Reality in Real Life

Tayar Gantian Tidak Sesuai Dipandu Laju – Seorang Maut

Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong
Kuala Lumpur
3 April 2010
5 pagi
Kemalangan ini berlaku dipercayai akibat memandu laju.
Malah impak dari kemalangan ini, menyebabkan enjin kereta turut tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter.
Malah mangsa juga turut tercampak keluar dari keretanya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Kepong arah bulatan Batu  Caves.
Mangsa, Jinnah Rao Munusamy, 23 tahun,  dalam perjalanan pulang ke rumah di Pinggiran Batu Caves setelah keluar minum bersama-sama rakannya.
Kereta proton Satria ini juga didapati menggunakan tayar gantian.
Tayar gantian tidak sesuai dan tidak dibenarkan untuk dipandu secara laju kerana ketidakstabilan dan saiznya yang kecil.
Mengikut manual kereta, tayar gantian tidak sesuai dipandu melebihi 60km/jam dan perlu diganti segera.
Memandu laju dengan keadaan tayar sebegini boleh menyebabkan kereta yang dipandu sukar dikawal dan menyumbang kepada kemalangan.

10 Comments

  1. grrr.hotest's Gravatar grrr.hotest
    08/06/2010    

    hmmm.to all comenters at up!!
    im here adik kepada magsa jinnah!!
    sebenarnye bkn mgse @ arwah yg drive okayhh kwn dye yg drive menyebabkan jdy cumniyh!! n ini bkn keta arwah!! arwah hnye menumpang untuk blik ke rumah! kerana arwah dan kwn yg memandu rumah bdekatan !
    sedih la tgk korang kumen bkn2 ttg abg i!thats make him pitty.my family pun xsngke! even. mlm jumat to bru dpt gaji esok tuu membe2 dye da tempahkn kubur!daymm
    thnks! soey if tksar bhase!!

  2. radd's Gravatar radd
    05/04/2010    

    bro budak-kom, xpyh la nk salahkan itu la ini la, xselesaikan masalah pon. masalah nye kat sini cara pemanduan yg macam ayam. cbe kte pikir, kalo dh tayar kecik tu pon dia bwk laju, ape lagi kalo tayar besar cam stimrol, ntah brape org dah dia tabrak.

    aku heran la dgn org yg dok pkr bile nak sampai kalo pandu slow? abis tu bile dh cium tembok camni, sampai ke? satu hal lagi org nk ganti tembok. kalo same2 tolong xpe la jgk.

    bro, aku penah drive tyr gantian, dari kk sampai sandakan, sepanjang jln xde kedai bukak. aku tau limit tayar tu, 80 dah terbuai. kalo aku bwk laju sbb nak sampai rasenye dh lame aku smp ke rahmatullah, tu pun kalo Allah nak rahmat la kan…

    kite pikir la sendiri…

  3. budak-kom's Gravatar budak-kom
    04/04/2010    

    salam bro…saya tak salahkan pemandu kalau berkait dengan tayar gantian tapi saya lebih suka salahkan pengeluar kereta.
    benar sepatutnya di ganti dengan cepat n tak d pandu laju, tapi bagaimana sekiranya berlaku di lebuhraya pantai timur.
    nak sampai ke kedai tayar memang dah jauh gile. tayar kecik nak mampus yang d kuarkan oleh pengeluar kereta dwasa ini. dulu tayar spare boleh pakai n selamat.
    sekarang pengeluar boleh di ambil sebagai satu sebab berlaku kemalangan sekiranya melibatkan tayar gantian.

  4. fADzly (wAK)'s Gravatar fADzly (wAK)
    04/04/2010    

    dasyat sampai tercabut enjin..
    tgk tmpt driver tu elok je..
    x pakai tali pinggang ke?

  5. MEDIACOM999's Gravatar MEDIACOM999
    03/04/2010    

    Guna tayar gantian tidak bahaya kalau tidak dipandu laju. Sikap pemandu antara faktor utama keselamatan jalanraya.

  6. V.I.C @ D.I.A.N.A's Gravatar V.I.C @ D.I.A.N.A
    03/04/2010    

    Perghhhh kereta main sukan lontar enjin….
    Bahaya jugak ye pakai tayar gantian..

  7. zeqzeq's Gravatar zeqzeq
    03/04/2010    

    minum dan minum-minum agaknya

  8. Yasri's Gravatar Yasri
    03/04/2010    

    Kalau perhati betul2 keter tu dah langgar palang besi(divider),pas tu tembok batu…pas tu mungkin melantun balik ke divider besi tuuu!!!
    Pehhh…memang laju x ingat nihhh!!!

  9. Friend's Gravatar Friend
    03/04/2010    

    ya.. mmg kereta dibawa laju… salah satu bukti… enjin tercabut dari kerangka selepas impak..

  10. From The News's Gravatar From The News
    03/04/2010    

    nampak macam kereta tu guna tayar spare.

    tayar spare ni sepatutnya dibawa dalam kelajuan 60km/j saja. Kalau bawa laju, boleh terbabas. Saiz tayar pun kecil.
    itu boleh jadi salah satu punca.

    kuat tembok tu, sampai enjin pun boleh tercampak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting