Reality in Real Life

Tayar Tiada Meter, Tapi Ia Ada Petanda

KM 16.6
MEX Ekpressway
Putrajaya arah K Lumpur
Sri Kembangan , Selangor
22 Mac 2012
2.45 petang

Kepada anda yang pakar mengenai tayar, sila amati foto di atas.

Adakah ianya tayar asli, tayar celup , tayar toreh, tayar terpakai,  atau tayar palsu, atau mungkin juga tayar tiruan…

Satu  fakta yang perlu anda ketahui, belum ada lagi dicipta ‘gadgets’ yang memberikan bacaan secara ‘live’ keadaan semasa tayar anda, sepertimana ‘speedometer’, ‘odometer’ ataupun meter suhu kenderaan anda.

Seringkali saya terfikir, apabila berselisih terutamanya kenderaan mewah yang dipandu  AMAT LAJU, adakah mereka akan mengetahui bila masanya tayar kenderaan mereka akan pecah atau meletup?

Bukan sahaja kenderaan mewah, tetapi kenderaan biasa , kenderaan berat seperti lori dan bas – apakah keperluan memecut dengan begitu laju dan berganda-ganda melebihi had laju atau kemampuan kenderaan anda?

Jawapan saya dan pengguna lain – mereka sebenarnya menempah maut atau sekurangnya-kurangnya berisiko tinggi untuk menemui maut dengan keadaan paling tragis termasuk membabitkan pihak lain yang tidak berdosa.

Dalam kes ini, kemalangan berlaku apabila Perodua Viva dipandu seorang pelajar  dari Timur Tengah, terbabas, melanggar besi penghadang lebuhraya  dan terbalik ke dalam longkang.

Ketika kejadian, cuaca baik dan jalan juga tidak ada halangan ataupun sebarang tumpahan minyak.

Ia hilang kawalan ketika memotong sebuah Proton Satria dan ketika itulah tayarnya meletup -pemandu bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Kita tidak mengetahui akan kelajuan Perodua Myvi  Viva ketika kejadian, tetapi lihatlah kesannya apabila berlaku sesuatu pada tayar.

Tayar mungkin pecah ketika proses memotong kenderaan yang memerlukan daya kelajuan tinggi dan tayar perlu bekerja keras menyebabkan ia menjadi panas,  ‘bengkak’ dan meletup.

Atau mungkin juga tayar ini pecah ketika pemandu menekan brek (lihat kesan tayar pada jalan) secara mengejut menyebabkan tekanan dan haba berlebihan lalu tayar meletup.

Tanpa meter , apakah sebenarnya petanda pada tayar ?

1- Tayar asli lebih terjamin walaupun ia juga boleh meletup, pecah

2- Tayar asli tetapi bunga sudah hampir tiada, mampu mengundang padah terutama apabila jalan basah/licin.

3- Tayar celup – seperti namanya – celupan boleh tertanggal bila-bila masa – sepertimana anda selalu lihat serpihan tayar kenderaan berat yang biasa bersepah di atas lebuhraya setelah pecah.

4 – Tayar toreh – lagilah merbahaya kerana bunga baru diukir dari tayar terpakai yang telah haus bunga asalnya.

5- Tayar tidak seimbang – menyebabkan kenderaan bergerak tidak stabil/bergerak menyenget/berombak – jadi tayar perlukan ‘balancing’, dan ‘alignment’. Fenomena  ‘tayar makan sebelah’ akan berlaku menyebabkan kita tidak menyedari salah satu atau beberapa tayar kenderaan kita tidak sama rata kadar kehausan bunganya.

6- Tayar tidak cukup angin – pergerakan juga menjadi tidak stabil , dan  kenderaan akan menjadi ‘berat’ serta memberi kesan ketika membrek atau membelok. Pengunaan bahanapi juga akan bertambah.

7-Tayar yang kehabisan bunga – risiko paling mudah berlaku kenderaan akan hilang kawalan terutama apabila melakukan brek kecemasan atau juga ketika laluan licin/basah.

8 – Tayar terpakai – tanpa mengetahui sejarah tayar ini, ia mungkin pernah bocor beberapa kali sebelumnya walaupun pada mata kasar bunganya masih elok.

9 -Tayar luput tarikh – Bukan sahaja makanan , tayar juga mempunyai luput tarikh. Lihat pada tayar anda 4 angka seperti : 2510, atau mungkin juga tertera DOTXXXXXXX3409. 

2 angka pertama ialah minggu tayar dikeluakan (dalam setahun ada 52 minggu) manakala 2 angka terakhir adalah tahun tayar diperbuat.

2510 bermakna tayar dibuat pada minggu ke 25 tahun 2010

3409 bermakna tayar dibuat pada minggu ke 34 tahun 2009

Tayar biasanya berada dalam jaminan kilang dalam tempoh 5 tahun dari tarikh dikilangkan.

Semua petanda itu anda boleh periksa sendiri tanpa memerlukan apa-apa meter, dan hantarlah untuk pemeriksaan jika anda meragui mengenai tahap penggunaan tayar anda.

Penerangan ini saya berikan dalam bahasa paling mudah supaya semua peringkat memahaminya walaupun ianya bukan penerangan yang bersifat teknikal, dan saya juga bukan pakar yang berkaitan dengan tayar.

Nota – adalah sangat baik untuk menyimpan sebuah pam tayar  menggunakan kuasa ‘cigarette lighter’ di dalam kereta anda untuk sebarang kemungkinan.

Nota -Foto-foto adalah sumbangan pembaca ondscene, JS Wong, yang melihat secara  ‘live’ kejadian yang berlaku ini di hadapannya. Wong turut membantu mangsa sebaik kemalangan berlaku. 

12 Comments

  1. 02/01/2013    

    dari rupa gambar nampak macam tayar itu mengalami proses dilaminate.
    delaminate ialah dimana bunga tayar terpisah daripada rangka besi utama tayar.

    ini boleh terjadi sekiranya proses membuat tayar tidak betul, menggunakan tayar celup ataupun memandu melebihi had kelajuan tayar tersebut.

    setiap tayar mempunyai had kelajuan masing-masing.

    rating tayar yang biasa dijual adalah antara L ke Z dimana tayar berrating L hanya selamat untuk digunakan sehingga kelajuan 120km/h sahaja.

    sekiranya pemandu membawa kenderaan melebihi had rating tayar tersbut untuk satu jangka masa yang lama maka ada berkemungkinan tayar akan terpisah daripada rangka besi tayar tersebut lalu menyebabkan delaminating,

  2. mama.rumours's Gravatar mama.rumours
    26/03/2012    

    setuju sgt, kat cyberjaya ni, the way dorang drive mmg camtu

  3. 25/03/2012    

    tips untuk waktu yang sesuai tukar tayar:

    gunakan batang mancis, masukkan kepala mancis tu ke celah bunga tayar, kalau kepala mancis tu tengelam atas masih sama paras dengan permukaan, kire ok lagi la tu….

    pasti ada yg kata, tayar tu ada bunga lagi, memang betul, tapi bunga yg ada tu dah tak mampu untuk grip atau menyokong tahap tekanan yg maksimum terutama kepada driver yang perasan bawak ‘supercar’ ni….

    ps: tips ni orang kedai tayar bagitau… kalau ikut mmg mcm betul…tapi rasa macam nak untung suruh org cepat tukar tayar pun ada…hehehe

  4. Wan Rahim's Gravatar Wan Rahim
    23/03/2012    

    setuju pendapat Minkazama.Ianya adalah tayar gantian yg dibekalkan dan bersifat sementara untuk di gunakan untuk pemilik ke kedai tayar bukannya untuk kegunaan harian.

  5. 23/03/2012    

    Pada pengamatan saya, memang itu tayar celup. Juga disebut tayar gam / paste.

    Kenderaan beroda 4, walaupun bukan tayar hadapan yang meletup amat tinggi risiko untuk terbalik atau terbabas jika tayarnya meletup. Nak pulak dari versi kotak letak tayar. (van dan lori kecil)

  6. Minkazama's Gravatar Minkazama
    23/03/2012    

    Tayar belakang tu macam tayar ganti je. Mungkin tayar asal dah pecah dan ditukar dengan tayar ganti.
    Orang Timur Tengah ni memang suka lenjan kereta. Kereta Kancil yang kecil tu boleh disumbat seramai 7 orang dewasa. Bayangkan..

  7. Ruffey's Gravatar Ruffey
    23/03/2012    

    Huh…jangan katakan warga asing, warga tempatan pon tau pakai & lanyak jer kenderaan masing-masing, kereta terutamanya. Paling tidak pun sekurang2 nya jaga servis kenderaan ikut tarikh yang ditetapkan dah memadai, servis merangkumi semua aspek la jangan tukar minyak hitam jer. Kelajuan membunuh. Biasa jer jumpa viva malah ‘sang kancil’ cucuh kenderaan mewah di highway dengan kelajuan tinggi, pemandu rata2 yang muda (mungkin baru dapat lesen kot?), sesal dahulu pendapatan…pesanan terhadap diri sendiri & orang lain.

  8. 23/03/2012    

    Assalamualaikum,
    terima kasih dengan peringatan….hujung tahun nanti saya tukar semua tayar sekali harung dengan musim raya balik kampung. bunga masih cantik sebab tak jalan jauhpun tapi usia dah nak cukup 5 tahun.

  9. 23/03/2012    

    baru baru ni saya tukar tayar 2 bijik di depan sebab dah botak. memang terasa mcm mana kereta seakan2 nak tergelincir sewaktu hujan lebat atau jalan basah. bahaya sangat.

    pam tayar yg pakai cigarrete lighter tu ayah saya baru beli. saya pun tumpang sekaki. mmg berguna!

  10. 23/03/2012    

    biasa la ni klu pelajar timur tengah yang bawak. kebanyakkan mereka berlagak.. bwk kereta mcm pelesit.. dah la tu kdg2 kurang ajar..

  11. 23/03/2012    

    Setuju dgn pendapat Ismail. Pelajar dari Timur Tengah ni mmg ‘langsi’ bila memandu. Bagai jalan itu mak pak mereka yg punya. Parking pun ikut sesuka hati mereka. Lori sampah saya telah byk meninggalkan ‘tanda’ pada kereta2 yang mereka sewa ini. Jika berminat nak melihat cara pemanduan mereka, jemput datang ke Cyberjaya.

  12. 22/03/2012    

    confuse mulanya, baca viva, tiba2 jadi myvi …… :)

    anyway … pelajar timur tengah ?

    biasa sebelah timur tengah ni jenis tak kisah pasal kenderaan … asal boleh jalan, hentam saja …

    ataupun disebabkan mereka ni pelajar … kereta tu kereta sewa? tahulah kereta sewa (yang murah kadar sewanya) maintenance stretch semaksimum mungkin ….

    tapi apa pun saya tak pasti kejadian sebenar …. so ini cuma apa yang terfikir bila baca entry ni.

    pernah memecut pada kadar kelajuan yang agak tinggi (180kmj++) … besoknya tayar pecah …. terfikir … kalau pecah time tengah speed tu macamana lah ye. betul kata2 dalam entry ni, kita tak ada meter untuk monitor keadaan tayar (tapi ada gadget untuk monitor tekanan tayar)…

    selalukanlah check tayar…. kalau beli kereta 2nd, ada duit lebih, tukar tayar baru ….. 5 tahun lepas beli kereta 2nd, balik rumah belek2 …. 4 bijik semua lain2 brand, lain2 bunga….. nasib… nasib….

  1. ondscene.my – Alza Terbabas -Isteri Maut, Suami, 3 Anak Terselamat on 30/12/2012 at 14:13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting