Jalan Yew
Kuala Lumpur
12 Ogos 2012
4 pagi
Ini adalah berita penuh susulan dari berita awal yang saya siarkan di bawah : Tukul Kerajaan Langit Jatuh
Seawal jam 5 pagi saya telah keluar rumah, dengan misi yang agak pelik – suatu objek besar jatuh dari atas sebuah treler.
Bukan kali pertama kejadian seumpama berlaku di ibunegara malah dalam ondscene sendiri ada beberapa liputan mengenai objek jatuh dari treler pengangkut.
19 Dis 2011 – Gelung Keluli Misteri Dari Angkasa
23 Dis 2011 - Lagi Serpihan Kapal Angkasa Gaban Jatuh Ke Bumi

Kejadian ini mendapat reaksi pelbagai di dalam tweeter terutamanya – dengan membuat pelbagai andaian atau berita yang tidak tepat mengenainya.
Malah ia juga antara punca mengapa laluan dari Lebuhraya KL-Seremban dan Selatan arah pusat bandaraya mengalami kesesakan kronik selama lebih 5 jam.
Ini merupakan tiang konkrit pejalan kaki , seberat kira-kira 40 tan- lokasi asalnya berhadapan Ampang Park.
Tengahmalam tadi, tiang ini ‘ditanggalkan’ dan akan dibawa ke Salak Selatan.
Sesuatu yang pelik apabila pihak kontraktor mengambil pilihan untuk tidak memotong pada sambungan berbentuk T ini.
Sebenarnya, pihak kontraktor telahpun ‘memotong’ di sekelilng penyambung ini tetapi tidak meneruskannya, sebaliknya terus mengangkatnya menggunakan kren ke atas treler.
Kira-kira jam 3 pagi, treler mula bergerak dari Ampang Park secara perlahan-lahan memandangkan muatan yang begitu berat dan juga keadaannya yang membahaya kerana di bawa dalam keadaan tidak dipotong.
Sebaik melepasi Jalan Tun Razak, treler mula mendaki ke arah Jalan Yew untuk menuju ke arah Jalan Loke Yew.
Ketika melepasi bulatan Pudu yang berada di bahagian bawah jejantas, laluan mendaki dan agak berselekoh dan laluan dibina agak mencerun ke kanan.

Dan sesuatu yang sepatutnya sudah diduga berlaku – objek besar ini terjatuh ke atas jalan dan tersasar beberapa meter serta jatuh sebagiannya di laluan bertentangan diikuti dengan gegaran kuat.
Mujur ketika kejadian tiada kenderaan yang ditimpa oleh objek ini.
Maka bermulalah episod yang amat menyusahkan banyak pihak dan hampir mencetuskan beberapa lagi siri kemalangan lain kerana laluan menurun ini banyak kenderaan tidak menyedari objek ini di hadapan mereka.
Sementara itu, di bahagian bawah jejantas ini, sesuatu yang mengejutkan seorang pengawal keselamatan berlaku.

Di bahagian bawah jejantas ini ialah pejabat Unit Khas Selatan, Alam Flora Sdn Bhd di Jalan Foss.

Michael Jokalam, 44 tahun sedang menulis laporan di meja ini apabila tiba-tiba satu gegaran dan dentuman kuat didengarinya, diikuti serpihan batu jatuh menimpanya.

Michael terpaksa melarikan diri keluar dari bawah jejantas ini kerana bimbang sesuatu lebih buruk berlaku.

Ketika hentakan kuat itu, struktur jejantas ini terjejas dan hampir menembusi jalan di atas menyebabkan keretakan ini.
———————————–
Laluan arah pusat bandaraya terhalang terus manakala laluan arah Jalan loke Yew masih boleh dilalui satu lorong.
Kon-kon keselamatan dari sebuah syarikat kemudian diletakkan kira-kira 200 meter panjang sebagai langkah keselamatan, namun keadaan masih merbahaya kepada petugas terutama anggota trafik dan pekerja syarikat pembinaan yang berada di lokasi.
Apa yang boleh dilihat secara jujurnya, walaupun pemandu telah nampak isyarat dan juga kon-kon, tetapi masih ramai yang memandu secara melulu dan laju dan beberapa kali nyaris merempuh mereka yang berada di lokasi.
Akhirnya, keputusan terpaksa diambil untuk menutup terus laluan ini kepada semua lalu-lintas terutama ketika kerja-kerja pengalihan dilakukan sebagai langkah keselamatan..
Jam 7 pagi, 2 buah kren tiba di lokasi dan beberapa perbincangan dan perancangan dibuat untuk mempercepatkan proses pengalihan.

Keputusan kemudian diambil untuk memotong sambungan tiang konkrit ini dengan langkah keselamatan diambil kerana bimbang ia akan tumbang ketika proses pemotongan.
Segala-galanya perlu berhati-hati kerana kesilapan mungkin boleh membahayakan nyawa malah mungkin struktur jejantas ini mungkin akan lebih terjejas.


Akhirnya jam 9.30 pagi , tiang jejantas ini berjaya dipisahkan.

Tetapi, oleh kerana bentuk binaannya, bahagian atasnya (seberat 30 tan) tidak terjatuh

Dan terpaksa menggunakan kren untuk ‘meletakkannya’ ke atas jalan dengan halangan talian yang merentagi di bahagian atas.
Semua kerja-kerja selesai kira-kira jam 12 tengahari…
Nota : Difahamkan, sehingga jam 9 pagi, tiada sebarang paparan VMS DBKL terpapar mengenai kejadian yang berlaku menyebabkan pemandu kenderaan tidak dapat merancang perjalanan mereka arah pusat bandaraya.


















[...] ‘Tukul Kerajaan Langit Jatuh’ 12/08/2012 · by ondscene · in Kemalangan, Macam-macam innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "24007"; innity_width = "*1"; innity_height = "*1"; innity_country = "MY"; Jln Yew 12 ogos 2012 8 pagi Untuk berita penuh sila ke paparan ini : Tiang Konkrit Jatuh Dari Treler [...]
Salam abg sham
Beginilah yg terjadi kalau semua perkara diambil mudah
40 tan??? Fuh! Berani tahap Gaban le amik risiko macam tu…
P/s : barang seberat 40 tan bukan lah sesuatu yg terlalu berat atau pelik untuk diangkut menggunakan lori. Malahan muatan seberat 350 tan pun pernah diangkut melalui jalanraya.
Tetapi jika lori yg mengangkutnya seperti dalam gambar ke 3 dalam entry sebelum ni, pada pandangan peribadi saya, ia amat tidak padan.
Hanya dengan 14 roda, memang amat sukar untuk menampung beban seberat 40 tan yang ‘berkumpul di satu kedudukan sahaja’ dengan stabil.
Berbeza jika ia bersaiz lebar dan panjang di mana berat itu akan lebih tersebar. (evenly distributed)
Contohnya beberapa batang kayu balak atau berpuluh batang besi rebar yang juga seberat 40 tan.
Setidak-tidaknya gunakanlah ‘low loader‘ untuk merendahkan pusat graviti sambil mengurangkan risiko muatan itu menggelonsor jatuh.
Ini la akibatnya jika kontraktor mengamalkan sikap ‘tak pe’…
kadang2 bukan saje2 je kontraktor amalkan sikap tak pe..
ada sebab nya..
dan ini lah risiko yang ditanggung..
kenapa tak de paparan VMS DBKL pasal kesesakan ni yea…
tu diaaaa… 40 tan.. nasib baik tak jatuh atas orang…
sekarang nie ..kejadian kemalangan yg terjadi adalah sebab kurangnya pemikiran yg mendalam tentang keselamatan..byk pihak akan memikirkan rugi kalu ambil tindakkan sefety yg sewajar..dan selalunya nak bernasib selalu baik.tapi kalu jatuh atas org & melibatkan nyawa. Siapa mau dipersalahkan..dari pekerja yg mengawal lalu lintas hinga kontraktor..kalu ditanya ada latihan..berapa kali setahun..sendiri lah difikirkan..oh malaysia ku.safety 1st cuma dibibir…sekadar berkongsi pengalaman dari yg di pantau…semoga kita lebih memikirkan keselamatan..utk semua..
mungkin nak jimat kos punya pasal, angkat je pakai apa yang boleh, faktor keselamatan dan risiko berlaku kemalangan diketepikan..
saman kontraktor..
rosak jalan tu wei…jap, takde effect ke kat jambatan tu?…..selamat digunakan??…
tukul kepunyaan THOR terjatuh dari langit..
Thor datang Malaysia…!
“Difahamkan, sehingga jam 9 pagi, tiada sebarang paparan VMS DBKL terpapar mengenai kejadian yang berlaku menyebabkan pemandu kenderaan tidak dapat merancang perjalanan mereka arah pusat bandaraya.”
paparan VMS DBKL untuk ‘hiasan’ aje…dah banyak kali jalan depan ada kemalangan ataupun kesesakan.. tapi tak inform jugak.. mana petugas2 yg bertanggungjawab menjalankan tugas mereka?