KM 39.3
Jalan Lingkaran Tengah 2
Bandar Tasik Selatan
arah Bukit Jalil
Kuala Lumpur
26 Dis 2010
9.30 pagi
Bagi pemandu , Rosli Muda, 46 tahun, ini merupakan kemalangan pertama kali dialaminya sejak memandu lori tangki.
Dan Rosli bernasib baik apabila mendapat cedera ringan – kulit kepalanya terkoyak.
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di KM 39.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan arah Bukit Jalil, Lebuhraya Kesas.
Lori tangki ini membawa muatan 18 tan minyak sawit dari Kuantan menuju Westport, Pelabuhan Klang.
Setibanya di tempat kejadian, sebuah teksi tiba-tiba memasuki laluannya di hadapan menyebabkan Rosli hilang kawalan pemanduan.
Akibatnya, lori tangki ini terbabas ke kiri sebelum terbalik di laluan kiri dan laluan kecemasan.
Sebaik dimaklumkan, anggota unit kecemasan DBKL tiba di lokasi dan menaburkan habuk papan bagi menyerap minyak diesel yang tumpah dari tangki minyak lori ini.
Bagaimanapun, muatan minyak sawit di dalam tangki tidak tumpah.
Rosli diberi rawatan anggota Jabatan Pertahanan Awam yang tiba tidak lama kemudian.
Lori ini berjaya dialihkan sepenuhnya kira-kira jam 2 petang – jika lewat, bermakna, laluan arah Bukit Jalil untuk perlawanan akhir bolasepak malam ini akan menjadi sesak kronik…!
















Ade sedikit ralat info disini… tentang muatan lori tangki ini… adakah minyak diesel?.. atau minyak sawit?..
lori tangki ni bermuatan MINYAK SAWIT tapi diesel yang tumpah tu datang dari tangki minyak lori tu kerana lori tu berkuasa diesel.
Dik…
tanker bwk minyak sawit..minyak diesel tu utk tanker bergerak..
kalau x silap, muatan lori ni minyak sawit..tapi yg tumpah tu minyak diesel lori tersebut.
bodoh teksi..kekeke
naseb baik cedera saje..
ALHAMDULLILAH
lori bawak minyak sawit… tp tak tumpah… yg tumpah minyak disel dari tangki minyak dia…
KIKIKIKIKI…..
ni salah satu sikap pemandu2 di Malaysia. Tukar lorong membabi buta tanpa memberi signal. Lorong tengah tapi bawak slow macam tengah makan angin. High Beam pun masih buat tak tau.. Tolonglah, ikut peraturan.. Kalau dah slow tu, ikutlah lorong kiri sekali.. Tukar lorong tengok cermin belakang dan bagi signal..
betul3x…
memang ramai yang tukar lorong membabi buta.
seolah2 side mirror takde function.
gerammmmm bangat!!
Salam…
Sekali lagi teksi memainkan peranan dalam eksiden… Adakah sebab dah biasa ada atas jalan raya, maka pemandu teksi suka memandu sambil lewa? Ustaz Love dah banyak kali dah nyaris nak eksiden disebabkan pemandu teksi yg suka mencilok mcm mat rempit, suka makan jalan, berhenti mengejut dsb… Bukan semua, tapi yg jenis sambil lewa ni la…
Salam,
Kebanyakan (bukan semua) pemandu yang saya perhatikan, tidak menggunakan isyarat membelok semasa membelok atau menukar lorong.
Ini sangat membahayakan kepada pemandu lain, terutamanya bagi penunggang motorsikal.
Jadi marilah kita bersama-sama menggunakan segala peralatan dan isyarat yang telah dipasang pada kenderaan kita kerana setiap peralatan yang dipasang tu ada gunanya.
Mohon maaf jika menyentuh perasaan sesiapa dan ini sekadar pendapat saya.
Aku sokong dgn pendapat ustaz love. Aku pon byk kali dah hampir kemalangan yg berpunca dari teksi. Banyak pemandu teksi yg suka buat jalan raya macam dia yang punya. Macam dia sorg bayar roadtax. nak amik/turunkan penumpang tak kira tempat bahaya ke tak. Bila takde penumpang, dia laju dan mencilok2. bila dia ada penumpang, dia slow kat lorong kanan dan tukar lorong ikut sukati dia.
~ mujur takde paper yang teruk..sebab lori kalau tetiba “baring” tgh jalan nie…bahaya..~
saya lalu jalan tu tadi on da way ke Stadium Bukit Jalil…memang nampak betul2 lori tank tu terbalik…dah jalan jem memang dah agak mesti ada eksiden punya
Syukur…
saya lalu kat sini pada waktu kejadian…mrr2 sesak
nasib saya naik skuter..pulas dan jalan jer