Reality in Real Life

Teori Konspirasi Mengenai RON 95

RON stands for Research Octane Number.

Octane number or octane rating refers to the gasoline ability to withstand auto ignition (knocking) inside the engine. Higher octane number refers to higher ability of the oil to fight auto ignition.

In other words, it means that RON95 is harder to ignite compared to RON92.

Higher octane number oil is basically designed for high performance vehicles such as sport vehicle and racing vehicle. Why is that so? This is to avoid premature ignition of oil inside the engine because of auto ignition, which happens before the spark plug ignite the fuel. This phenomenon is known as knocking.

It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92.

In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.

Salam semua

Nota –  entry ini mungkin menimbulkan kontroversi, jadi bersedialah dengan hujah-hujah yang difikirkan perlu!!!

Rakyat Malaysia terlalu gemar membuat spekulasi, teori, telahan dan kadang-kadang tidak masuk akal , semata-mata berpandu apa yang nampak dengan mata kasar.

Teori yang paling mudah dan selalu kita dengar ialah :

1- Kereta buatan Malaysia paling banyak kemalangan.

Jawapan : Memanglah banyak jika dibandingkan nisbah kereta Malaysia dan kereta asing di negara ini.

Contoh : Andaikan ada 1 juta kereta buatan Malaysia di negara ini, dalam setahun 100,000 kemalangan, bermakna, 10 peratus kereta Malaysia terbabit kemalangan.

                  Andaikan ada 10,000 kereta BMW  di negara ini, dalam setahun 1000 kemalangan, bermakna, juga 10 peratus kereta BMW terbabit kemalangan.

2. Perkara yang sama boleh ditukarkan statistik dalam kes kecurian kenderaan. Nisbah kereta Malaysia yang banyak menampakkan seolah-olah kereta Malaysia senang dicuri.

Bagaimanapun, memang kereta Malaysia adalah kegemaran penyangak, kerana ada ramai  ‘pembeli’/banyak permintaan bersesuaian dengan banyaknya kereta itu.

Jika penjenayah mencuri ‘Hummer’ , kepada siapa mereka nak jual pintu, bumbung, bonet Hummer itu?

3. Teori terbaru dan sering diperkatakan sekarang ialah mengenai petrol RON 95.

 Soalan saya kepada anda :

1- mana anda tahu dan yakin, kereta yang terbakar itu menggunakan RON 95?

2- dalam banyak-banyak kenderaan yang terbakar, anda pasti ke ianya terbakar berpunca dari  petrol?

3 – tahukah anda, kebanyakan kes kebakaran kereta, sebenarnya berlaku akibat litar pintas – semuanya hasil kreativiti rakyat Malaysia yang amat gemar menyambung, menyilang dan ‘menambah baik’ sistem pendawaian terutama sistem audio di dalam kenderaan mereka.

4 – tahukah anda, ‘spark’ dari bateri yang ‘terusik’ ketika kemalangan juga boleh mengakibatkan kebakaran

5. dalam beberapa kes yang berlaku, geseran logam /badan kenderaan di atas jalan mungkin akibat gandar tayar yang patah, mampu menerbitkan ‘spark’ yang boleh mengakibat kebakaran.

6 – beritau saya, petrol mana yang tidak akan terbakar jika terkena api/percikan api.

7 – tahukah anda, RON 95 digunakan di semua tempat seluruh dunia, tetapi di Malaysia , ia terlalu digembar gemburkan mengenainya.

8 – jika anda terlalu sibuk untuk mengeluarkan berbagai teori, malah ada yang mahu diadakan kajian, biarlah saya jelaskan – kajian yang akan diadakan itu sebenarnya anda boleh buat sendiri. Bagaimana caranya, saya tak perlu jelaskan. Jika anda tau bagaimana bermain api, maka ikutlah cara itu.

9 – sebelum saya simpulkan, apakah sebenarnya yang menyebabkan orangramai beria-ia mendakwa RON 95 senang /mudah menyebabkan kebakaran, biar saya berikan 1 senario ini:

    Masih ingat tentang berbagai SMS berantai yang selalu anda terima dan mungkin ada lagi yang menerimanya?

    Masih ingat, betapa murahnya hati anda, sebenarnya mengayakan syarikat TELCO semata-mata anda forwardkan berbagai SMS seperti ini:

    “Hantar SMS ini kepada 10 rakan anda, pasti anda akan berbahagia…”

    atau

    “Syeikh Temberang pernah berkata, barangsiapa tidak mengingatkan rakannya, betapa bertegur sapa itu, memutuskan silaturrahim, maka dia akan ditimpa musibah. Sila sebarkan kepada 100 rakan anda sebagai tanda anda bertegur sapa…”

     atau

  entah-apa lagi yang mengarut.

Anda tahu kenapa SMS itu wujud?

Semata-mata untuk ‘menyedut’ kredit anda untuk di’tabungkan’ kepada TELCO anda.

Jadi, teori saya pula mengenai RON 95 yang kononnya mudah menyebabkan kebakaran ialah:

Ia mungkin dicipta (mungkin, bukan tuduhan, tetapi teori) ianya dicipta oleh pakar-pakar perang saraf/konsultan syarikat minyak sendiri, supaya anda membeli RON 97, supaya mereka akan mendapat ‘cash-flow’ yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih banyak.

 It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92. In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.

Tahukah anda, bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi di dunia kadar kematian dalam kemalangan jalanraya ?

Sila rujuk sini 

                     sini

                     sini

…DI DUNIA, BUKAN DIA ASIA TENGGARA.

95 Comments

  1. xray's Gravatar xray
    22/01/2011    

    ha ni lagi satu yang keluarkan fakta yang memang dia tak faham langsung.
    Pastu plak semuanya CAPS.

    Logiknya ialah, tak semestinya RON > 130 = Hidrogen. Sesungguhnya salah betul.

    metanol, metana RON > 130.

    Dan lagi satu fakta salah. Hidrogen hanya akan menyala kalau ada oksigen DAN sumber haba (api). takda ignition, takdalah daya kerja.

    Semakin tinggi RON tak bermaksud lagi ringkas struktur atom, pasal memang tak logik. pasal ada bahan lain struktur atom besar, tapi RON tinggi.

    Untuk pengetahuan semua, RON ini ialah satu standard, perbandingan, tindakbalas kimia, tekanan, efficiency, dan lain-lain. banyak nak tulis kalau nak terangkan semua.

    Harap taiplah ilmu yang lebih berilmiah, dan pastu buatlah kajian sebelum menaip. pasal lagi banyak kita taip, lagi banyak salah. lagi banyak salah karang orang pandang kita bodoh. kan susah kalau camtu.

  2. gaban's Gravatar gaban
    13/11/2010    

    NAK PAKAI RON 95 KER RON 97 KER NNT KUAR RON 98 KER RON 100 ORG CKP RON 97 KURANG POWER PULAK….BENZENE TINGGI (RON 95)…SETAHU AKU SEMAKIN TINGGI RON RATING SEMAKIN RINGAN GAS TU IAITU RON > 130 DAH JADI HIDROGEN….HIDROGEN KAN MUDAH MELETUP…CAMPUR OKSIGEN JER DAH MELETOP…X PAYAH API…

    UTK PENERANGAN RON = RINTANGAN MINYAK TERHADAP PERGERAKAN ENJINE…SEBAB TU RON 97 DICIPTA BAGI MENGURANGKAN DAYA KERJA ENJIN DAN LEBIH KUASA (HP)…

    1. RON ITU ADALAH RATING UNTUK RINTANGAN MINYAK TERHADAP PERGERAKAN
    2. SEMAKIN TINGGI RON SEMAKIN RINGAN GAS DAN SEMAKIN RINGKAS STRUKTUR KIMIA = SEMAKIN KURANG STABIL (TENAGA DIPERLUKAN UTK STABILKAN DIA IAITU = LETUPAN (HIDROGEN (H) + OKSIGEN (O2) = H20 + gas nadir + LETUPAN)
    3. KALO NAK STABIL BELI MINYAK MASAK….JIMAT PON JIMAT SIAP BOLEH MASAK PISANG GORENG LAGI

  3. nashraf's Gravatar nashraf
    24/10/2010    

    ada yang kata ron95 kandungan benzene lebih tinggi sebab tu lebih mudah terbakar.

    PERSOALAN: lebih tinggi dari nilai mana?

    FAKTA: 1) RON95 dan RON97 di Malaysia adalah mengikut spesifikasi EURO2M
    2) Antara syarat EURO2M adalah kandungan benzene 5% maksimum
    3) Semua petrol yang dijual di Malaysia pada 2004 (sebelum pengenalan RON95) dalam kategori RON97 belum mematuhi EURO2M secara rasmi.
    4) Kandunan tertinggi benzene untuk petrol di Malaysia pada 2004 adalah 5.07%

    Jadi semestinya setelah patuh EURO2M sekarang, kandungan benzene RON95 adalah sama jika tidak lebih rendah.

    PERSOALAN 2: Kalau benzene dalam petrol sudah tinggi pada 2004 dan dikatakan menjadi penyebab kebakaran, adakah kadar kebakaran kereta yang kemalangan pada 2004 juga tinggi seperti sekarang?

    Kesimpulan: Persoalan 2 tidak terjawab tanpa statistik sebenar kebakaran kereta akibat kemalangan pada 2004 dan pasca 2009 setelah RON95 diperkenalkan.

    Dakwaan RON95 penyebab kebakaran kerana ‘banyak pemerhatian’ kenderaan terbakar hanya mitos.

    Selagi tiada data, fakta dan statistik untuk menguji hipotesis RON95 penyebab kenderaan, RON95 adalah tidak bersalah.

    http://paultan.org/2007/02/25/analyzing-fuel-quality-in-malaysia-3-out-of-6-already-euro-ii-compliant-for-petrol/

    http://images.paultan.org/uploads/2007/02/2-3a.pdf

  4. TakdaPilihan's Gravatar TakdaPilihan
    24/10/2010    

    Confirm, semua minyak boleh terbakar. hahaha
    Confirm sejak RON95 dikeluarkan makin banyak kes kemalangan terbakar sampai meragut nyawa.
    Confirm bagi org yg nak fakta, statistik, kajian, tidak akan menerima berita ini ada kaitanya dgn RON95.
    Confirm semua kereta telah diuji “Crash Test” tapi tiada yg terbakar.
    Confirm majoriti isi RON95 sebab harga murah dan tiada pilihan yg lagi murah darinya.
    Confirm ada yg tak senang hati, sebab ianya melibatkan faktor keselamatan anda sekeluarga.
    Confirm kerajaan dan pengeluar minyak menafikanya sebulat suara.
    Semuanya sudah Confirm. ;)

  5. FAIZAL's Gravatar FAIZAL
    21/10/2010    

    SANGAT SETUJU!

  6. dunia baru's Gravatar dunia baru
    21/10/2010    

    jenglot:
    baca komen2 d atas…keta tak tbakar kalau xde spark…bunga api….yg berpunca dr kemalangan or apa2….so tunggu keta ko terlibat dgn kemalangan br kita tau mcm mana….tu maksud dia…bukan kereta yg tgh drive terbakar tiba2..ok….

  7. jenglot's Gravatar jenglot
    20/10/2010    

    tak der kena mengena langsung kereta terbakar dengan jenis ron yg digunakan. yg paling penting, jaga wiring jgn sampai short dan yg penting ada fire extinguisher dalam kete. at least kalau nampak asap keluar tu, cepat2 ler padam kan api. aku ni dah lama pakai ron95, okey jer so far

  8. casper's Gravatar casper
    20/10/2010    

    btul…kwn sy ade ckp mmg sumer asalnye same just formula berbeza between companies….mgkn itu puncanye….tp kita xleh nk tuduh…melainkan 1 kajian yg btul2 tlah dibuat n keputusan yg sahih dikeluarkn br la blh dihujahkn….

  9. 19/10/2010    

    Pendapat saya:Maybe bahanapi Jepun berkualiti,tapi harga?Rakyat Malaysia bunuh diri kalau Malaysia jual minyak mahal.Mana mungkin minyak baik jual murah2.

    Naik seposen pun dah menggelabah,beratur isi minyak penuh sebelum naik harga.Enjin idle masa tunggu turn nak isi minyak pun dah sama membazir macam harga minyak naik.Tak paham dengan perangai rakyat malaysia ni.

  10. 19/10/2010    

    TERLALU BANYAK KENDERAAN TERBAKAR? …..TERLALU bermakna sangat banyak/atau boleh dianggap setiap hari 5/6 kereta dan motorsikal terbakar.Kita boleh bercakap apa saja mengikut kata hati,tapi biarlah disokong fakta teknikal dan sains.Kembali kepada asas,kenal dulu apa itu bahanapi.

  11. 19/10/2010    

    Fuel consumption/distance bagi RON97 jika digunakan pada motosikal adalah ketara perbezaannya dengan RON95 sebab enjin motosikal mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi.Sememangnya bersesuaian untuk enjin motor.

  12. 19/10/2010    

    Izinkan saya mencelah…
    Pada pendapat saya la, secara lojiknya memang orang ramai akan mengaitkan RON95 dengan kebakaran kenderaan yang makin menjadi setelah RON95 diperkenalkan. Saya pun ada jugak terdetik. Tapi perlu tahu, stesen minyak di Jepun dan negara lain juga ada RON yang berlainan. Jepun ada menjual RON94 dan RON96 untuk pengguna mereka, tetapi tidak kedengaran masalah kenderaan terbakar. Cuaca mungkin menjadi isu, tetapi pada pendapat saya la, kandungan oktana bukan penyebab utamanya. Ini pada pendapat saya la, minyak petrol asalnya adalah sama sahaja pada mana-mana syarikat minyak. Setelah dibawa ke loji masing2, minyak itu telah diberi ‘penambah perisa’ untuk menjadikan minyak syarikat mereka samada lebih jimat atau lebih berkuasa. Mungkin ‘penambah perisa’ ini yang membuatkan kenderaan senang terbakar apabila terdapat spark walaupun kecil. Tapi itu hanya pendapat saya sahaja, alangkah baik kalau ada pihak dinegara kita yang buleh membuat kajian dari segi teknikal mengenai punca kemalangan2 dinegara kita seperti yang diamalkan di beberapa negara maju. sekali lagi, itu hanya pendapat saya…..maaf.

  13. 19/10/2010    

    memang mentaliti rakyat malaysia begitu

  14. dunia baru's Gravatar dunia baru
    19/10/2010    

    yap…wpun kita dikenali ramai n tahu banyak benda…kita tak boleh pejam mata dengan pendapat org lain…kita kena sentiasa merendah diri n terima pendapat org lain…tidak semua benda kita tau..mungkin org lain ramai lagi yang tau pasal sesuatu perkara tersebut…

    tq…
    -kita semua kawan-

  15. aril's Gravatar aril
    19/10/2010    

    dah ckp dah ada surat berantai pasal benda nie, but ABG SHAM yg PRO GOMEN nie masih nak menegakkan benang yg basah….

    Kaji dulu abg sham baru leh kluar statement… saya bukan nak cari gadoh but adakah baik nya ABG SHAM kluar satu kajian dari mana2 institusi mengenai kandungan RON95 di Malaysia. Sekain ABG SHAM

    JGN marah yaa…

  16. aril's Gravatar aril
    19/10/2010    

    dah ckp dah but yg tak paham bahasa nie masih mengatakan petorl mudah terbakar…

    MEMANG laaa petrol mudah terbakar… tetapi kandungan petrol itu yg kita perlu selidiki…..

  17. dunia baru's Gravatar dunia baru
    19/10/2010    

    -utusan-
    RON 95 punca kebakaran akibat kemalangan?

    UTUSAN Malaysia semalam menyiarkan satu lagi berita korban kemalangan jalan raya mengakibatkan dua orang terbunuh di Butterworth. Salah seorang daripadanya yang memandu van rentung apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.

    Minggu lepas satu keluarga enam orang juga rentung selepas berlaku kemalangan di Kampar, Perak. Beberapa minggu sebelum itu, tiga orang pemuda rentung selepas berlaku kemalangan di Kuala Lumpur.

    Sepanjang ingatan saya, banyak lagi kejadian yang serupa berlaku akhir-akhir ini. Tentu ada yang tak kena, mengapa berlaku kebakaran kenderaan dalam satu-satu kemalangan? Adakah kenderaan kita sudah tak selamat lagi? Bagaimana dengan pembuatan tangki petrol kenderaan sekarang, adakah dibuat menurut piawaian? Ini semua harus dijawab oleh pembuat-pembuat kenderaan bagi meyakinkan pembeli.

    Satu punca yang saya fikir menjadi penyebab semua kejadian ini ialah berlakunya pertukaran minyak petrol kenderaan dari RON92 kepada RON95. RON95 mengandungi octane yang lebih tinggi berbanding RON92.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, dalam jawapannya kepada soalan seorang Senator di Dewan Negara Julai lalu menyatakan, RON95 mengandungi benzene sebanyak lima peratus mengikut spesifikasi EURO 2M. Negara kita adalah negara tropikal yang sentiasa panas berbanding dengan -negara Eropah. Adakah kita ada membuat penyesuaian?

    Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F).

    Ini menunjukkan jika terdapat spark ketika impak dalam kemalangan, tumpahan petrol akan memudahkan kenderaan terbakar.

    Walaupun Timbalan Menteri sudah memberi jawapan kepada persoalan ini, tiada salahnya satu kajian dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama syarikat minyak bagi menentukan keselamatan pengguna. Apabila ia berlaku terlalu kerap sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

    Esa Adam

    Bandar Sunway, Selangor

  18. MZA's Gravatar MZA
    19/10/2010    

    Isu di sini sepatutnya bukan soal RON95 lebih mudah terbakar berbanding RON97. Sebab jika begitu, RON95 sudah lama di-ban di negara-negara maju.

    Isu sebenarnya kenapa RON95 (jika benar persepsi ini) di MALAYSIA yg lebih mudah terbakar? Ini hanya boleh dirungkai jika kita tahu spesifikasi minyak petrol RON95 yg dikilangkan di Malaysia ini – oleh Petronas, Shell dan Esso.

    RON95 yg dikilang di Malaysia tidak sama dgn RON95 yg dikilangkan di Eropah. Formula masing-masing adalah berbeza. Ada kemungkinan (ini hipotesis saja) bahan-bahan tambahan seperti benzene atau kadar tambahan tersebut yg mengakibatkan ianya menjadi lebih mudah terbakar apabila terkena suhu yg sedikit tinggi dari ambient.

    Harap dapat kiranya sesiapa yg bekerja di kilang penapis minyak Petronas, Shell dan Esso dapat berkongsi spesifikasi RON95 keluaran mereka, supaya kita dapat tutup cerita ini.

  19. casper's Gravatar casper
    19/10/2010    

    agreed….i also hav tried v power(which my friend is ron99 but some claims higher).
    effect die…fuel filter cpt rosak n paling terok karburetor keta mudah lari timing….tp power mmg terasa…fuel cons, jimat skit jek kalu rembat…tp if regular speed, ok….

  20. wan's Gravatar wan
    18/10/2010    

    yes, penah bincang kt dewan negara. kementerian sndr sahkn yg petrol Ron95 ada kandungan benzene tinggi.

  21. wan's Gravatar wan
    18/10/2010    

    sangat2 setuju!

  22. Kc's Gravatar Kc
    18/10/2010    

    Agree with u,

    Y dont ondcene/kawan2 buat satu data survey
    b4 and after RON95 ni diperkenalkan dengan
    kadar kemalangan dan terbakar kat malaysia..
    rasanya nampak trend yg mendadak kes kejadian
    kenderaan terbakar lepas RON95 ni berada dipasaran..

    Lagi satu, ada yg sy dgr RON95 ada higher benzane
    yg mana mudah terbakar…

    hanya ahli kimia je dpt buktikan..

  23. Kuzer's Gravatar Kuzer
    18/10/2010    

    Malaysia = Negara Pengeluar Minyak Dunia
    Rakyatnya = Ron 95 dan Ron 97 dan Diesel Low grade (Boleh lihat asap berkepul2)
    P/s : Syarikat kereta Citroen mengharamkan penggunaan kereta model Xantia 2.5 Diesel di Malaysia , disebabkan kualiti diesel Malaysia pada kualiti yang sangat teruk , jesteru boleh menjejaskan prestasi kereta dan kualiti udara negara !

    Jepun = Negara Peng”import” Minyak Dunia
    Rakyatnya = V Power Racing ( Minyak F1 , kurang sikit kualiti dari minyak kapal terbang) dan DIesel kualiti tinggi (Kebersihan udara Tokyo/Jepun adalah tertinggi di dunia)

    Sekadar pendapat !

  24. Kuzer's Gravatar Kuzer
    18/10/2010    

    Setuju !

  25. JOE's Gravatar JOE
    18/10/2010    

    kalau semua kemalangan,,,munkin semua terbakar.

  26. tokeyminyak's Gravatar tokeyminyak
    17/10/2010    

    Salam sumer,

    Saya nak betul kan sikit pendapat ramai ttg keuntungan yg kami dpt tak kira menjual minyak Ron95 or Ron97 sebenarnya komisen seliter ADALAH SAMA iaitu 11sen/liter, samada nak isi apa Ron pon kami tak kisah, cuma mmg SELALU kita dengar/baca, jika accident, 50% AKAN terbakar vs dulu terlalu JARANG kita dengar/baca.

    Utk keselamatan sumer digalakkan guna Ron97, even kereta myvi saya pon guna ron97.

    Sekian.

  27. AnakGanu's Gravatar AnakGanu
    17/10/2010    

    Tula…politik2…tak abis-abis daa…

  28. Barcauda's Gravatar Barcauda
    17/10/2010    

    Salam…

    Sy just gune ikut mampu jer. Miyak mahal. So 95 je la yg leh gune..
    ox ke xok, xleh nk ckp per². xder pilihan kcuali miyak turun harga..

  29. 2ury's Gravatar 2ury
    17/10/2010    

    Aku pun tak setuju katakan petrol RON95 punca kereta terbakar.
    Sbb petrol memang apepun ianya mudah terdakar… jika petrol tu susah terbakar maknanya ia tak elok dan akan mudaratkan enjin..
    Memang sifat petrol mudah terbakar… jd, elakkan lah dari keadaan yg pencetuskan punca api, itu yg penting.

  30. nashraf's Gravatar nashraf
    17/10/2010    

    wow….pendedahan sensasi. kalau kereta saya terbakar, boleh saya saman awak kerana berkomplot menjual minyak yang mudah terbakar?

  31. husin's Gravatar husin
    17/10/2010    

    yes bro misai!!!!

  32. husin's Gravatar husin
    17/10/2010    

    yup agreed

  33. husin's Gravatar husin
    17/10/2010    

    agreed bro

  34. ikreatif's Gravatar ikreatif
    17/10/2010    

    Untuk ini, banyak fakta disembunyikan untuk tujuan corporate profit. Sebagai salah seorang vendor petroleum, boleh saya beritahu bahawa RON95 terpaksa dibeli kerajaan kerana peningkatan harga RON97. Umum tahu RON97 adalah yang lebih baik untuk kenderaan kerana kurangnya kelikatan plumbum. Pun begitu, kejadian kenderaan terbakar kerana RON95 masih menjadi rahsia perniagaan dan tidak akan didedahkan sampai bila-bila pun, kerajaan kita sudahpun membuat langkah supaya maklumat sebenar RON95 tidak didedahkan. Sebagai vendor saya hanya menjual sahaja RON95 kepada pelanggan, namun jauh dalam lubuk hati saya, saya berdoa supaya tiada kemalangan jiwa berlaku.

  35. ayamitik's Gravatar ayamitik
    17/10/2010    

    4. akibat dari pendawaian elektrik yg tidak betul

  36. ayamitik's Gravatar ayamitik
    17/10/2010    

    salam

    punca terbaka kereta

    1. kekurangan minyak pelincir akibat dari bocur, dan lewat mengganti minyak itam(minyak pelincir)

    2. akibat dari spark bateri, terutama sel kering.. sbg contoh beteri AA kalau dah abis, kemudian ambik hammer ketuk2 maka leh pakai lagi, bergitu juga dgn sel kering kereta, apabila langgar depan2 ia mewujudkan arus kpd litar kenderaan dan apabila overload kebakaran akan terjadi.

    3. akibat dari brek jem menghasilkan kepanasan lampau..

    petrol adalah bahan mudah terbakar, tidak kira dari ape jenis RON pun ia pasti mudah terbakar jika ada spark terhasil

  37. nashraf's Gravatar nashraf
    16/10/2010    

    kalau tak sesuai sekalipun, adekah bermaksud RON95 lebih mudah terbakar dalam iklim Malaysia? Isu sekarang ialah apakah RON95 penyebab kebakaran kereta BUKAN sesuai atau tidak digunakan untuk suhu sekarang.

    Sebab bradermisai cakap “RON95 lebih mudah terbakar dalam keadaan enjn sejuk” jadi dengan kata lain “RON95 susah nak terbakar dalam keadaan panas (iklim khatulistiwa).

    Kalau betul premis idea ni, boleh saya lihat faktanya?

  38. Amran's Gravatar Amran
    16/10/2010    

    sume benda nak dipolitikkan payah la weh…

  39. Amran's Gravatar Amran
    16/10/2010    

    yes, saya setuju kereta proton semakin meningkat kualitinya, walaupun belum sampai tahap Volvo, tapi saya percaya satu hari nanti proton boleh sampai ke tahap tu…

    Saya sangat2 berharap Proton akan meningkatkan kerjasama dengan pengeluar kereta lain yang telah terbukti bagus..usaha yang baik bekerjasama dengan Lotus dalam hal handling, lepas ni tambahkan lagi, kerjasama dengan Volvo contohnya (pro-Volvo betul aku nih) untuk seksyen keselamatan pemandu dan penumpang…

  40. Ashkebab's Gravatar Ashkebab
    16/10/2010    

    Org yang berckp dgn fakta ke atau org yg berckp tnpa fakta spt en aril? mana 1 lagi org terima, mesti dgn fakta. pro gomen atau tidak xde kaitan lgsg dlm hal ni. bro sham ckp cmni je dh di cop pro gomen. nape nk kaitkan plotik gak dlm kenyataan seseorg tu?adoi…

  41. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    16/10/2010    

    yeah,terlalu banyak tu bape?5?10?20?kemalangan kat malaysia sehari berapa?sebulan?setahun?nape xsume yg pakai RON95 tu terbakar gak?

  42. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    16/10/2010    

    betol,setiap perubahan memerlukan masa…lagipun,kebanyakan kematian akibat pemanduan melebihi had laju,setiap kete dibuat mengikut piawaian had laju ditetapkan…dan lg satu lg pelanggaran dari tepi atau atas/bahagian cermin memg xdpt dielakkan daripada remuk…yg penting skang ni kesedaran pemandu memandu mengikut had laju,saya penah dilanggar kereta yang memandu dalam 90km/j(saya tau sbb itu kelajuan saya sebelum saya brek emergency sbb kete depan pon camtu),impaknya memang kuat,tapi saya dgn mak saya keluar tanpa kecederaan walaupun kete depan blakang remuk…so,pandu ikut kelajuan,setiap had laju ditetapkan telah dikaji tahap kesesuaian dgn keadaan jalan,lebar,dan spesifikasi kete terkini

  43. untouchable's Gravatar untouchable
    16/10/2010    

    waktu pagi kat Malaysia ni ada salji ke ???? setitik salji pun tak pernah turun kat Malaysia ni… sebab tu bradermisai tulis RON95 sebenarnya untuk kegunaan negara beriklim sejuk (salji) suhu dibawah 20 darjah celsis… suhu negara kita sekitar 27 – 35 darjah selsis. So, sesuai sangat ke RON 95 tu ???? Aku still jawab tak sesuai…… sebagai orang JB… aku tengok orang Singapore isi petrol RON97, diaorg pandang sinis je…mesti dalam hati diaorg kata “apa ola bodoh punya rakyat Malaysia”…..

  44. Ali baba's Gravatar Ali baba
    16/10/2010    

    Saya menggunakan 2 jenis kereta iaitu Kia Carens dan BMW 325I, Saya menjalankan ujikaji jarak perjalanan memnggunakan kedua jenis petrol ron97 dan ron 75, Keputusan eksperimen untuk perjalan yang jauh kos per kilometer adalah hampir sama, -+ 2.1 sen/km, tapi saya memilih ron97 kerana prestasi kereta ketika memotong dan memecut dimenangi oleh ron97

  45. nashraf's Gravatar nashraf
    16/10/2010    

    “TERLALU BANYAK?” berapa peratusannya?

    abg sham bercakap mengikut FAKTA kalau sekalipun dilihat seperti PRO GOMEN

    tapi

    awak keluarkan kenyataan tanpa fakta. boleh ke diterima?

  46. nashraf's Gravatar nashraf
    16/10/2010    

    Sains tidak ikut firasat. Walaupun berita seperti ini dilihat seperti “banyak” tapi secara statistik tidak signifikan. Berapa kes kenderaan terbakar kalau dibandingkan dengan bilangan kenderaan di Malaysia (dengan andaian semua kereta di Malaysia mengisi RON95)

  47. nashraf's Gravatar nashraf
    16/10/2010    

    Saya setuju dengan hujah anda. Tapi kita perlu ingat, sebilangan besar kereta nasional atas jalan raya sekarang masih model lama yang masih lemah ciri keselamatan.

    Model-model baru Proton sekarang lebih kukuh struktur nya dan ada ciri seperti beg udara dan ABS. Jadi kita tunggu dulu sehingga model-model baru ini menggantikan model lama dan lebih banyak digunakan oleh rakyat Malaysia, saya rasa waktu itu, kadar kematian akibat kemalangan boleh dikurangkan bagi kereta nasional yang terlbat.

  48. nashraf's Gravatar nashraf
    16/10/2010    

    APE KENA MENGENA PERENGGAN TERAKHIR TU DENGAN AYAT “RON95 LEBIH MUDAH TERBAKAR DALAM KEADAAN ENJIN SEJUK”?

    KALAU BETUL RON95 LEBIH MUDAH TERBAKAR DALAM KEADAAN SEJUK, JADI IA PATUTNYA LEBIH SESUAI DIGUNAKAN DI MALAYSIA SEBAB IKLIM KITA PANAS.SUSAH NAK TERBAKAR.

  49. aril's Gravatar aril
    16/10/2010    

    salam bang sham,

    saya bukan nk ckp saya nie pandai, dan saya benci politik,SMS berantai tak pernah forwardkan

    Ok abg sham, cara abg sham sampaikan tulisan diatas memang PRO GOMEN. apa – apa pon saya tak kisah. Statement saya tetap sama isaitu,

    SEJAK DIKELUARKAN RON95, TERLALU BYK KENDERAAN TERBAKAR… itu ajer

  50. Amran's Gravatar Amran
    16/10/2010    

    itu yang saya maksudkan, kereta nasional kena kukuhkan/perbaik bahagian penumpang…remuk depan tu mmg perlu sebab nak absorb hasil hentakan…sekarang ni, kalau eksiden, bahagian penumpang/pemandu mesti hancur, maka terjadi la kemalangan maut yang sangat2 mengerikan..

  51. TakdaPilihan's Gravatar TakdaPilihan
    16/10/2010    

    Kalau dah banyak berita kereta terbakar baru2 ni terutamanya sejak RON95 dikeluarkan kat Malaysia memang harus diragui dan tidak harus mempercayai sebulat2 badan koperat yg besar di Malaysia atau dunia. Mereka telah mendapat untung lebih dari berbillion dgn hanya menjual minyak sahaja kepada pengguna. Kita isi yg murah kalau boleh paling murah kerana nak berjimat termasuk saya. Ikutkan firasat sendiri memang ada kena mengena dgn RON95 ni tapi terpulanglah bagi yg nak merasa dirinya selamat maka perjuangkanlah utk diri sendiri yg RON95 ini memang selamat. Semua ini ada sebab dan mengikut kepercayaan masing2. Sekian Terima Kasih.

  52. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    try cari video crash test untuk kete proton kat luar negara,sume lepas piawaian…kete per pon,kalo dari tepi,atas or belakang memg akang remuk jika terkena hentaman atau pelanggaran kecuali kereta2 mahal,racing/rally,sbb bhgian pemandu atau penumpang direka seperti kokpit yg kukuh dah kuat…xcaye,tgk crash test kete2 mewah spt ferarri,lamborghini,diorang nyer depan or belakang still akan remuk gak dlm crash test tu…cume saya akui,perodua nyer body tersgt la lembut,malah crash test pon hanya wat pada kelajuan bwh 25km/j je :S

    p/s : caye x,kete yg plg murah india and cherry pon lulus crash test :D

  53. untouchable's Gravatar untouchable
    15/10/2010    

    dah puas fikir dah…. RON95 memang tak sesuai dengan cuaca di Malaysia. RON 95 dicipta untuk kegunaan negara beriklim sejuk, kerana terdapat pembekuan udara dalam enjin. Jadi RON95 akan memudahkan enjin dihidupkan walaupun pada waktu sejuk. Oleh kerana RON95 sekarang mass production, kerajaan tiada jalan lain selain membawa masuk RON95 untuk kegunaan di Malaysia, walhal pakar petrokimia tahu RON95 dengan cuaca panas Malaysia adalah tidak tepat pengunaannya. Then nak buat macam mana, kalau nak teruskan pakai… pakailah… yang terbakar kenderaan kau… bukan kenderaan aku.. aku still pakai RON97 ESSO F1, biar mahal sikit, yang penting sesuai dengan kereta yang aku guna sekarang.

  54. Amran's Gravatar Amran
    15/10/2010    

    Bro Sham, boleh tak saya nak kemukakan pendapat bahawa banyaknya kemalangan maut di malaysia ni, selain dari sikap pemandu, adalah disebabkan KEKUATAN KERETA BUATAN TEMPATAN (Proton/Perodua). Kalau diperhatikan secara rambang, kebanyakan kemalangan yang melibatkan kenderaan nasional ni, biasanya akan total lost, dan bahagian pemandu dan penumpang memang sama sekali akan renyuk. Saya tak kata ini fakta, tapi pemerhatian secara rambang. Jadi, saya cadangkan kepada Proton satu hari nanti adakan kerjasama dengan Volvo untuk membina body kereta yang sangat2 teguh, atau setidak2nya bahagian pemandu dan penumpang menerima impak yang minima (saya tak tau nak mcm mana nak kemukakan cadangan ni pd proton, jd mtk tlg ondscene sampaikan).

  55. shahrul's Gravatar shahrul
    15/10/2010    

    salam all ….

    aku memang agak blur pasal minyak ron95 atau ron97 …..
    tetapi aku berpendapat … jika minyak tiu digunakan di malaysia .. sure akan dipastikan menepati keadaan geografi di malaysia … jika tidak .. apa guna R&D yg ada di malaysia ini …

    rakyat malaysia .. dalam bab kereta ini .. depa memang kreatif …. itu memang tak dapat dinafikan, tetapi ada juga kesilapan dari pihak pengeluar seperti mana pihak proton memangggil beberapa jenis kenderaannya, honda dan ferrari juga tidak terkecuali ….

    jd aku tak pk kerajaan sambil lewa dalam hal ini … mesti ada ujian atau analisa yang dibuat.

  56. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    dlu orang yang pakai RON92 berapa banyak yang keter diorang terbakar?kenapa time tu xder pon kaitkan dgn petrol tu?sedangkan dlu ramai pakai minyak tu disebabkan kegawatan ekonomi,tapi xpenah pon orang salahkan minyak tu kalau ada kebakaran kereta,sume report polis or bomba cakap berlaku litar pintas…daripada yg saya baca,ia melibatkan ignite,so???fikir2kan la sendiri bro….

  57. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    tapi anakganu,anda tahu ke sume kete tu pakai RON95?sebelum minyak dijual,diorang dah test dlu dah sume minyak yg dikeluarkan,ner mau main pasarkan je…spark dan litar pintas yg berlaku sedikit saja mampu membakar kereta jika kurang bernasib baik walau minyak pape pon kite pakai…dan ada gak kete yg terbakar tu gune diesel,der gak kete yg memg xleh pakai RON95 pon terbakar gak,yg xbergerak pon der gak terbakar…jgn salahkan minyak je,dah memg minyak dicipta tu utk dibakar…yg kite kene pikir punce datangnya spark atau percikan api,xkan minyak tetibe terbakar kot…mungkin ketika kilang2 kete kat malaysia ni menghadapi masalah dalam memasang sistem pendawaian kat kete ni sama dgn waktu pengeluaran RON95 ni,byk sbb nyer,kite xleh nak tumpu pada 1 je berdasarkan fakta yg lum dikenalpasti…lgpon sume stesen minyak kuarkan RON95,tapi siapakah pengeluar nyer?S?P?B?C?

  58. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    setuju sangat2!!!kalau mentaliti camni diterapkan,sampai bile pon kite xkan maju,die xtau ke dlu kalo x kerana kerjasama dgn mitsubishi,memg xkan up la proton ni..diorang bising2 pasal proton tapi beli gak kete ni,diorang main kutuk je proton ni sbb tu je kete diorang pakai,kete lain diorang xpakai,mampu dgr kbr angin je terus caye…so far dah bertahun pakai proton ni ok je,xpenah der problem besar,handling proton is the best!!!

  59. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    yeah,RON97 its better and suited with 2.0 or above engine,as far i use to my 1.8 car,the different is performance,not consumption,still in same distance can go with same liter for both but more cost on RON97 :D

  60. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    owh,thanks for the info :D

    and lagi satu sbb kenderaan terbakar kebanyakannya di bahagian enjin,mungkin spark yg terhasil daripada bateri atau geseran menyambar hos minyak yg dah bocor atau tercabut akibat kemalangan,kalo kat bahagian tank yg terbakar lagi bahaya,leh terus meletup…

  61. PerigiceliK's Gravatar PerigiceliK
    15/10/2010    

    hahaha ini semua adalah konspirasi dari tauke2 minyak kat malaysia ni nak meLAKUkan jualan minyak RON97 yg tak berapa laku tu. Dengan tersebarnya kisah dogeng ni, rakyat jelata sekalian terpaksa dan dipaksa supaya bertukar dari yg murah RON95, kepada yg mahal RON97 kerana telah ditakut-takutkan oleh orang minyak, sekaligus mengayakan lagi konco2 minyak ni huhuhu!

  62. R_Hush2's Gravatar R_Hush2
    15/10/2010    

    Perkara-perkara yang tidak kelihatan oleh mata, dihidu oleh hidung dan didengar melalui telinga, tidak semesti tidak berlaku. Dengan kemajuan teknologi sedia ada, segala imformasi berada di hujung jari.

    Sebagai contohnya, apabila kita nampak satu kemalangan jalanraya, dengan hati penuh rasa tanggungjawab, kita terus mencapai h/phone dan merakamkan kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, dengan 2-3 klik di h/phone tersebut, maklumat kemalangan tersebut terus dapat diakses di dunia maya.

    Teknologi yang sedia ada, tidak terdapat dimasa lalu. Peristiwa-peristiwa yang berlaku hanyalah disampai melalui mulut ke mulut. Seperti yang kita sedia maklum, bila dah terlampau banyak mulut yang harus di lalui, peristiwa itu boleh berubah sama sekali. Wartawan pula pada masa itu tidak dapat menyampaikan maklumat tersebut kerana masaalah “transparency”.

  63. bradermisai's Gravatar bradermisai
    15/10/2010    

    rujuk

    perenggan terakhir menyatakan “Higher RON number does not means that it is more powerful. It means that it is harder to ignite. It is also cost you more.”

    oleh itu, RON 95 adalah lebih mudah terbakar dalam keadaan enjin sejuk, untuk makluman RON 95 hanya sesuai digunakan di negara beriklim sejuk. Malaysia sebagai negara khatulistiwa lebih memerlukan RON 97 berbanding RON95. Ini kerana tiada udara yang membeku didalam enjin (combustion chamber). Maka, pendapat ondscene mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi terhadap RON95 adalah tidak tepat. RON95 memang boleh menyebabkab kebakaran kenderaan, terutama kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana kadar pembakaran yang cepat dan serta merta.

  64. 15/10/2010    

    yosh,aq stuju ngan ko bro..cam mane nk capai wawasan 2020 lau still dia antara kita masih x ada mentaliti cam rakyat di negara maju…huhuhu dok kutuk2 kete tempatan tp still beli jgak pasal x mampu…ada otak ada akal..pikir ar sndir…peace brother!!!

  65. A.Firdaus's Gravatar A.Firdaus
    15/10/2010    

    mengenai RON 95/97 sebenarnye bergantung spec kenderaan anda serta cara bawak…
    RON 95 lbh senang meruap berbanding RON 97 bermaksud penggunaan minyak RON 95 lbh byk berbanding RON 97 pada keadaan high RPM…lbh tinggi rpm/torque…lbh byk minyak digunakan…
    jika cara bwk jenis slow and steady mmg jimat utk RON 95…
    tp kalau utk jenis kaki tekan minyak RON 95 lbh byk berbanding RON 97
    seb bla dikira RON 95/liter dgn RON97/liter
    cthnye perjalanan utk 100km=RM 6 bg RON 95 manakala 100km=RM4 bg RON97…kelajuan 90km/h
    saya bercakap setelah saya menggunakan motor utk pergi blk kerja 100km sehari…
    penyelidikan sendiri dan terbukti…
    jadi anda pilih minyak MURAH/MAHAL=1.35 liter/1 liter utk jarak yg sama
    kuasa yang dihasilkan sama…

  66. 15/10/2010    

    RON97 created for high compression ratio engine.For example,turbocharged,supercharged…maybe 10.5:1 and higher.Car user must know what is their engine characteristic.
    I’m using myvi with K3-VE,10:1 compression ratio.The different between both type of fuel is not significant.Just a ‘little’ power but not fuel consumption.I’m agree with ur 2nd last paragraph.

  67. ahmad's Gravatar ahmad
    15/10/2010    

    honda civic pun pernah recall kat malaysia ni…tak caya pegi la tanya kat pemilik honda civic…panggil melalui surat…

  68. 15/10/2010    

    minyak brek ek?rasanya tak kot.Cecair brek sebenarnya bukan minyak,ia adalah bendalir yang boleh sebati dengan air.Bermaksud,ia bukan minyak.Bendalir brek ada banyak gred,DOT3,DOT4,DOT5.Sebagai perbandingan,DOT4 mampu manahan suhu operasi yang lebih tinggi dari DOT3 dan begitulah seterusnya.Ciri-ciri wajib bendalir brek ialah melincirkan,mampu tahan suhu tinggi,tidak meruap,dan sebagainya untuk melayakkan dirinya digelar bendalir brek.Sekadar untuk berkongsi pengetahuan.Cheers!

  69. AnakGanu's Gravatar AnakGanu
    15/10/2010    

    tapi bro sham, trend kereta accident+terbakar ni banyak lepas RON95 diperkenalkan..saya tak ada data yang spesifik..tapi melalui pemerhatian akhbar, banyak kenderaan kemalangan akan disusuli dengan kebakaran…mungkin saya silap sebab saya hanya pemerhati sebagai rakyat biasa, bukan sebagai seorang penyelidik tentang kaitan antara petrol dan kemalangan…

  70. Azmi's Gravatar Azmi
    15/10/2010    

    aha setuju jugak….
    memang mentaliti mcm tu susah sket…
    kalau isu pasal PROTON je semua kecoh….tp bila Merc./toyota wat mcm tu xnka lak wat kecoh2…..

  71. Khairi's Gravatar Khairi
    15/10/2010    

    Good one bro.

    97 contain higher energy, susah terbakar lambat padam. mcm arang kayu bakau dan arang kayu getah. arang kayu getah mudah terbakar mudah jadi abu. arang kayu bakau susah terbakar tapi bila terbakar susah mau padam. justeru harga dia mahal sikit.

    ron95 senang terbakar tapi energy content for every m3 volume dia kurang. jadi, sebenarnya, ron 97 lebih baik untuk semua enjin.

    Akan tetapi kena tengok pada engine efficiency juga iaitu km/volume fuel. kereta proton wira kalau enjin standard efficiency + semua mechanical effieciency dia low. gear 5, 3000 rpm is at 100km/h. Sedangkan dengan vios kita boleh dapat 120km/h.

    so pakai mana2 fuel pun mmg tak ada beza… kecuali… ya… kecuali pada harga. So, buat apa pakai minyak mahai?

    ron95 cukup laaa…

  72. ahmad's Gravatar ahmad
    15/10/2010    

    salam, bang saya nak tambah sikit teori yang kesembilan….

    dari ape yang saya lihat…isu ron95 dan minyak ni dah lama dipolitikkan dan tak mustahil ni angkara mereka yang suka duk berpropaganda…percaya lah, sape pun duk memerintah…isu minyak takkan selesai…

  73. 15/10/2010    

    nice sharing bro..
    mindset kebanyakan dari kita untuk tgk perkara dari luaran/kasar sj.. izin share bro.. tq

  74. bonda's Gravatar bonda
    15/10/2010    

    LIKE !

  75. 15/10/2010    

    Kena jawap soalan lak ye

    1. Tak tahu dan tak yakin
    2. Tak pasti
    3. Tak tahu
    4. Tak tahu
    5. Betul – saya kunci jawapan ini.
    6. Namanya bahan bakar – dua² memang boleh terbakar tak kita RON berapa.
    7. Tahu
    8. Tak pernah cuba ‘teori bermain api’
    9. Selalu dapat sms/ email macam tu dan tak pernah sekali pun foward. Sama juga kes SMS masa hari perayaan…tak pernah foward. Kalau nak buat ucapan – saya taip sendiri dan hantar pada orang yang perlu saja.

    Sebabnya – 10 sen juga duit. Kalau 100 orang – berapa?

  76. pomen_gtr's Gravatar pomen_gtr
    15/10/2010    

    semalam saya perasan pada kes awal kereta terbakar dalam ondscene ni adayang kata ron95 mudah terbakar….kereta jadi malatop!..kenapa ron92 tak jadi macam tu pulak????itulah…dulu time sekolah cikgu mengajar kimia tapi ponteng…..kan dah malukan diri sendiri…..

    mana yang tak belajar tu jangan la buat-buat pandai…..tak tahu tanya…orang tak marah kalau tanya….tapi kalau memandai-mandai memang ibarat tikus membaiki labu la….tikus entah mana..labu rosak berlobang-lobang….

  77. Along's Gravatar Along
    15/10/2010    

    Kereta saya perlukan RON97 jika pakai RON95 memang dirasai kuasanya kurang.kalau setakat enjin biasa memang tidak diperlukan RON95 berikutan menepati spesifikasinya.

  78. 15/10/2010    

    Oppss silap.

    *kereta buatan luar negara

  79. 15/10/2010    

    good info .thanks 4 sharing … heran knp begitu ramai nak berkonspirasi dgn Ron95…

  80. 15/10/2010    

    Salam,

    Mengenai kereta trbakar ni, selepas saya dapat maklumat dari 3 mekanik. Mereka mengatakan kereta buatan malaysia ni susah nak lintas dan terbakar kecuali kereta buatan negara sahaja yang sedikit sensitif. Kemungkinan kerana terlalu byk peralatan elektronik pada kenderaan tersebut. Itu mekanik cakap bukan saya cakap. he he

  81. KK's Gravatar KK
    15/10/2010    

    aku x puas hati kete tempatan pun mahal tu je- off topic!

  82. 15/10/2010    

    bagus info ni….harap mereka yang terlalu taksub ngan konspirasi dan teori tu boleh faham pasal ni

  83. 15/10/2010    

    Thanks a lot for the info. Really, Malaysia mempunyai kadar tertinggi kemalangan di dunia? Emm, adakah punca dari sikap orang Malaysia itu sendiri?

  84. 15/10/2010    

    salam,
    tipikal mentaliti rakyat Malaysia bro…memang camtu. suka percaya konspirasi/khabar angin/gosip…etc.

    contoh baru2 ni kes datuk sosilawati, konon ada bunyi orang menangis di tempat kejadian pada tengah malam (konon2 nya hantu ler tu). yg buat aku nak gelak siap wartawan tv9 buat special report tu dalam berita.

    sedih tengok pemikiran di takuk lama tapi tulah realitinya…sad but true :-/

  85. bro kool's Gravatar bro kool
    15/10/2010    

    saya mmg pakai ron95 utk waja.lancar je pegi.pernah try ron97.x rasa pun beza.baik pakai ron95, lg jimat.hehe
    tq ondscene atas kupasan ini.

  86. 15/10/2010    

    nice la bro, baru tahu!

  87. 15/10/2010    

    penerangan yang baik…

    thanks ondscene

  88. 15/10/2010    

    apa anda katakan saya sokong 100%..

    kes dye sama je mcm kes kereta proton inspira.. org masih ckp proton nie xde idea la apa la.. sedangkan dari pihak proton sendiri keluarkan statement,mitsubshi membeli casis persona dan casis serta enjin exora.. sebagai ganti mitsubshi memberi proton casis dan design lancer evo 10 mereka.. mitsubshi sendiri dtg mitan pada proton.. bkn proton terhegeh2 p mintak dgn depa..

    pastu mcm2 la ura2 ckp bukan.. tp saya ttp bangga dgn proton..

    klu mercedes ditarik balik xna plk bising , klu toyota tarik blik xna plk riuh.. semua mind set je..

  89. abe's Gravatar abe
    15/10/2010    

    info no 1 tu terbaek..kereta import xcden, wat xnampak je.kalau kereta malaysia, buka mata besar2 je.trus nk kutuk2 pasal kereta malaysia.

    yg pasal terbakar tu, litar pintas la yg salu berlaku.aku guna ron95, lori langgar kancil aku, xda lak terbakar.

  90. 15/10/2010    

    Informasi yang baik.
    Rasanya ramai yang tidak suka pada ron95 tu sepatutnya baca tentang maklumat yang diberikan TT ini. Jangan salahkan seuatu tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh dan sahih.

  91. 15/10/2010    

    Thanks For The Info

  92. casper's Gravatar casper
    15/10/2010    

    1 lg izin sy tambah….
    antara punca kemalangan terbakar adalah disebabkn penggunaan gas aircond yg tidak berkualiti or in other words murah….

    tp dlm ayat 1st 2, ader ckp “the higher ron is for high performance vehicle”, which means, it can relate to power of the car rite???
    as far as i know, base on my experience, the fuel consumption for both fuel are almost the same as i used in my satria 1.3, but performance wise, i think n i feel the 97 is better……

    correct me if i’m wrong….but to add more, the taboo dat 97 is better consumption than 95 is i think is not true….in other words…mythbustered….
    hahahahaha….

    thanx ondscene….its a good info….

  93. Haz's Gravatar Haz
    15/10/2010    

    Well said….

  94. sokong!!'s Gravatar sokong!!
    15/10/2010    

    saya sokong!!kalo minyak xterbakar,cane kete nak jalan,kan?pakai pape pon same je kalo dah nak terbakar,terbakar gak…

    p/s : orang kate minyak brek/clutch pon leh terbakar gak ek?xtau la…

  95. fiq's Gravatar fiq
    14/10/2010    

    useful info..
    thanks bro..
    mmg tak sia2 tak mendengar cerita2 karut tgh RON95 or SMS tu..

  1. Lori Yang Terbakar Ini Menggunakan Diesel | ondscene on 14/11/2010 at 14:21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting