Tiada Lagi Tomyam Sedap…

Kuala Lumpur
14 Ogos, 2008

Kedua-dua mereka sekampung.
Berasal dari keluarga susah dan merantau ke negara ini untuk mencari rezki dan selalu mengirimkan wang kepada keluarga di kampung Kebolehan mereka- memasak.
Itulah kelebihan dua anak muda berasal dari Pattani, Thailand ini.

Dan tomyam mereka selalu menjadi sebutan jika berkunjung ke dua buah gerai di Sentul dan Keramat di ibunegara.
Bagaimanapun, kira-kira jam enam pagi tadi, segalanya berakhir apabila kedua-dua mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Jalan Semarak – Jalan Tun Razak.
Mereka menaiki sebuah motosikal dari rumah sewa di Keramat.

Motosikal ditunggang oleh Azmi, manakala rakannya, Yin , membonceng.
Azmi dalam perjalanan menghantar Yin ke hentian bas.

Yin berhasrat untuk pulang bercuti ke kampung hari ini dengan menaiki bas ekspress.
Sepatutnya, Yin pulang malam tadi, tetapi akibat kehabisan tiket, dia terpaksa pulang pagi ini.

Sebelum itu, mereka sepatutnya singgah di Pasar Chow Kit untuk membeli barangan keperluan di gerai tomyam tempat mereka bekerja.

Setibanya di tempat kejadian, Azmi dipercayai tidak menyedari sebuah bas sekolah sedang melalui Jalan Tun Razak, terus menunggang motosikalnya melintasi dari persimpangan Jalan Semarak.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan samada mereka melanggar lampu isyarat merah atau sebaliknya ketika melintasi jalan tersebut.
Akibatnya, pemandu bas sekolah tidak sempat mengelak sebelum merempuh kedua-dua mangsa menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak.
Bas sekolah juga terbabas dan hampir merempuh tiang jejambat menuju Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur AKLEH.
Bagaimanapun, sebuah lampu isyarat turut berkecai.
Manakala motosikal mangsa putus dua.
Kedua-dua mereka maut di tempat kejadian akibat cedera parah di hampir seluruh badan.
Sebaik mengetahui kemalangan, rakan kedua-dua Allahyarham bergegas ke tempat kejadian.
Suasana pilu dapat dilihat apabila mereka terpaku dan tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat kedua-dua mangsa.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan, atau talian Rakancop 03-21159999.

Kini tiada lagi tomyam sedap hasil air tangan kedua-dua mereka.

Al-Fatihah…

Post Lain Yang Berkaitan

1 Comment

  • Pada 2008.08.14 09:16, http://freedom.ws/shiou menulis:

    An opportunity to change your life
    In this perfect DVD movie.
    It explained the integrity of our amazing products
    And the business opportunities arising from it.
    http://freedom.ws/shiou
    You can also use this video,
    within 10 minutes immediately began to establish their own lifetime guaranteed income!

    You must be logged in to post a comment.