Jinjang Selatan
Jinjang, Kuala Lumpur
10 Jul 2012
1.15 petang
Tidak diketahui, mengapa warga emas ini bertindak sebegini rupa.
Tindakannya menaiki jejantas pejalan kaki ini, kemudian kelihatan mahu terjun dari bucu jejantas, menarik perhatian orang ramai.
Usaha memujuknya tidak berjaya.
Orangramai turut meminta bantuan anggota bomba bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Malangnya, sebelum sempat anggota bomba tiba, warga emas ini terus terjun – pada ketinggian kira-kira 7 meter.
Nasibnya agak baik, dan hanya mengalami kecederaan di kaki – kakinya kirinya patah.
Beberapa ahli keluarga yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian, cuba menenangkan warga emas terbabit.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

















Macam2 hal manusia ni.
Teringat plak salah satu babak dalam filem MADU 3 arahan Allahyarham P Ramlee.
Apek panjat pokok nak bunuh diri terus masuk keta sport Abg Jamil.
kenapa plak dgn warga emas nie….cubaan bunuh diri ker?..mcm2 hal skg nie…..
ni saja nk amik perhatian je ni..sama mcm kes dekat serdang jgk ni. tp terjun dari tangga jejantas dlm ketinggian 3 meter je. kaka seliuh..
Assalamualaikum,
Alahai…rendah sangat tu nak bunuh diri, dia hanya nak kasih sayang je tu