem

Sesungguhnya, dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita kembali.

Pemergian orang yang disayangi sememangnya amat meruntun jiwa malah jika pemergiannya tanpa diduga.

Segalanya telah ditakdirkan dan kita yang masih hidup, perlu meneruskan kehidupan ini , dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.

Apabila saya mendapat respon./komen dari anak arwah kamariah yem (baca entry di bawah 19 Feb 2009) dan membacanya, saya merasa begitu sebak. Saya membacanya berulang kali, betapa luahan hati dari seorang anak yang kehilangan ibunya selama-lamanya tanpa diduga, mampu meruntun jiwa ini.

Benar, saya dikategorikan oleh rakan-rakan sebagai ‘brutal’ dan tak pernah kenal erti takut, gerun atau lebih dasyat, mereka menggelar saya kejam…!!! Tetapi luahan dari kedua-dua anak arwah, benar-benar mengusik jiwa saya.

Sebagai penghormatan , saya menulis entry ini khusus untuk keluarga arwah dan kita sama-sama menyedekahkan Al Fatihah kepada arwah.

Qayyim Putri Mohd Khalil said…
Assalamualaikum w.b.t.Saya Qayyim Putri Mohd Khalil merupakan anak ke-4 kepada arwah Hajjah Qamariah. Terima kasih kepada semua yg begitu prihatin terhadap arwah mummy saya. kami sekeluarga begitu terharu atas komen2 yang telah diberikan. Pada hari kejadian, saya berada di Solo Surakarta, Indonesia menuntut di sana. saya mendapat panggilan daddy pada pukul 5.30am. Terkejut mendengar khabar berita yg sungguh menyayat hati dan terus pergi ke airport Solo utk membeli ticket pulang ke Malaysia. Hanya Allah shj yg tau perasaan saya ketika itu. Sungguh tak percaya sebulan sebelum kejadian adalah hari terakhir percutian arwah mummy ke solo bertemu saya..Kami sekeluarga sungguh sedih.sebelum malam kejadian, kakak ke-2 saya, Qawiem Putri bergurau senda bersama arwah. cerita kisah silam mereka dan arwah banyak memberi nasihat kepadanya.Arwah sungguh tenang ketika itu dan dia ada mengatakan dia berbangga dengan suami dan kelima-lima anaknya dan arwah berpuas hati dengan apa yang dilakukannya semuanya berbaloi. :’(Kakak pertama saya, Qistin Putri pada mulanya tidak percaya atas pemergian mummy pada mlm itu. Dia terkilan tidak berjumpa dengan arwah selama 3 hari kerana bertugas di hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Tetapi akhirnya akur dengan ketentuan Allah s.w.t. Abang saya, Abdul Qayyum Putra yang mendapat panggilan pertama daripada inspektor pada pukul 3.35 pagi dan amat terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak akhir2 ni beliau rapat dengan arwah.Muhd Qutbi Putra, adik bongsu saya juga bergegas pulang ke rumah dari MRSM kuala kubu baru dihantar oleh guru nya selepas mendapat berita sedih ini. Beliau sgt tabah menerima takdir ini tetapi tidak tahan sebak pada malam tahlil ke-2. menangis teresak2 smbil dipujuk oleh daddy dan kami semua.Daddy, Hj Khalil Mahfoz kelihatan sedih tetapi tenang menerima takdir Allah swt.Kami percaya ini adalah ujian buatnya dan kami sekeluarga. Walaupun arwah mummy tiada, tp kami masih ada daddy.Allah lebih sygkn mummy.Biarlah mummy pergi dalam keadaan aman dan ditempatkan bersama org2 beriman.Kami redha dgn ketentuan-Nya. Al-Fatihah..
21 February, 2009 14:13


Qayyim Putri Mohd Khalil said…
Assalammualaikum and good evening, i’m Qistin as the eldest in the family. thank you to all of u yg baca. minta tlg sedekahkan fatihah kpd mummy saya. i’m trying to accept it. it’s all fated.. life hs to go on. kepada blogger ni, thanks again, i appreciate what u’ve done. semoga Allah mencucuri rahmatnye. Al-Fatihah.
21 February, 2009 15:28


Saya benar-benar dapat merasakan betapa tabah anak-anak arwah, dan saya sendiri yang sempat bertanya kepada salah seorang dari mereka, Qawiem Putri di lokasi kejadian.

Qawiem , pramugari Air Asia,begitu tenang menjawab beberapa soalan dari saya dan keadaan ini amat jarang saya alami apabila berdepan dengan ahli keluarga yang datang ke lokasi kemalangan maut.

Begitu juga Qistin Putri, doktor di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang yang sampai beberapa minit setelah jenazah arwah berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Pada mulanya, kami di lokasi agak keberatan menerima khabar bahawa mereka dalam perjalanan ke lokasi kerana ia biasanya meninggalkan trauma yang mendalam kepada ahli keluarga.

Bagaimanapun, kami tidak mahu menghampakan mereka yang dikhabarkan, akan sampai bila-bila masa sahaja lagi.

Beberapa orang awam yang kebetulan tiba beberapa saat selepas kemalangan, cuba untuk menyelamatkan arwah. Arwah juga tersekat pada talipinggang keledarnya dan keadaannya parah ketika itu.

Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.

Beberapa orang dari mereka terpaksa mengawal berbagai barangan peribadi arwah termasuk beg tangan,telefonbimbit, berbagai dokumen penting , dan sejumlah wang.

Usaha pencarian di dalam kereta juga kemudian menemui nombor telefon ahli keluarga arwah.

Dan yang paling penting, pengawal keselamatan yang menyaksikan kemalangan itu, sanggup menunggu sehingga selesai segala urusan dan sempat menceritakan kejadian kepada anak-anak arwah.

Kita sama-sama mendoakan dan sedekah Al Fatihah kepada arwah dan memberikan semangat kepada ahli keluarganya.

Sehingga sekarang, saya masih lagi membaca luahan hati dari kedua-dua anak arwah… Ia amat menyentuh hati…

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2009.02.21 11:04, Anonymous menulis:

    uncle khalil, qistin, qawiem,qayum,qayyim,qutbi takziah atas pmergian aunty. actually sy sdare jauh je ngn fmily uncle. nenek sy yg rpat ngn aunty. hri tu mse summer break smpat jumpe aunty mse aunty buat knduri arwah kat rumah. mgkin uncle xingt da nurul kot. tp xpela. smoga arwah aunty d cucuri rahmat n hrap2 korg satu family tbah ye mngharungi salah satu ujian Allah ini. Allah lebih mnyayangi aunty. al-Fatihah.

    • Pada 2009.02.21 11:30, syanim menulis:

      takziah sy ucapkan kpd family arwah.. smoga tabah menghadapi dugaan-Nya.. mmg bukan mudah tuk menghadapi situasi mcm ni..xsemua org dpt menerimanya.. bukan menolak Qada dan Qadar Allah, jauh skali nk mempertikaikan takdir yg telah ditentukan-Nya tp ………………………

      Sebulan..2bulan..3-4tahun pon belom tentu boleh lupa.. malah,mungkin selagi hayat di kandung badan ia xkan luput dr ingatan.. hanya org yg pernah melalui nya saje yg dpt merasai kesakitannya.. apa yg blh di buat hanyalah redha dgn ketentuan-Nya, berdoa smoga roh arwah dicucuri rahmat dan bersemadi dengan tenang.. serta ditempatkan di dlm golongan-Nya yg beriman..Amin…

      • Pada 2009.02.23 16:55, topeX.exe menulis:

        takziah sy ucapkan kepada family arwah. sy merupakan kawan kepada anak arwah, abdul qayyum, amat terkejut apabila menerima sms daripadanya pada pukul 5am. sy akui turut mengalirkan air mata disaat sy mengalihkan arwah semasa persediaan utk dikapankan. semogak anak2 arwah dan uncle khalil tabah dengan pemergian arwah ini. pesan sy kepada qayyum, aku tau ko kuat, sama mcm mak ko masa ko accident dulu, dia tabah je bila tgk ko accident dulu. aku harap ko pun tabah arr mcm mak ko gak ehh. apape hal or masalah ko contact aku, kita dekat je.

        • Pada 2009.02.24 15:25, Aunty Sheryna klang menulis:

          Assalamualaikum ,
          salam takziah buat Abang Haji Khalil,dan anak-anak terutama Qistin (Baby)ini Aunty Sheryna kawan baik mama semasa diPlaza Mpk dulu tapi hubungan kami rengang kerana perpindahan tempat niaga dan hubungan terputus ,aunty mohon maaf teramat sangat kerana menjadi orang yang terlewat mengetahui kejadian malang yang menimpa (mama baby) yang aunty panggil kak hajah dan ianya teramat menghiris hati ini,semoga allah mencucuri rahmat keatas roh-nya dan ditempatkan bersama hambanya yang beriman ,baby Aunty masih terasa pilu diatas kehilangan seorang kawan yang berani ,dan tegas ,serta tak pernah kenal erti putus asa ,banyak kisah suka duka yang aunty kongsikan bersama arwah mama baby, masih tersemat kemas didalam lipatan hati dan fikiran,pada malam ketiga tahlil buat mama diadakan dirumah aunty sempat membuat panggilan kerumah dan dapat bercakap dengan baby,maaf beribu maaf aunty tak dapat memenuhi jemputan baby malam itu untuk bersama kerana telah terikat dengan tugas ,insyaallah aunty akan datang menziarahi baby dan adik-adik dirumah mama,pesan aunty untuk baby dan adik2 semua tabah menghadapi dugaan berat ini allah lebih sayangkan mama teruskan impiannya…yang tertinggal dan terus tabah meneruskan kehidupan sebagaimana
          tabahnya aruah mama,kehilangan nya tiada ganti kepada mereka yang mengenali hati budi nya,buat Abang Haji semuga tabah menerima dugaan allah ,setiap yang hidup pasti menyusuli jua Amin.

          • Pada 2009.02.26 05:49, Sariah & Associates menulis:

            Saya mewakili seluruh warga Sariah & Associates mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah..
            Kami berdoa agar roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang mukmin…. Amin…
            Daripada:
            En. Jazman, Pn. Mariam, Pn. Ziana & Warga Sariah & Associates

            You must be logged in to post a comment.