Reality in Real Life

Terbabas

Kuala Lumpur 6 Ogos,2008

Kemalangan membabitkan penunggang motosikal memang selalu berlaku.

Sama dilanggar, melanggar,terlanggar, terbabas, kecuaian, akibat merempit, akibatnya memang memberi kesan kepada mangsa.
Kira-kira jam 8 malam tadi, saya terserempak dengan dua mangsa kemalangan motosikal terbabas di jalan Parlimen menuju Bangsar di bawah ‘terowong hantu’.
Akibatnya, jalan menjadi amat sesak arah ke Bangsar. Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam dari unit motosikal sedang merawatnya.
Ambulan yang sepatutnya tiba, difahamkan telah tersalah laluan dan tidak sampai ke lokasi kemalangan.
Saya memberhentikan kereta dan cuba membantu mangsa dan menawarkan untuk membawa mereka ke hospital memandangkan kecederaan tidak begitu parah, hanya membabitkan tangan dan kaki (tidak patah).
Selain itu, untuk meredakan kesesakan akibat kemalangan terbabit yang berlaku betul-betul di bawah terowong hantu itu.
Dengan diiringi motosikal nerkuasa besar JPA3 dan bersiren, saya membawa kedua-dua mansa ke Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa, dikenali sebagai Anthony, merupakan bekas kakitangan stesyen TV 8TV bahagian Interactive TV dan baru resign.Sekarang bekerja di Universiti Tunku A Rahman. UTAR.
Tapi, teman wanitanya tak sempat saya bertanya nama.
Sempatlah beberapa keping foto saya snap. Maaflah sebab hp saya ni jenis yang ‘cokia’, so, gambarnya taklah berapa bagus sangat terutama waktu malam walaupun guna built-in flash.
DI HKL, saya membantukedua-dua mereka mendaftar di Bahagian Kecemasan, dan terpaksa meninggalkan mereka kerana ada tugasan lain.
Kepada Anthony dan teman wanitanya, saya doakan mereka cepat sembuh. Jika terbaca blog in, sila hubungi saya.
Apa yang pasti, Anthony yang saya percaya juga seorang jurufoto bebas, tetap tak lepas dari memegang beg kameranya……….
Nanti, mana tau, kita boleh share foto-foto dalam blog ini…

2 Comments

  1. on the scene's Gravatar on the scene
    11/08/2008    

    Hope u makin sembuh..
    Hidup macam tu lah, tolong menolong.
    Mana tau satu hari nanti saya juga mungkin perlukan tertolongan yang sama macam apa yang berlaku pada anda Anthony.

    Ok, keep in touch, senang-senang, kita gi kopitiam ke…!!!

  2. Anonymous's Gravatar Anonymous
    11/08/2008    

    terima kasih abg.. kalau nak tunggu ambulans… sy sdh kat ICU dah…. hmm.. kini luka sy kian sembuh. hany tinggal lebam dan beberapa luka yg dalam shj masih dlm prosesnya… nasib byk org dtg membantu… sbnrnya ade dua pemuda melayu yg henti memabntu kami.. sy rasa.. dia orng la yg panggil ambulan yg tak sampai sampai.. TERIMA KASIH byk byk……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting