Tindakan Anggota Bomba Yang Membingungkan…
Jalan Kucing/Sg Gombak
susur jalan Sultan ISmail
Kuala Lumpur
21 Feb 2010
8 pagi
foto menyusul
Susulan kereta yang ditenggelamkan semula di dalam kes di bawah.
Untuk makluman pembaca, berita ini mungkin tidak disiarkan oleh mana-mana media atau diketahui oleh media.
Bagaimanapun, apa yang berlaku benar-benar mengecewakan kerana ianya tidak sepatutnya berlaku.
Walau apapun alasan yang diberikan, ia sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan.
Saya datang kembali ke lokasi kemalangan ini kira-kira jam 8 pagi, dan benar, ramai anggota polis, dan orang awam berada di lokasi kejadian.
Ada yang dalam kebingungan kerana tugas yang sepatutnya telah selesai kira-kira jam 5 pagi tadi, ia masih belum nampak akan selesai.
‘Mission’nya ialah mengeluarkan sebuah kereta yang tenggelam dari dasar sungai kerana kemalangan maut sebentar tadi.
Untuk makluman pembaca dan kepada siapa juga yang tidak mengetahui – bagi kemalangan maut, kenderaan yang terlibat perlu di bawa ke balai polis dan ia akan melalui berbagai proses pemeriksaan seperti di Puspakom.
Ia perlu untuk bukti atau sebagai sokongan keterangan di mahkamah akan punca kemalangan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan terbabit, walaupun basikal.
Di dalam kes ini, mangsa maut di dalam kereta dan berkemungkinan maut akibat lemas dan kecederaan parah pada anggota badan.
Kereta telahpun diangkat spearuh bahagian di tebing sungai setelah anggota skuba bomba menyelam untuk mengikat/cangkuk bahagian kereta supaya mudah ditarik menggunakan /winch’.
Mayat kemudian dikeluarkan dan kereta masih dalam keadaan tergantung di tebing sungai.
Trak penunda pula dalam perjalanan dan terpaksa menuruni laluan ke tebing sungai dan hanya lagi kira-kira 50 meter untuk sampai ke lokasi.
Bagaimanapun, anggota bomba kemudian memaklumkan kepada anggota polis bahawa tugas mereka mengeluarkan mayat mangsa telah selesai.
Ikatan pada kereta yang tergantung kemudian dilepaskan, maka tenggelamlah semula kereta terbabit.
Alasan diberikan ialah, bimbang tali/wayar ‘/winch’ akan putus kerana terlalu lama menampung berat kereta dan mereka hanya bertugas mengeluarkan mayat.
Dan 3 jentera bomba bersama anggota yang datang ,balik ke balai masing-masing.
Sebenarnya, tiada siapa yang meminta anggota bomba menarik kereta terbabit sehingga ke atas tebing, tetapi memadai tunggu beberapa minit untuk trak penunda sampai, maka tugasan akan disambung oleh trak penunda untuk mengangkat kereta itu.
Dalam kebingungan, pegawai dan anggota polis terpinga-pinga kerana terpaksa memikirkan cara lain untuk mencangkuk kereta yang telah tenggelam semula itu.
Akhirnya bantuan dari Skuad Penyelamat DBKL diminta yang kemudian menghantar 5 anggota Skubanya ke lokasi.
Dua penyelam akhirnya turun ke dasar sungai bagi mencari lokasi kereta terbabit.
Akhirnya, kereta ini berjaya dinaikkan semula jam 10-30 pagi tadi.
Dan seperti biasa, rakyat Malaysia memang prihatin akan apa yang berlaku menyebabkan laluan ini sesak…
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.




lahaulawala..ape la nak jadi smpai mcm tu skali berkira? ish..
memadaila apa yg bomba buat.. menyelamat/kluarkan mayat/padam api..
cuma hairanla, kenapa kalau kes kemalangan camni, jentera kren tak dipanggil awal² ke lokasi.. lagipun, da tenggelam lama camtu, mangsa mmg x dpt diselamatkan.. bomba hanya kluarkan mayat..
kena ada standard prosedur spatutnye..
salam….
Blog yang sungguh berinformasi…
oh macm tu ke prosedurenya…tak tau pun selama ni…
klu soal etika kejer memng camtu bomba nye prosedure..
Ape? X leh gna pertimbangan akal ker? Berperikamanusiaan ler ckit!! X leh ker gna bdi bicara….. Prosedur…prosedur ler gak… but, leh gna bdi bicara peeee…
Maaf tumpang beri pendapat!
Apa yang admin maksudkan ialah mengenai kombinasi antara jabatan2 kerajaan di dalam menghadapi situasi sebegini.Abang Saya sendiri adalah bekas seorang penyelam dan situasi menyelamat begini pernah beliau alami.Pendapat beliau setelah saya menceritakan kisah ini adalah:
1. pasukan bomba tu berjaya menyelamatkan mangsa didalam kereta tersebut dengan keadaan selamat . Untuk menjalan sesuatu kerja menyelamat mangsa , apa yang perlu di tekan ialah mengenai keselamatan penyelam itu sendiri.
2. Tidak ramai diantara kita yg berkebolehan menyelam ( rescue diver )dan pastinya keadaan didalam air itu sendiri tidak siapa yang tahu kecuali penyelam2 yg terlibat . Mereka ini terdedah dengan objek2 yg tajam ( yg mungkin menyebabkan hos2 saluran udara bocor atau terkoyak atau mencucuk ke badan penyelam atau sebagainya dan ini membahayakan nyawa penyelam itu sendiri )serta arus yg deras dan keadaan air yang gelap .
3. Kenapa pasukan bomba itu tidak menunggu kren atau apa2 kenderan untuk menaikkan kereta itu ke atas? Dari segi kabel kereta bomba itu agak mustahil kerana keadaan curam serta konkit yang membolehkan kecederaan pada kabel dan putus. ( bayangkanlah kalau kabel tu putus dan melibas org2 berhampiran? )Rasanya mungkin ada perbincangan diantara pihak bomba dan polis yang membolehkan pihak bomba balik.( Mungkin mereka yang terlibat boleh memberikan penerangan yang sebenar )
Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah sebegini kerana ada pengajaranya buat kita semua.
Terima kasih pada abg2 bomba , polis dan org perseorangan yang membantu.Jadikan iktbar dan panduan atas apa yang terjadi. TQ