Tindakan Pemandu Ambulan KSH Yang Harus Dipuji
KM 31.1 Lebuhraya Karak
Gombak, Selangor
2 Sept, 2010
http://www.ksh.kpjhealth.com.my

Dalam kes kemalangan bas persiaran ini, ambulan yang amat banyak diperlukan kerana mangsa yang ramai.
Sebuah ambulan boleh memuatkan dua mangsa yang cedera parah, manakala yang cedera ringan boleh membawa sehingga 4 -5 orang.
Dan sebuah ambulan dari Kuantan Specialist Hospital yang dalam perjalanan pulang ke Kuantan,merupakan antara ambulan yang pertama sampai di lokasi.
Ambulan ini baru sahaja selesai memindahkan seorang pesakitnya dari Kuantan ke Kuala Lumpur apabila terserempak dengan kemalangan ini di laluan sebelah hala Kuala Lumpur.
Tanpa membuang masa, pemandunya bertindak meneruskan perjalanan dan membuat pusingan di Genting Sempah sebelum tiba di lokasi kemalangan.
Dalam keadaan biasa, ambulan hospital swasta akan mengenakan bayaran/caj untuk membawa pesakit.
Namun, dalam situasi kecemasan seperti kemalangan jalanraya, tanggungjawab sosial diutamakan, malah harus dipuji terutama krew di dalam ambulan yang cepat membuat keputusan.
Pengurusan KPJ Healthcare Berhad dan Kuantan Specialist Hospital harus memuji tindakan dilakukan oleh krew ambulan ini, kerana , mereka sebenarnya boleh meneruskan perjalanan ke Kuantan tanpa perlu berpatah balik untuk membantu mangsa kemalangan.
Post Lain Yang Berkaitan
24 Comments
You must be logged in to post a comment.






bagus… harus dipuji…. buat baik dibalas baik
Duwanz recently posted..WTS – Canon DSLR 550D Body Only
alhamdulillah.. insyaallah.
semalam lihat berita.. mmg patut di puji…
PaksiKejahatan recently posted..Indonesia Maling Segala Maling!!! – Bukan Entry Benci!!!
Buat baik tak perlu disesalkan – Tahniah untuk krew ambulan tersebut.
Kujie recently posted..Kisah Seram Malam Jumaat
tq
Tahniah… MAcam Ni La Contoh Rakyat Malaysia Yang Baik.. Duit No.2..
tq.
memamng patut di puji…..saya penah jumpa 2-3 kali accident kat jalanraya, sedang ambulans @ van hospital lalu bt x tau je….mayb bukan kawasan mereka kot……..mnyirap je tgk…
Bukan senang syarikat swasta nak beramal macam tu kan?
Syabas buat hospital tu. Harap-harap mereka akan terus melakukan perkara yang serupa. Jangan lagi terjadi kes tak nak bantu bagi pemadam api macam hari tu.
zezebel recently posted..Stop talking about this racist guy
Salam,
Yup…memang sepatutnya mereka diberi pujian. Tabik spring!
Mampu bertindak secara wajar dalam keadaan cemas sebegitu. Mereka patut dicontohi…nyawa tiada ternilai, walaupun ada masa ada orang tak tahu menilainya.
Pujian juga patut diberi kepada tuan punya blog ni, beri maklumat pantas dari tempat kejadian. Memang banyak membantu.
Anyss recently posted..Kalian dah Merdeka
terima kasih. tanpa anda siapalah kami..
Mungkin jugak pemandu atau kakitangan yang berada dalam ambulan tersebut telah terlebih dahulu meminta kebenaran pihak atasan diorang..apapun tindakan tersebut adalah sesuatu yang sangat mulia dan amat patut dipuji…Tahniah kepada kru ambulan terbabit
sejujurnya saya sokong juga tindakan bijak dan pantas pemandu ambulans dari KSH nih…sekurang2 nya dapat jugak selamatkan mangsa2 yg mengalami kecederaan serius dengan cepat…diharapkan perkara seperti dapat dijadikan contoh kepada pihak yg lain…=)
terima kasih ditas penghargaan anda..
Tahniah….KSH….
tahniah… KPJ hospital group.. wahh..CEO wanita pertama yang jadi CEO of the year last year.. tahniah
PaksiKejahatan recently posted..Indonesia Maling Segala Maling!!! – Bukan Entry Benci!!!
thanks to all commenters. i m the nurse from ksh who involved in helping of the victims yesterday. thank you to my efficient driver in making up a wise decision to pull over and helping them. proud to be a nurse. business is on the other side. kemanusiaan comes first. thank you very much.
sikap sebegini sememangnya patut dipuji..tahniah kepada ruzanna dan semua yang terlibat memberi bantuan….syabas….
tahniah dan syabas kepada crew ambulan KPJ Kuantan.. tindakan anda patut dicotohi. Video http://www.youtube.com/watch?v=O9AhRHiywOw
sesungguhnya ini adalah satu amalan JARIAH… TERIMA KASIH
Syabas kepada kakitangan serta pengurusan KPJ yg prihatin atas nyawa manusia lebih dari prosedur wang ringgit yg biasa diamal hospital swasta yg lain. Renunglah kalau yg terlibat dalam insiden tersebut adalah ahli keluarga anda sendiri!!
Tahniah buat buat staff ambulan ksh. Buat pengetahuan nama pemandu tersebut adalah En. Rosli
exKshstaff
Walaupun lambat wish “tahniah” aku tetap nak wish jugak.
Bangga sangat dengan sikap tulus prihatin anggota KSH.
Tahniah En Rosli, Ruzzana…
Semuga Allah membalas jasa kalian…