Terselamat Dalam Kemalangan

Ayam-ayam ini ada yang maut, dan ada yang terselamat setelah lori yang ‘ditumpang’ terbalik di lebuhraya Elite pada 27 April, 2006. Bagaimanapun, ayam-ayam yang hidup dan terselamat itu, akhirnya akan mati juga setelah disembelih untuk dimakan oleh manusia…

Terselamat dan cedera dalam kemalangan adalah lebih baik dari maut dalam kemalangan.

Bagaimanapun, impak dari kemalangan itu, menyebabkan ada yang cacat seumur hidup, menderita, kesakitan dan ada yang hilang upaya.
Foto-foto ini memberikan anda sedikit gambaran, jika terbabit dalam kemalangan, kecederaan samada serius atau tidak, memberi kesan kepada mangsa.
Yang pasti, tiada siapa inginkan kemalangan, samada kecuaian sendiri atau kecuaian orang lain.

Oleh itu, berhati-hatilah di jalanraya, janganlah jadikan jalanraya untuk menunjukkan lagak, besar kepala, samseng atau menjadi tempat melepaskan gian atau geram.

Pandulah hati-hati, ikut peraturan dan undang-undang.
Di musim perayaan ini, macam-macam boleh berlaku walaupun kadang-kadang kita berhati-hati tetapi ada pula segelintir yang tak sayang nyawa…

*********************************************************************

Kemalangan ini berlaku pada 6 Oktober, 2006 di lebuhraya KL-Seremban berhampiran Bangi. Seorang mangsa maut apabila kereta dinaikinya terbabas dan terbakar. Beberapa lagi rakannya cedera di dalam kemalangan ini
***********************************************************************

Bayi ini dan ibunya terselamat setelah kereta mereka terbakar apabila terbabit dengan kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung. kejadian berlaku 6 Mac, 2007

************************************************************************

Mangsa ini pula cedera setelah motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua berhampiran Ampang, kejadian pada 1 Oktober 2007*********************************************************************

Lelaki ini pula cedera dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Mahameru menuju Jalan Istana. Kejadian 16 Ogos, 2006

**********************************************************************

Wanita ini pula, walaupun hanya cedera ringan, tetapi kesan akibat kemalangan memberi kesan kepadanya. kadang-kadang, kita boleh jadi bingung sebentar setelah berlaku kemalangan. kejadian di Lebuhraya PLUS selepas Plaza Tol Duta pada 13 Mac, 2007

**********************************************************************

Anggota tentera ini terselamat dan cedera ringan setelah trak yang dipandunya dipercayai mengalami masalah mekanikal sebelum terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak arah Gombak. Kejadian pada 9 Mac, 2007

**********************************************************************Pasangan suami isteri ini terselamat setelah tercampak dalam kemalangan motosikal di Jalan Setapak pada 18 Oktober, 2007

*****************************************************************

Bayi ini terselamat walaupun cedera parah setelah tercampak dari dalam teksi yang dinaikinya setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Razak pada 29 Disember 2005.

Ibunya yang tersepit di tempat duduk penumpang, walaupun juga cedera parah, akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian oleh anggota penyelamat.

************************************************************************

Wanita ini cedera parah setelah motosikal ditunggang tunangnya terbabas ketika mengelak sekumpulan mat rempit di Lebuhraya NKVE berhampiran Subang 25 mei, 2008 lalu

Post Lain Yang Berkaitan

1 Comment

  • Pada 2010.01.09 08:27, hayatiharun menulis:

    hhhmm…sian baby tu….tp AYAM tu….aaarrggghh…tension r ngan ayam….:(

    You must be logged in to post a comment.