Tragedi Pokok Tumbang – Kakitangan Bank Maut
Persiaran Maybank
off Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8.30 pagi
Nota:
Bagi mengelakkan kekeliruan, ingin saya maklumkan, semua foto-foto di dalam akhbar mengenai kes ini adalah ehsan dari saya kepada : Utusan Malaysia, Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo, Star, Oriental Daily dan Makkal Ossai.
Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut isteri mangsa, Hayati Hussain, ketika mayat suaminya hendak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan van polis.
Hayati kelihatan begitu tabah , walaupun airmatanya tidak henti mengalir dan kelihatan amat sebak.
Baru beberapa minit tadi mereka bersama menaiki motosikal ke tempat kerja.
Dan segala-galanya berakhir dalam sekelip mata.
Mereka yang berada di lokasi kejadian, sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi dan melihat situasi di mana isteri mangsa datang ke sini.
Hayati datang dengan dipapah oleh beberapa rakan sekerja, dari Menara Maybank, hanya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Saya menerima maklumat kes ini kira-kira jam 8.30 pagi ketika berada di Sri Petaling, setelah gagal tiba di satu lokasi kemalangan di Lebuhraya Besraya berhampiran Kg Malaysia Raya.
Jarak yang jauh dan kesesakan jalan yang kronik di waktu pagi, membuatkan saya tidak yakin untuk sempat tiba.
Bagaimanapun, akhirnya saya sempat juga tiba di lokasi, dan tidak lama kemudian, isteri mangsa, juga sampai.
Kemalangan ini berlaku selepas mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37 tahun, baru sahaja menurunkan isterinya di Menara Maybank,tempat isterinya, Hayati, bekerja sebagai kakitangan di Maybank.
Mohd Helmi kemudian menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerjanya di ibu pejabat Al Rajhi Bank di Wisma Selangor Dredging di Jalan Ampang.
Malang baginya, apabila tiba-tiba sebuah tunggul kayu setinggi kira-kira 5 meter, tumbang terus menimpanya
Pokok @ tunggul kayu ini sebenarnya mungkin telah ada di sini sejak bertahun lalu, dan kedudukannya betul-betul di tebing antara jalan dengan Hutan Simpan Bukit Nanas.
Mangsa yang cedera parah di muka, maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Bukan sahaja Hayati, malah beberapa rakan arwah dan rakan Hayati mengalirkan airmata tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.
Kerja-kerja pembersihan laluan ini dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat Hang Tuah dan DBKL.
Apa yang pasti, tunggul ini sudah sepatutnya tidak berada di tebing ini, dan DBKL seharusnya lebihkan tumpuan pada benda-benda sebegini sebelum tragedi yang lebih besar berlaku.
Mujur juga kes yang berlaku 25 Nov lalu (Pokok Tumbang Atas Landasan Monorail), tidak menyebabkan tragedi , yang juga berpunca dari pokok selenggaraan DBKL yang tumbang.
Nota: Jenazah dibawa ke Ipoh, Perak untuk dikebumikan selepas disembahyangkan di Masjid HKL.
Post Lain Yang Berkaitan
193 Comments
You must be logged in to post a comment.








Ya Allah..tabahkan lah isteri mangsa.. sgt sedeh..
laily recently posted..rutin harian
takziah
PutraRocker recently posted..TVC Iklan Petronas Deepavali 2010
sangat menyanyat hati dan membuatkan air mata bergenang tatkala melihat isterinya mengusap rambut suaminya yang terbujur kaku…
wanshila recently posted..Mee Kari Special
Inalillah. Sedihnya baca. Kesian kt isteri dan anak2 yg ditinggalkan.
oo.. tu teringat jugak td kat besraye mesti bro sham ke situ.. jd saye terus menghala ke tmpat kje.. tggu gambar disiarkan.. nak tau gak sape mangsa, atau mcmane kemalangan, langgar lari ke, lintas kne langgar ke, eksiden krete atau moto… tgk².. kemalangan lain yg lebih x terduga…
rupenye bro x dpt sampai ke lokasi.. tau td, saye tolong dah snap beberapa gambar..
salam takziah buat keluarga mangsa..
Takziah buat isteri mangsa….Hayati…
Alamak…nama sama daaa….
semoga beliau tabah melaluinya dan Alfatihah…
oh ya..dah banyak kejadian yang tidak diingini yang melibatkan pokok2 yg dah expired ni…pihak yg terbabit sepatutnya lebih kerap memantau,jangan ada lagi perkara seperti ini berlaku,ditambah pula dngn keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
sedihnye
Al-fatihah untuk mangsa.
AL-fatihah, dah sampai ajal
Sepatutnya DBKL harus mengawal selia pokok2 di tepi jalan bagi menjamin keselamatan orang awam. Kes2 yg berlaku menjadi pengajaran atas kelalaian pihak yang DBKL. Semoga pihak DBKL memandang serius apa yang berlaku ini, dan mengambil langkah keselamatan dalam menanganinya daripada berulang.
alfatihah…. tak terkata…. ya allah semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka2 yg diredhai. ya allah kurniakanlah kesabaran yg tinggi kepada mereka yg ditinggalkan. kpd bro sham, semoga dipermudahkan dlm segala urusan hidup dan urusan kerja anda.
Al-Fatihah…
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya…
Mudah-mudahan isterinya redha dgn apa yg telah berlaku dan banyakkan bersabar dgn ujian yg cukup berat ini…
Takziah…
Innalaillahwainnalillahirojiun..Al-Fatihah..Tabahkanlah hatimu wahai Puan Hayati..Moga Allah meneptkan arwah di tempat org yg bertkwa dan soleh
Semoga roh Allahyarham ditempatkanNya di kalang mereka yang beriman. Semoga juga Pn Hayati terus tabah meneruskan kehidupan.
sungguh tragis dan menyayat hati.. apa pun ini adalah ketentuan dariNya yang maha berkuasa..
untuk mengelak dari berlaku lagi tragedi yang tidak diingini, pihak berkenaan seperti DBKL, khususnya bahagian penyelenggaraan ataupun unit taman/landskap, harus senantiasa peka terhadap persekitaran bandaraya yang dihijaui oleh pohon-pohon rimbun ini.. pemantauan harus dilakukan lebih kerap, selenggaraan harus dibuat dengan lebih cekap, sekarang musim hujan dan ribut, pokok tumbang jadi lumrah..
bro sham, kalau boleh bro dapatkan update/maklubalas dari pihak DBKL mengenai perkara ini.. kontrak selenggaraan pokok dikawasan DBKL berjuta-juta nilainya.. mungkin ada serba sedikit kawasan atau kekurangan yang terlepas pandang.. dan mungkin juga kawasan ini bukan dibawah selenggaraan DBKL, sebab kalau tak silap saya, kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas, dibawah kawal selia Jabatan Perhutanan.. harap bro dapat update isu ini..
al-fatihah buat arwah dan takziah kepada keluarga
techtalk res-q recently posted..DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hot New Features
masih bermain-main difikiran saya, bagaimana sebatang pohon yang sudah reput dan mmg menunggu masa untuk menyembah bumi, masih boleh kekal berdiri hingglah tumbang dan mengakibatkan kehilangan nyawa.. seharusnya sikap prihatin pada persekitaran dapat mengelakkan bencana dari terjadi
techtalk res-q recently posted..DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hot New Features
untuk makluman,merujuk daripada komen techtalk res-q diatas…
kami dari Jabatan Perhutanan Wilayah PErsekutuan Bukit Nanas ingin membuat pembetulan bahawa kawasan kejadian bukanlah di bawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan kerana ia terletak di luar sempadan Hutan Simpan Bukit Nanas…Harap Mqaklum…Terima Kasih…
jadi siapa yg berssalah dalasm hal nie
salam….BILA DAH BERLAKU SEMUA TAKNAK NGAKU SALAH….(SIAPA NAK NGAKU BERAK TENGAH JALAN…LEMBU PUN TAKNAK NAK NGAKU)
gini la slalu jadi… bile berlaku kemalangan/bala
memasing menuding jari…
rakyat di DULU kan !!! pemimpin di KINI kan !!
inilah sikap orang kita..semua tak nak mengaku..yang merana mangsa..
Terima kasih pihak Jabatan Perhutanan, keprihatinan anda kami hargai.
Makluman dan penjelasan dari pihak tuan serba sedikit memperjelaskan keadaan. Syabas!
techtalk res-q recently posted..Pelan Data Maxis untuk Apple iPad
Al-Fatihah… Semoga kluarga arwah dapat menghadapi dugaan ini dengan redha dan tabah. DBKL harap dapat pantau pokok2 yang dah lama, jangan kejadian ke3 berlaku baru nak bertindak
Salam.. sekadar cadangan.. apa kata pihak DBKL pantau semua pokok2 yg tinggi dan xberfaedah serta xberi manfaat nie ditebang.. kan senang.. nie bila da ada kejadian mcm nie baru la na buka mata.. selama nie DBKL kje saman je ke? aku bkn apa,masa tgk berita nie kat TV3 masa berita jam 130 ptg td,tibe2 air mata aku mengalir.. ye aku bukan seorg isteri,tp aku seorg ank.. agk2 apa perasaan ank2 dye? aku xtaw la kot DBKL masih xnmpk lg.. byk sgt pokok yg bahaya.. kita tgk,jln kat KL tu bkn bole legang 5 minit,mesti je ada kenderaan.. struktur jalan tu boleh sebabkan pokok condong.. struktur akar bole sbbkan jln pecah..
takziah pada keluarga..
Ammar recently posted..Nape ko still sayang dia lg
harapnya nasib beliau terbela selepas ni……Al-Fatihah kpd mangsa dan takziah kpd keluarga…..
Firza recently posted..PROMOSI MUSIM PERKAHWINAN BERMULA
kesian…
moga tuhan tabahkan hati yg ditinggalkan arwah..
9w2ury recently posted..READ
Ya Allah, sedihnya tengok..
Al-Fatihah buat arwah…
Azrul Hisham recently posted..Kita Serupa Kartun Edisi Doraemon Membebel
Al Fatihah buat kwnku smeoga roh mu dicucuri rahmat dan damai mu di sana.
Buat balu dan anak2 tabahkan menjalani hidup.
Berat mata memandang, berat lagi ahli keluarga yg menghadapi.
Moga Allah memberikan kekuatan.
Dari rakan2 sekampus mu , Batch 94
takziah… ajal maut tangan tuhan… Semoga keluarga arwah bersabar dan terima dugaan..
digolbot recently posted..Novel – Mr Nice Guy
dah berlaku baru nak buka mata,
kalau tak ada apa² yang berlaku masing² buat taktau…
itulah pihak² berwajib seperti “DBKL,JKR” dll…
alfatihah. ada ssiapa tahu latar belakang mangsa. dari yg saya dapat tahu beliau kawan², beliau pernah bekerja kat kilang di ipoh. kalau benar beliau. memang sedih la.
achoy recently posted..Daftar lagu kebangsaan negara-negara di dunia
Rumah keluarga beliau di ipoh..Kg Sg Tapah, area Manjoi, kat jelapang. Keluarga beliau merupakan jiran kepada makcik saya dan di Sg. Buloh, beliau merupakan jiran saya.. Tak sangka boleh jadi mcm ni sedangkan hari ahad yg lalu, sy ada di jelapang..makcik sy buat kenduri pertunangan anak dia.
al-fatihah…. mmg kalu nak di iktkan perjalanan hidupnya mmg ssh dan sedih sbb sy berkwn dr kecil dgn arwah… tp didlm keluarganya arwah seorang ank yg menjadi dari segi pelajaran… Arwah telah berkahwin sbyk 3x dan kali ketiga ni lah hidupnya amat bahagia bersama istri nya skrg serta mengecapi kesenangan dan kebahagian. tapi kebahagian e2 tidak kekal lama kerna allah lbh menyayanginya..mmg arwah dr seorg pekerja kilang, skrg beliu bekerja sbg pengurus di sebuah bank di KL. semasa sy di rumah ibu arwah keadaan amat hiba bila jenazah spai dr KL kerna anak sulung (11thn)dan 2 yg lain br saja diberitahu oleh keluarga nya yg ayah kesayangannya sudah tidak ada lg… arwah amat menyanyagi ketiga2 anaknya dan tidak pernah menjentik sekalipon kerna ketiga2 anaknya e2 dijaga oleh arwah setelah ditgglkan oleh isteri pertama.. dan sy melihat kelima2 ank tirinya yg telah besar juga menangis menandakan arwah amat rapat dan menyayangi mereka. Tp sy Respect pada isterinya kerna beliau amat2 tabah dan tenang keatas pemergian suami yg tersayang.. moga2 Allah mencucuri rahmat dan meletakan arwah di tempat org2 yg beriman…amin…
ermmm gitu kisahnya. terharu rasa hati. adakah saya juga akan menjalani kehidupan yg sama? kena kawin kali ke 3 dan beroleh bahagia dan senang kemudian akan pergi meninggalkan anugerah yg sgt dinantikan.
semoga Allah permudahkan urusan perjalanan hidup kami anak beranak dan memberikan kami kesenangan dan kebahagiaan tanpa perlu kami tinggalkannya terlalu awal…
Sangat sedih…….
semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini…
nak menitik air mate ble tengok wife dia kiss arwah suami dia ….huhuh
al-fatihah
al fatihah bt mangsa…dan moga bersabar bagi isteri serta keluarga mereka…
klu berlaku dekat luar negara@negara maju…mmg kena saman pihak yang bertanggungjawab ni…cuma tak tahu di malaysia ni senang ke nk saman badan kerajaan@berkanun… tangungjawab tak terlaksana menyebabkan kematian penguna jalan raya…
semoga tabah dan kuat demi anak2 tercinta…
innalilahiwainailaihiraji’un
saya doakan roh arwah ditempatkan bersama-sama org yg soleh…
takziah buat isteri mangsa. sebak rasanya membaca berita ni..saya sbg isteri lebih sebak bila melihat gmbr isteri arwah tu..
apa2 pon..harap pihak berwajib tolong pastikan keselamatan kawasan persekitaran..dah jd mcm ni…dah xguna… sape nak tanggung anak bini mangsa???
nad recently posted..Logo halal Malaysia
betapa tabanhnya hati seorang isteri bila tengok mayat si suami yg dh terbujur kaku..baru je jumpe tp ajal dh termaktub tiba x lama lepas tu..sedih dah sebak bila tengok isteri die cium dan usap suami die..kalo saya belum tentu saya boleh buat..sebak sgt tgok..pada pihak yg berkenaan, tolong la pantau dan kaji pokok2 yg x bpe elok nak dijadikan sebagai hiasan kt tepi jalan..lebih banyak bahaya…
takziah kepada keluarga mangsa
Ya Allah
sedihnya. berat sungguh dugaan utk si isteri.
Al~Fatihah utk arwah..
ai recently posted..-IKLAN- sticky mode
salam takziah kepada keluarga mangsa
setiap yg hidup akan mati tabahkan hati
kita hidup di dunia hanya sementara
ALLAH lebih menyayangi nya AL-FATIHAH
Alfatihah untuk arwah suami kak yati. Ini adalah kejadian kedua berlaku. Kali pertama hampir2 meragut nyawa staff Maybank (En Yuswan). Kejadian berlaku sekitar tahun 1996 kalau tak silap. Saya berada di situ sejurus berlakunya pokok yg hampir meragut nyawa Yuswan itu. Adakah tunggul yg menghempap arwah adalah bekas poko yg tumbang dulu…..
sedih arrr tgk bini dia, bengong dbkl , apa yg dbkl buat selama ini, tak ada ker staff yg memantau pokok2 berisiko…
arwah seorg yg pendiam dan cool
Al Fatihah buat kwn ku Helmi…damai kamu di sana.
boleh tau sapa nih..nih bob dbs
yang pasti bukan aku bob..hehehe
al’fatihah
ajal maut di tangan tuhan tp kes mcm ni jgn lepas tangan,dbkl kena bertangggjwab sebab jln n pokok disitu dibwah selnggaraan dbkl~~take note ,kesian kepada org yg xbersalah
Kami, kawan-kawan dari syarikat Pn Haryati jugak mengucapkan takziah serta berdoa agar roh suami Pn ditempatkan dikalangan para solehin. Yang penting Pn perlu tabah menghadapi ujian Allah yang juga akan dihadapi oleh semua insan yang bernyawa. AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.
semoga ALLAH gandakan ganjaran, ampunkan dosa arwah dan tempatkan arwah bersama orang beriman dan beramal soleh..
menitis juga air mata ku… tatkala melihat gambar si isteri mencium kepala arwah suaminya yg sudah tidak bernyawa lagi……. hanya sujur tubuh kaku yg dapat di peluk…..sayu hati ku melihatnya…… alfatihah untuk pn.Hayati sekeluarga….. besarkan anak2 mu dgn penuh kesabaran dan ketabahan…..amin…..
takziah kpd keluarga beliau.. dah sampai ajal walau mangsa pakai helmet & sut menunggang motor..
nama isteri arwah ialah hayati hussain..kebetulan je sama dgn nama bapa arwah..
As usual,Malaysian style.Bila dah ada kehilangan nyawa dan tragedi buruk baru kita akan nampak mereka akan terhegeh-hegeh menggelupur nak buat kerja.Preventive Maintenance langsung takder.Kalaulah aku officer yang bertanggungjawab menyelengara pokok-pokok tunggul ni mesti balik rumah tak boleh tidur.Disebabkan sikap sambil lewa dan sikap “alah takper la” ada nyawa yang melayang.
Harap Maklum.
Terima Kasih.
ReentryCapsule recently posted..ENCIK ANWAR IBRAHIMBERAMBUSLAHTERIMA KASIH
Betul~!
Jangan risau…tau lah “Makcik” yati nak buat ape lps ni. Beliau merupakan seorang yg genius..siap la DBKL lps ni.
tau xpe……….tau la ‘m.long comel’ sy nak buat apa….just wait n see…!
innalillah….
cuma terkilan kenapa pokok yg sekian lama menjadi TUNGGUL MATI dibiarkan begitu sahaja…sedangkan pokok yg subur di sekitar KL/PJ ditebang menjadikan hutan batu kian panas dan kaku. bila ke tempat orang sebagai contoh Ho Chi Minh City dan Singapura…saya cukup kagum dengan pokok2 yg tumbuh menghijau dan dijaga rapi…
persoalan ini telah lama bermain di benak..tapi apakan daya…
apapun..semoga Allah menempatkan roh arwah bersama orang yg beriman dan dikasihiNYA…amin.
DBKL kalau bab nak tarik kereta orang bila parking
sembarangan macam PELESET dia buat kerja.Kereta kau boleh lesap
kena tarik masuk depot dalam sekelip mata.Harap-harap budaya kerja
macam PELESIT ni digunakapakai dalam kerja-kerja senggelaraan yang
lain.Diorang kerja macam PELESTI tarik kereta orang sebab boleh
jana duit bila orang awan nak ambik balik kereta dekat depot@stor
kereta.Potong-potong pokok ni mana mendatangkan $$$$.Iyer tak?
Business Minded betul lah pengarah DBKL ni.
Terima Kasih.
ReentryCapsule recently posted..ENCIK ANWAR IBRAHIMBERAMBUSLAHTERIMA KASIH
kita yang membaca dan melihat pun terasa sedih dan sebak, inikan pula mereka yang mengenali dan rapat dgn mangsa.
al fatihah buat arwah.
semoga isterinya dan kaum keluarganya tabah dgn dugaan dari Allah ini.
My deepest condolences to the bereaved wife…
Arwah adalah pelajar Uitm Perlis 91-94 yang cemerlang. Baik budi pekerti, sopan santun dan disenangi semua orang. Mempunyai satu keluarga yang memegang teguh pada ajaran Agama Islam. Setiap komen dalam FB baik si arwah atau si isteri penuh dengan usik mengusik, gurau senda melambangkan keluarga yang bahagia. Kehilangan kawan kami ini, amat dirasai dan menyentuh perasaan semua kawan2nya. Mie.. kami doakan hang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, sentiasa dikasihi Allah SWT dan kami berdoa agar tempat hang Allah letakkan dikalangan orang2 yang beriman..Mie..segala kenangan hang baik di ITM dan selepas tu menjadi sebahagian kenangan hidup kami..berehat la Mie…
bro sham..kat besraya tu ada excident ke???jam9 saya lalu macam takde ape-ape yang berlaku pun???
ade… hari yg sama.. pagi gak… dlm 7 lebih camtu..
mcm kemalangan maut.. sbb ade tutup menutup.. tp x tau la.. sbb tak berhenti tgk..
Alfatihah, arwah seorang yang baik saya kenali sejak UiTM. Kenangan arwah dan anak berkunjung ke rumah takkan dilupa. Rupanya Allah meminjamkan sementara kepada kita insan-insan yang baik dalam mengharungi hidup. Kita perlu bersyukur…kepada Yati dan anak2 tabahkan hati.
Ni langau ROTU ka?
Apa pun sekalung Takziah buat keluarga arwah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan diklangan orang2 yang berjaya.
Buat Pn Hayati agar tabah menghadapi cubaan dariNya.
AL-FATIHAH.
Memang hang la ni. konpom…
betoi la ..aku niii
Sediah arr bila tgk kwn sekampus jadi mcm ni, memang takdir tuhan tentukan, tetapi kealpaan DBKL dlm hal2 sebegini, ritu pokok tumbang kena monorail…dari situ DBKL kena buat satu jawatankuasa bertindak menelitikembali pokok yg ada…bukan sekadar jawatankuasa bertindak menyaman orang ramai dan penjaja. Come on dbkl…wake up larrrr..jgn tidorr arrr…
Ni Langau ka…
Aku la….betoi tu
salam….nampak gayanya kena wujudkan satu skuad khas kat pbt(DBKL) skuad yang check pokok yg berisiko nak tumbang,signboard yg rosak mana la tahu kekalau ada lg pokok yg nak tumbang…..teman pun ada saman parking DBKL kena tahun 1994..tak bayo pun lagi….AL FATIHAH utk arwah
Takziah kepada keluarga allahyarham.. sesungguhnya Dia Maha Berkuasa menentukan bila kita akn kembali kepadaNya.Ada beberapa pengajaran dari kisah ini ;
1) Kita tak tahu bila kita akan mati
2) PBT.. plz la.. jagn bila sudah terhantuk baru terngada
Al-Fatihah – moga Puan Hayati lebih tabah
sedih dan kelu untuk menulis apa² komen lagi – teringat suami yang jauh
Kujie recently posted..Adakah Isteri Yang Ditinggalkan Ini Isteri Pilihan
takziah buat keluarga mangsa.Al-fatihah
kepada semua northern mainstech 91-94 sama sama kita sedekahkn alfatihah utk alyhm helmi….al fatihah…
[...] This post was mentioned on Twitter by matt mohd and yonna, Ejam Othman. Ejam Othman said: br tgk @tv3malaysia pasal kematian dihempap pokok, terus surf http://bit.ly/i7FFvK [...]
ni boleh di jadikan iktibar..kalau dah tiba ajalnya..tepat2 pokok tu menimpa arwah..huhu..
semoga rohnya di cucuri rahmat.amin
mijae recently posted..farida- kau cinta terakhirku
al-fatihah utk allahyarham saudara Mohd Helmi Hussin. Sama2 kita doakan mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan
para solehin. Buat keluarga arwah, sabarlah dan redhalah dgn ketentuan ilahi. Tabahkan hati, teruskan tradisi pahala di dalam kehidupan
anda, mudah-mudahan sampai utk si arwah. Amin ya rabbal ‘alamin
You see, inilah Malaysia. Lepas ni, barulah DBKL terhegeh hegeh buat gotong royong buat kerja. Benda ni bukan berlaku di KL jek. Di hampir semua tempat di Malaysia ni. Depa pikir nyawa yang ada kat jalanraya tu tak ada nilai langsung. Aku rasa, kalau ada lawyer pandai ni, pi saman DBKL tu, negligence and hit them hard, jadikan ia satu precedence pada PBT lain kat Malaysia ni. Kekadang nak tunggu orang complaint berkali kali, benda nak tumbang – tak kiralah lampu jalan ke, pokok ke, semua tak ambik kisah. Apa taknya, orang nak complaint depa pi minum kat gerai, abis nak complaint kat siapa?
setuju sangat dengan hazrey…100%
takziah buat keluarga mangsa…
ajal maut ditangan ALLAh, tiada siapa tahu bila tiba masanya, bagaimana caranya…
shay recently posted..Layan
Takziah buat keluarga..
Harap2 DBKL akan memantau dan menebang pokok2 yg berisiko sahaja… jgn pulak segala jenis pokok di tebang nanti ya…
tengok gambar pon dh menitis air mata,tambahan lagi kalo berada di tempat kejadian..Takziah2..
Tahziah buat isteri & keluarga mangsa…. Sbg seorg isteri, sayu hati melihat ketabahan pn.yati. AlFatihah buat Arwah..
ct recently posted..Kelebihan surah-surah Al-Quran
masa tengok buletin utama tadi,meleleh air mata acu tengok kejadian tu..sebak sangat…
abg sham,
acu nak minta laluan sekejap ek…
nak ajak abg sham & kawan2 semua membantu meringankan beban DJ Epoi..
http://sephiasayang.blogspot.com/2010/11/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html
UCAPAN TAKZIAH PD KELUARGA TERSEBUT
PADA DBKL JGN SELALU SAMAN ORG PARKING JER TENGOK APA DAH JADI PADA KELUARGA SAUDARA KITA NI.NIE ASYIK SAMAN PARKING JER BYK KERJA YG LEBIH PENTING MELIBATKAN NYAWA RAKYAT.BIAR LA BADAN KERAJAAN SEPERTI [POLIS TRAFFIC,JPJ JER YANG TULIS SURAT SAMAN NIE DBKL PUN NAK JUGAK….ISHK TAK PERLU LA…..
skrg ni plak kt srh keluarga mangsa saman DBKL.. Sbb Kalu keluarga arwah menang sekalipon duit tu bleh ler terbela pada anak2nya yg masih kecil dan perjalanan hidup yg masih pjg utk meneruskan kehidupan..
salam takziah utk keluarga mangsa..sedih tgk berita jam 8mlm td.menitik air mata bl tgk ksh syg seorg isteri tat kala melihat tubuh suami terbujur kaku..padahal br beberapa minit berjumpa..sudah ketentuan Ilahi..harap bersabar dan redha dgn apa yg berlaku..
kepada pihak DBKL dan yg pihak2 yg berkaitan..tolonglah ambil perhatian,lakukanlah tanggungjawab anda dengan sebaiknya.jangan ada lagi nyawa yang terkorban selepas ini..
Ya Allah, saya sangat2 sebak tgk isteri mangsa mengucup suaminya yang tak bernyawa… moga isteri mangsa tabah dan redha.. takziah buat keluarga mangsa…
deeperinloving recently posted..oh anak
sedeynye aku tengok gambar2 ni.. takziah diucapkan, semoga dapat kekal tabah..
DarkSky recently posted..Kesibukan melanda
moga rohnya dimasukkan ke dalam taman roh orang-orang yang beriman… amin
Allah swt dah tulis dia mati cara itu..
kita kene redha…walau pahit nak terima..
Al – Fatihah buat arwah. Mohd Helmi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat…
Takziah buat keluarga arwah.
DBKL jangan sibuk saman parking je ni dah ramai dh bg feedback pasal pokok2 yang berisiko dan berpotensi mengakibatkan kemalangan kepada pengguna2… Sekian.
Takziah buat Hayati…
Semoga akak tabah…saya doakan arwah suami akak di ampunkan dosa2nya & semoga rohnya tenang disisi Nya…Al Fatihah…
Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Dan semoga kak Hayati tabah…
Takziah…
Al fatihah dan takziah..
………………………Speechleess~!
al-fathihah…amin…kepada yg berdoa atas pemergian adik kandung yg sgt dicintai…sy mengucapkan terima kasih kepada yg menulis laman ini,dan kami sekeluarga redha kepada ketentuan illahi,1 kehilangan besar kepada keluarga kami sama2 kita menganbil iktibar atas kejadin ini ……setiap yg hidup akan menemui ALLAH yg maha esa….wassallam dr kami sekeluarga…amin
Menilai kejadian ini sebagai kecuaian manusia atau takdir Tuhan mendahului segalanya. Mungkin DBKL tak perasan tunggul kayu tu dah lama reput dan banyak lagu sebab bagi PBT ni kena pantau pokok2, tiang2 lama, papan2 tanda yg rosak disekitar KL..sebagai pihak berkuasa kena bertanggungjawab di atas kemalangan ni yg berlaku di dalam kawasannya..Takziah kpd isteri dan Alfatihah kpd arwah..tabah menghadapi ujian. Tuhan lebih menyayangi hambaNya ini..
pokok2, tiang2, papan2 tanda yg rosak tu kalau lama x dilayan oleh PBT tu akan jadi seperti pemandangan biasa & boleh terlepas pandag.
Alfatihah
Allah Maha Besar, takdir maut semua adalah pasti, jadi jgnlah cepat membuat andaian bahawa semua penyebab ketentuan Tuhan kita sebagai manusia diberi akal fikiran dan bernafas utk hidup. Dari gambar foto batang pokok yg tumbang sudah lama reput dan dalam keadaan bahaya bagi masyarakat yg lalu lalang di kawasan tersebut. DBKL wajib bertanggungjawab kerana diberi amanah untuk berkerja, memantau, menjaga kebersihan dan keselamatan rakyat mengikut kawasan dan daerah. Pokok ini kalau boleh bayar dah lama disaman.
[...] berita penuh di ondsence… [...]
al fatihah buat mangsa..
sedih sgt sy tgk gambar ni..meleleh2 air mata..semoga balu isteri allahyarham tabah n kuat.insyaAllah
Al-Fatihah.Takziah utk isteri arwah dn anak2 nya..
Dri DIA kita datang, dan Dri DIA juga kita kembali, cuma masa dan caranya mungkin tidak sama.Mati adalah pasti untuk semua.
Melihat air muka isterinya terpapar dia seorang isteri yang tabah hatinya walaupun pada hakikaynya pemergian orang yang tersayang amat memilukan.
Salam.
Al-fatihah semoga roh arwah akan ditempat dalam golongan para syuhada….
Takziah buat keluarga mangsa….
amraz recently posted..Petrosains DinoTrek 2 exhibition bersama Family
salam,
cuma sekadar ingatan, keluar rumah baca bismillah, bersalaman dgn keluarga, baca doa keluar rumah, baca doa naik kenderaan dan berzikir dalam perjalanan. hanya Allah Maha mengetahui mungkin hari itu hari terakhir utk kita di dunia dan hari pertama utk kita ke alam yang lain pula..
Wallahua’lam
Jenazah selamat dikebumikan di ipoh lbh kurang pada pkl 6 petang smalam.. Merupakan jiran yang baik dan peramah.. Salam takziah kepada makcik Yati dan sekeluarga. Semoga roh suaminya dicucuri rahmat. Amin.
Hmm gmbr di harian Metro http://www.hmetro.com.my/articles/Sujuddakapjenazahsuami/Article
Takziah kepada Isteri Arwah dan alfatihah untuk arwah…
Kepada pihak Ondscene, sy nak mintak utk copy apa2 yg boleh untuk disebarkan kepada anak2 buah (Member-member airsoft malaysia). Ty ^_^V
sedihnya tgk gambar….isteri arwah yg memakai tudung labuh melambangkan arwah seorg yang mematuhi segala ajaran Islam untuk diterapkan dalam keluarganya…Al-Fatihah..moga arwah tenang bersama org2 beriman di Sana…..
DBKL biasenye kne komplen kat dia dulu baru nak buat… biasala.. mcm tukul dgn paku, pahat dgn kayu.. semua org macam tuu..
ape kate skarang ni kita pun same² pantau pokok tepi jln, mane yg nmpak risiko tinggi xpun semua jenis pokok lah temasuk pokok bunge.. kita komplen kaw² smpai dorang x senang duduk…
baru je lepas komplen ni.. pasal jln belubang..
TALIAN BEBAS TOL DBKL : 1800 – 88 – 3255
MASA OPERASI : 24 jam
DBKL ni kna msuk kt tv3 aduan rakyat br lah diaorg buat kerja.. klau x diorg ni buat xtau je lh.. sadis btul lh tragedi ni..
Sedih sgt melihat kasih sayang si isteri.. Salam takziah….
P/S : Gambar yang pertama tu ada kat fron page Utusan hari ni.
Tapi x ada pulak water mark ODS…
Al-Fatihah..
Amay Hamidi recently posted..Pertunangan Nurul Syameera dan Faizal di Bangi
takziah buat akak ni, alfatihah utk arwah & satu “peringatan/ surat aduan” buat DBKL
Takziah buat keluarga mangsa. DBKL patut bertanggungjawab di atas kemalangan ini.
Satu lagi saya nak bagitau rasanya gambar saudara yang nombor 2 dari atas tu Kosmo! dah cilok dalam paper hari ni
DBKL hanya tahu meroboh gerai haram saja… kalau pokok biar la dia tumbang sendiri….
Allahyarham Helmi merupakan bekas pelajar saya yang bijak, baik dan menghormati gurunya. Walaupun sudah hampir 17 tahun tidak berjumpa tapi keceriaan Allahyarham bersama keluarga dapat saya rasakan melalui kata-kata mereka bila berkomunikasi dengan saya di fb. Perkataan yang digunkan amat sopan sekali. Saya harap Puan Hayati tabah menghadapi dugaan dari Allah dan saya doakan agar rohnya di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Salam takziah diucapkan buat isteri dan keluarga arwah. Sebagai seorang suami dan bapa kepada empat orang anak, saya rasa sedih sehingga bergenang airmata memikirkan perasaan sedih yang teramat sangat bila melihat tubuh mayat suami yang kaku di atas jalanraya. Baru sebentar tadi, mungkin gurau senda suami isteri dan ciuman mesra dengan anak anak dan kini menjadi yang terakhir bagi mereka. Bayangkanlah seandainya berlaku perselisihan faham yang kecil atau merajuk tapi tak sempat nak memohon maaf…agak terkilan rasanya.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang orang yang beriman di Al-Jannah. InsyaAllah.
berat lagi mata memandang, lagi berat bahu yang memikulnya…
alfatihah utk arwah…
Al-Fatihah…
Memang tragis…air mata mengalir tak mampu ditahan…sukar nak digambarkan kalau terjadi pada diri sendiri.. Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat isteri arwah,anak2 serta keluarga kedua pihak dlm menempohi dugaan ini.
hayati.. saman balik DBKL.. selalu dia je saman orang..!
innalillah.. al-fatihah. semoga Pn hayati tabah dgn ujian ini. kepada DBKL, syabas! tunggu lg korban jiwa baru buat kerja.
Salam abam Sham,
Salam simpati dan AL_FATIHAH buat femili arwah…
ai sangat terharu dan bergenang air mata bila baca berita ni…
sedih sangat²…sesungguhnya kematian tidak mengenal waktu…
minta izin utk ai share kan di FB ye abam Sham, terima kasih…
ABAM SENIN recently posted..@ uLamTaHun pERkaHwiNaN yam ke-2 @
Alfatihah
Takziah buat keluarga mangsa.
takziah…buat keluarga allahyarham,tabahkan hati…al-fatihah…
TAKZIAH BUAT KELUARGA. AKU PON SALAH SEORANG DR KAKI KOMPLEN KAT DBKL PASAL JALAN ROSAK TP SAYANG DIE ORANG WAT BODOH JE ADUAN AKU, MUNGKIN BELUOM ADE YG MATI LAGI. TD AKU BARU CALL PIHAK BIRO ADUAN AWAM BG TAU PASAL EKSIDEN NI. BULAN APRIL LALU AKU ADA WAT ADUAN PASAL BANYAK JALAN KAT KL NI ROSAK TERUK TERUTAMA KAT JLN CHERAS(JLN NI PON YG AKU LALU HARI2) KALAU KAU ORG TAK CAYE CUBE LALU KAT SANA. BETOL KATE KAU ORG DBKL NI LEBIH SUKE SAMAN ORG DARI MENJAGA BANDARAYA NI. CONTOH NYE KT PERTAMA TK SAMPAI 5 MINIT AKU MASUK DALAM DIE ORG DAH SIAP KUARKAN SRT SAMAN, LIHAT BETAPE EFISEN NYE DIE ORG DALAM HAL SAMAN MENYAMAN TAPI BAB LAIN HAMPEHHHHHHH. AKU CADANGKAN KELUARGA ARWAH NI SAMAN JE DBKL 10JUTA. AKU RASA ADE RAMAI PEGUAM YG NAK TOLONG. AKU HARAP KES INI DIJADIKAN PENGAJARAN KPD DBKL.
tak mampu nak komen ape-ape…
tak terbayang jika menimpa diri sendiri…
akan terus teringatkan senyumannya dan anak2…
jauh sekali diri sendiri…
takziah dan al-fatihah..
Al-Fatihah untuk arwah. Sedih dan pilu tengok gambar kejadian ni.
takziah diucapkan moga kalin sekeluarga menerima dugaan ini dengan tabah dan redo sebab ini takdir dr Allah
Apa yang terjadi elok dijadikan iktibar. Lepas ni DBKL kena banyak buat pemantauan pokok-pokok Tua dan reput di seluruh Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengan nya.
Nasib penunggang motosikal.Jangan perkara ini berlaku lagi.DBKL janagn nak kaut untung saja.Al-Fatihah buat arwah
bknya area kl je byk pokok reput….area sbg jaya dan shah alam pun sama,tggu masa je 2 nak tumbang,hrp jbtn berkaitan ambil tindakan sblm kejadian ni berulang,sy cadangkan pokok2 yg berusia lbh 20 thn ditebang je terus..bila lalu dekat pokok-pokok besar,rasa seram sejuk je,lelagi bila time angin kuat,dah mcm jerangkap samar..takziah untk leluarga arwah….
sokong…
saya sokong sepenuhnya. di jalan ss14/5 ada sebatang pokok yg tumbang dua hari…..tpi masih belum diambil tindakan. bayangkan jika sewaktu itu masa persekolahan….apa yang akan terjadi…tuan-puan fikirlah sendiri.
sebak sgt rasa
aduhai xleh nak bayangkan
betapa sebak tgk wajah isteri arwah..rdha dalam sedih
salam buat kak yati,
harap tabah dlm menghadapi dugaan dan ujian ini. banyak2 bersabar dan menyedekahkan bacaan ayat2 suci alquran semoga allahyarham ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang soleh. amin.
Baru sahaja hari minggu yang lepas melalui jalan tersebut untuk bypass ke jalan PUDU bawak anak dan family jalan-jalan. Memang ada perasan pokok tersebut, tapi tak menjangkakan perkara buruk terjadi. Sebelum-sebelum ini pun masa sebelum berkeluarga selalu hantar wife ke pudu raya ikut jalan ini.
Takziah,
Sape sangka, malam sebelum kejadian ada gurau senda, pagi esoknya bersarapan sama-sama, membonceng motosikal sama2 & maybe ada gelak tawa sepanjang perjalanan tu, kemudian cium dan melambai tangan. Tidak kurang 5minit selepas tu dapat berita suami dah tak ada & malam itu serta seterusnya tiada lagi suami disisi menemani. Tak tertanggung rasanya kepedihan itu. Semoga Tuhan menjauhkan segala ini dari menimpa diriku, kaum keluarga, sedara-mara, sahabat handai dan orang2 tersayang. Amin….
moga kejadian ini tidak berulang lagi .. takziah kpd keluarga yg terlibat
Takziah buat keluarga..namun begitu semua pihak PBT kena ambil iktibar daripada kejadian ini..lebih2 lg musim hujan skrg..Buatla pemantauan..mmg byk kerja PBT kena pantau tp kerja adalah kerja…kena buatlah…
Takziah kepada keluarga mangsa. Memang tragis pada pandangan saya tapi tak dapat bayangkan macam mana perasaan yang memikulnya. Semoga isteri arwah kak Hayati kuat menghadapi dugaan ni.
benarlah.. mangsa pernah kerja di kilang kat klebang ipoh. sebagai ex-supervisor. saya mengenali mangsa kerana kami sama² satu tempat kerja cuma berlainan unit je. sekarang bukan masa untuk menuding jari tetapi masa untuk memikirkan apa yg boleh dielakkan pada masa depan. supaya kes sama x berulang lg. alfatihah..
achoy recently posted..Daftar lagu kebangsaan negara-negara di dunia
salam takziah sekali lagi dr saya & rakan2 AOC yg menziarah Pn Hayati & keluarga arwah d Ipoh walaupun sudah lewat mlm tadi, semoga roh arwah mendapat rahmat Yg Maha Esa & berada d kalangan solehin. Kami d AOC telah kehilangan seorg sahabat yg tidak dpt diganti. Alfatihah
marilah kita fikirkan sumbangan yg dpat diberi kepada keluarga arwah…
On behalf of AOC ( http://WWW.ALPHARDASIACLUB.COM ).
My deepest condolenses to our beloved AOC brother Helmi’s family,be strong.
( His nick in the forum – bro 7one7.)
Also would like to thanks AOC members contributed donation >RM$2500 to his family.we will pass the donation in due time.
Best regards,
Bro tamkm54.
AOC Admin.
http://www.alphardasiaclub.com
keep up the good work
saman DBKL…..cuai menjalankan tugas….
takziah kepada isteri mangsa…..AL-FATIHAH…..semoga tabah dengan dugaan Allah….sedih melihat suasana di situ walaupun tiada di sana….
Laizan recently posted.. Happy 4th Besday Naufal
Salam takziah buat Puan Hayatai. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini dan kuatkan semangat membesarkan anak2.
Semoga arwah di cucuri Rahmat ILAHI & di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Al Fatihah.
Maslinda recently posted..Peringatan utk diri sendiri – Surah Al-Fatihah
sayu bila tgh ketabahan puan hayati..
al-fatehah dn takziah keluarga pn.hayati..
I was angry about something this morning. Then I saw this. Somehow my anger and pain just disappeared seeing the act of a loving wife such as her. My humblest and sincerest condolences to her.
May he rest in peace.
Mohon izin share kan link kat FB.. Semoga roh beliau titempatkan dikalangan orh2 yg beriman dan semoga Kak Yati tabah menghadapi ketentuan Allah s.w.t
salam alfatiha untuk pn hayati
semoga tabah dan kuat menerima ujian Allah
nur misnan recently posted..50 1st dates VS Seribu kali Cinta
Salam, minta kebenaran menggunakan gambar tuan di dalam siaran akhbar kami esok. Kredit akan diletakkan di bahagian bawah gambar yang digunakan. Terima Kasih. Jika ada apa apa pertanyaan sila email kami di [email protected]
alfatihah untuk allahyarham…sayu sungguh melihat bila mana si isteri mencium mayat suaminya….semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..saya perhati dalam isu kali ini ada sahabat kepada isteri allahyarham…duharap sahabat2nya dapat memberikan sokongan kepada si isteri..
DBKL ni memang patut disaman…keje lembap..si isteri ada point kuat untuk saman DBKL…ohon sahabat2 yang kenal pengamal undang2 untuk membantu istri Allahyarham..byk gantirugi perlu diminta spt hilang temapat bergantung dll
..ape kejadahnya pokok reput sekian lama masih dibiarkan begitu sahaja…kalau dilihat di sekitar KL ni, banyak pokok yang sebesar pokok balak dibiarkan tumbuh bertujuan untuk melindungi dr cahaya matahari la kononnya..kalau di uar negara, bila ada isu yg melibatkan kepentingan umum, datuk bandarnya akan meletakkan jawatann,,diharap datok bandar KL juga meletakkan jawatan atas kegagalannya memastikan anak buah bekerja dgn tanggungjawab.
pada sape keje DBKL, rajin2 la ronda…jgn tau mengular je..
Hai pokok kalau tak ada nanti panas …kalau ada nanti mati dihempap nya ….jadi kita tanam pokok plastik …tak boleh besar …..seminggu sekali DBKL siram untuk dicuci…..OK kan
Kalau pokok tumbang dan menghempap train monorail banyak yang akan mati .tentu ada tang putus kepala ,tangan dan perut terburai.maklumlah train tengah laju dan kedudukanya tinggi diatas langit.Masa tu DBKL akan cakap bencana alam dan kehendak tuhan……dan mangsa tak dapat tuntutan apa apa.Tak caya checklah undang undang DBKL dan pihak ins…..Bencana alam….Ribut,Hujan ,Tanah runtuh,Banjir….serta pokok tumbang kerana hujan ……..tak boleh tuntut…..sebab kejadian alam dan kuasa tuhan .
Hai DBKL tebanglah pokok pokok yang besar dan tinggi melangit tu .Takkan nak suruh PM beri arahan baru nak bergerak …..kkepada datok bandar jangan lah buat tak nampak ….jangan makan gaji buta aja…Aku doakan supaya datok bandar dihempap pokok ….baru dia tau…..Pada MD prasarana tu buat bantahan dan kalau tak lut gunakan menteri wp…….kalau tak lut juga kita pakat ramai ramai bubuh racun kat pokok tu ……
Salam….
Al-fatiha kepada keluarga Arwah..
Pn Hayati seorg yang tabah….saya kenal beliau…( Kuatkan semangat KAK )
DBKL…: tolong ambil serius.
takziah dan sedih,dpt berita dari wife…x tahu plak ade posting dlm ondscene…
Sepatutnya kejadian nie patut dijadikan iktibar untuk semua pihak berkuasa tempatan….
bukan hanya sebok nak menyaman sana saman sini jek….
jgn nak tunggu org complain baru nak bt kerja….
Salam…
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun
Ustaz Love recently posted..Belalang Oh Belalang
first of all, takziah buat pn hayati. tabahkan hati dan relakan kepergian suami kerana Allah lebih menyayanginya…. ada hikmah disebalik kejadian ini, cuma Allah yang tahu. takziah dari saya.
KEPADA DBKL. TAHNIAH DIUCAPKAN KERANA DENGAN TAHAP KECEKAPAN DAN KECEMERLANGAN ANDA, SEORANG ISTERI TELAH MENJADI BALU, BEBERAPA ORANG ANAK TELAH MENDAPAT TITLE YATIM, BEBERAPA AHLI KELUARGA KEHILANGAN AHHLI KELUARGA MEREKA. TAHNIAH, SUATU USAHA “MURNI” TELAH ANDA LAKUKAN.
SAYA PERNAH SEKALI MASUK MEETING DENGAN DBKL, IAITU KETIKA PERANCANGAN MOTOGP KL 2010. STAFF DBKL MMG KOMITED, MMG IKUT LAW….. ITU TAK BOLEH, INI TAK BOLEH, KALAU BUAT INI BOLEH KENA SAMAN, KALAU BUAT ITU BOLEH KENA TINDAKAN DAN MACAM2 LAGI.TP BILA ADA YANG DAH MATI, APE TINDAKAN DBKL? APA KOMEN DATUK BANDAR? BAB SAMAN PARKING LAJU JER… MOTO ORG HUMBAN DALAM TRAK MACAM HUMBAN SAMPAH… SALAH PARKING KENA TUNDA…. POKOK MATI/REPUT DAN MEMBAHAYAKAN ORG TAK PULAK KORANG NAK AMIK TAHU?? INI PIAGAM PELANGGAN JABATAN SENI TAMAN DAN KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR; “Memastikan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan sekah di bawah penyelenggaraan DBKL dibuat dalam tempoh 24 jam selepas mendapat maklumat.” (info dbkl.gov.my). SEKADAR HIASAN DI DINDING PEJABAT DAN LAMAN WEB AKA WAYANG SEMATA MATA. DBKL BUKA LAH MATA….SEBAB APA YANG ANDA BUAT AKAN DISOAL DIAKHIRAT… FIKIR2 LAH.
smlm baru terhegeh buat operasi potong pokok2 tua sekitar kl….mangkak punya DBKL… harap2 ada pihak yang bakal membela nasib keluarga arwah..kalau perlu saman, saman aja DBKL tu….
memang lembap…dah ada orang mati, baru nak wat keje…mcm tu la PBT ka melesia ni…kalau ada masuk tv, papaer, ada orang mati, baru la terhegeh2 nak wat keje…kalau tak, sampai reput la…
tu la dbkl tau nak saman org.dapat duit makan duit haram.rasuah,rasuah,rasuah.harap family mangsa failkan saman
Salam Tuan. Saya mohon izin untuk menggunakan sedikit gambar kejadian yang menimpa arwah Mohd Helmi ini didalam blog saya. Semoga tuhan memberkati segala usaha Tuan didalam memaparkan isu-isu setempat buat pengetahuan umum.
Salam…Takziah untuk kak hayati dan keluarga….semoga tabah menghadapi ujian ini…
pertama kali tengok cerita ni pun saya dah mengalir air mata….
saya membayangkan saya di tempatnya….saya dan hubby pun datang kerja dengan motosikal gak…minta dijauhkan….nauzubillah…ajal maut di tangan Tuhan…
sedekahkan lah Al-Fatihah untuk arwah…
Iman recently posted..Award Lagikkk!!!!!
Al Fatehah…Air mata saya mengalir baca entri ni…walaupun saya lelaki
Salam takziah,
Semoga Puan Hayati dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Al-fatihah..
al-Fatihah kepada keluarga mangsa…
DBKL…jgn asyik nak saman orang jer..
tau keje makan tido makan tido..
maklumlah sume yg keje under DBKL sumenye lah sanak saudara dorang..
orang luar susah nak amik masuk DBKL..
tu pasal lah wat keje macam melepaskan batuk ditangga..
p/s aku bgi mcg nie kat owg DBKL yg tak wat keje..sape makan cili terasa pedasnya…
Salam…mohon izin copy beberapa keping gambar untuk di entry kan di blog sya… Takziah untuk keluarga arwah….al-fatihah…
Iman recently posted..Award Lagikkk!!!!!
SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA ARWAH…
ALFATIHAH…
Itulah DBKL… Depa Buat Kerja Lalai…
Kalau bab saman menyaman ni laju ja..
penah skali tu aku silap parking motor kat Jln Raja Laut, masa tu penguatkuasa DBKL ada kat situ dok perati ja aku parking motor..
aku masuk bangunan KWSP dalam 5 minit ja.. tengok2 dah ada surat saman kat motor.. sepatutnya dia bagitau kat aku awal2 tak boleh parking kat situ… tapi lain pulak jadinya.. dia cari peluang ja nak saman..
Cuba kalau kita patahkan atau tebang pokok yang kat tepi jalan atau skitar kawasan rumah kita yang menggangu laluan.. mesti esok lusa DBKL datang hantar surat saman sebab rosakan harta benda kerajaan.. abiss nak tunggu pokok tu tumbang hempap rumah kita baru nak suruh DBKL datang..
Kepada Samsul Ondscene. syabas gambar yg anda rakamkan begitu menyentuh perasaan… anda sampai on time kat tempat kejadian…
mana2 surat kabar yg gunakan gambar tu sepatutnya bagi la kredit atau byline pada Ondscene.. bukan senang nak dapat gambar camtu..
Selalunya beginilah….
Bila ada tanda2 bahaya spt. pokok condong / reput menghala laluan / jalanraya atau haiwan spt. lembu / kambing / ayam / anjing berkeliaran dijalanraya atau kawasan simpang bahaya tiada lampu isyarat – tiada siapa termasuk pihak berkuasa yang ambil tindakan untuk membetulkan keadaan, hinggalah berlaku kemalangan maut, barulah nampak bahaya.
Ini termasuk juga keadaan jalan / laluan yang berlubang langsung tak ambil peduli; semua ini memang berpotensi untuk membunuh pengguna!
Aku cukup benci jenis manusia pemakan gaji buta dan pemalas dari DBKL ni. Takkan tak tahu tunggul tu dah berpuluh tahun sampai reput mustahillah ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya….
Adakah kena tunggu aduan baru bertindak? Tiada langsung langkah pro-aktif ( pencegahan ) sebab asyik melepak saja – tak buat kerja.
Pegawai2 DBKL pun 2 kali lima – pemalas dan langsung tak mampu berfikir!
Benda2 macam ni kena pakai otak boleh sendiri fikir, tak perlu tunggu bila ada orang jadi mangsa baru nak bertindak. Tak pergi sekolah ke?
salam…..sangat sedih dan sayu…..kasih seorang isteri yg sejati….ini antara gambar yg paling menyentuh perasaan saya….semoga puan haryati dan anak-anak tabah melalui semua ini….ujian allah terhadap kita mmg kita tak tahu bila masanya dan dimana…..supaya menjadi iktibar dan panduan kpd DBKL….janganlah ada lg kematian tragis selepas ini…..
Tunggu apa lagi? Saya sokong keluarga arwah saman je pihak DBKL dan ketuanya sekali – sebab selama ini pihak DBKL asyik saman orang sesuka hati tanpa belas kasihan – asyik peras duit rakyat.
Kali ini peluang keemasan – SAMAN SAJA DBKL !
Kasi ajar sikit supaya diorang takut nak bermalas-malas makan gaji buta!
al fatihah untuk keluarga mangsa..harap anak anak dan isteri tabah mengahadapi ujian allah maha hebat ini.
meleleh airmata…kalau saya ditempat isteri arwah..xmampu nak tahan.al fatihah.
safiya recently posted..diumumkan pemenang CONTEST
Salam takziah buat keluarga mangsa.. tabah sungguh si isteri.. moga roh nya ditempatkan dikalangan org yg beriman.. Ya Allah lindungi kami semua yang sedang dalam perjalanan dan pulang dari mencari rezeki yang halal..mohon copy beberapa gambar utk diletakkan di blog saya..
Takziah…al fatihah untuk arwah…bergenang air mata bila baca paper….
slm, ms dgr beriter amat terkedu sbb sekampungkan… biler dgr nama mangsa pn masih x prasan lagi… yelah ramai berbinkan husin…lagipun terlalu sebak tgk isteri mangsa… tup2 biler pagi besoknyer, eb bkk fb terbaca status kwn sepermainan eb ms kecik dolo… masyaallah… abg kwn baekku ms kecik dolo… maknanyer teman sepermainan eb juga… mmg terkedu… sama2 kiter berdoa utk arwah yer… semoga rohnyer dicucuri rahmatNYA… aminnnnn…alfatihah…
Jangan salahkan seluruh warga DBKL. Setiap Kakitangan ada tugas masing-masing. tapi pegawai atasan cth; datuk bandar perlulah sekali sekala buat pemantauan. kebanyakan pokok-pokok yang ditanam adalah tidak sesuai. KL bukan sebesar mana pun. satu hari kalau ronda pun selesai. kes saman kenderaan ke ape tu oklah. itu memang tugas mereka. untuk keselesaan warga kota juga. Pegawai yang bertugas di bahagian lanskap ni sebenarnya malas buat kerja. kalau 1-2 hari tu bolehlah dikatakan terlepas pandang. ni dah berkurun tunggul itu berada disitu. Kerjalah dengan jujur & amanah. setiap sen gaji yang dibayar adalah haram dimakan sekira tuan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Kalau berjudi dikatakan makan duit haram. tidak menjalankan tugas yang diamanahkan pun samalah jugak. hukumnya sama haramnya. samalah jugak makan daging babi dgn makan daging lembu yang tak disembelih samalah haramnya. Sya syorkan DBKL tubuhkan Jawatankuasa siasatan dalaman untuk memastikan siapa yang bertangungjawab dlm hal ini dan ambil tindakan kepada pegawai yang tidak bertanggung jawab tersebut supaya menjadi ikhtibar kepada kakitangan lain. itu pendapat saya
betul tu.. korang ni pun agak² la.. bukan semua.. manetau ada gak kawan² kita yg keje sane.. kecik hati dorg.. yg tebang pokok, angkut sampah, menyaman, semua tu pkerja bawahan.. terima arahan jer..
pegawai² atasan biasanya punya hal.. bukan malas.. tp kurang laksanakan tugas.. org gomen kan biasa style keje camtu.. (haa da babit “org gomen”) …apepun, x semua..
takziah buat keluarga arwah….
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, moga Puan Yati terus tabah…..
Al Fatihah..
Kalau dah namanya gomen tu gomen juga. Kau tengok kat DBKL tu bersusun kereta SUV bercermin gelap untuk para pegawai.Kita yg kerja sendiri ni macam2 cukai dan caj kena bayar. Mereka senang je menghabiskan duit pembayar cukai…
Salam bro Shamsul.
tahniah, gmbr superb. sekeping je dah cukup untuk menyesakkan jiwa rakyat malaysia. 1000 cerita sudah keluar berkenaan arwah, keluarga dan dbkl. tak perlu berkata, x perlu memberi tagline. apa yg penting, peristiwa ini TIDAK patut berlaku. agak2lah kalau yg mangsa tu anak bos DBKL… apa agaknya tindakan BELIAU?
saya percaya beliau akan dimaklumkan yg berbakul2 komen, pandangan dan cercaan kepada beliau dan agensi beliau. saya percaya akan ada meeting dan meeting dan meeting. saya percaya lepas ni mula lah program demi program demi program. tapi kalau kerja kerana DUIT je, niat x IKHLAS, SEMUA MEETING & PROGRAM x berguna.
Kalau lah perkara ini dapat mengubah MIND SET DBKL alangkah bagusnya. tapi biasanya KALAU itu akan tetap kekal KALAU.
KALAU selepas Tragedi Monorail berlaku ada tindakan PROAKTIF
KALAU pokok tu tetap hidup
KALAU arwah pakai kereta
KALAU AL-Rajhi tak masuk Malaysia
maaf encik, perkara ini diluar kemampuan kami
KALAU semua yang kena saman DBKL bayar saman tersebut PASTI kami dapat kerja dgn LEBIH BAIK dan potong semua tunggul dan cabut akar2nya sekali. LAINKALI encik bayar saman, baru semua OK.
kan best kalau DBKL tumpu pada kerja penyelenggaraan je bukannya cari duit dengan menyaman. memang syok menyaman sebab ada kuasa kan.
jadilah iktibar ye encik DBKL.
KITA kat area MBJB pun sama. skrg musim ujan, harap dapat pastikan keselamatan pengguna dari jalan berlubang, pokok tumbang.
agak2 bro shamsul, boleh x minta setiap gmbr yg dtg dari ONDSCENE ini diberi kredit oleh setiap akhbar2. barulah pengiktirafan dan kehadiran blogger ini dirasai oleh rakyat jelata.
berapa ek jualan METRO pada hari tersebut kerana berita & gambar front page dgn tagline yg dahsyat.
saya pun beli WALAUPUN tahu saya boleh dapat berita yg lebih tepat dari laman ONDSCENE ini. kerana saya percaya kes2 sebegini lambat dihidu oleh akhbar arus perdana & tabloid.
Salam takziah buat keluarga puan hayati hussain..semoga tabah menghadapi segala dugaan hidup..kpd ONDSCENE, mohon jasa baik sy nk link kan ke fb, utk pengajaran kpd semua org thdp pokok² yg dh nk tumbang tu…
Ya Allah…
ayah :’(
dahsyatnya..kejadian yg x disangka2 bole jd kt mana2..tapi kena beringat gak..mana2 pokok yg dh nk menyembah bumi better tebang cepat..
mikael recently posted..Belajar Bahasa Inggeris
Kisah balu arwah masuk didalam Nona di TV3 tadi serta gambar-gambar dari blog abang sham ni pun ditunjukkan dengan kredit kepada blog abg sham.. Takziah sekali lagi saya dan isteri ucapkan.
~sangat sedeh untuk dibaca dan ditatap gambr dlm ni~ Alfatihah untuk keluarga mangsa..pn hayati…~