Tragedi Tilam Terbang

KM 7
Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Kepong
24 Jul 2010
3-30 ptg

Setelah beredar dari kes kemalangan di bawah, saya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Kuala Lumpur.

Ketika hampir sampai ke Bulatan Batu Caves, saya terlihat sesuatu sedang berlaku di laluan sebelah.
Saya amat pasti, ada kemalangan sedang berlaku.

Saya segera ke arah Bulatan Bt Caves untuk membuat pusingan ke arah lokasi kejadian.

Dan ini sebenarnya yang berlaku – sebuah tilam dan sebatang kayu ‘terbang’ dari sebuah lori sampah, lalu menimpa seorang penunggang motosikal.

Apa yang berlaku ini ialah kerana lori sampah terbabit tidak menutup muatannya dengan kanvas.
Lilinorhayati Buchari, 19 tahun, cedera terjatuh dan nyaris digilis oleh kenderaan di belakangnya.
Norhayati amat bernasib baik apabila kenderaan yang mengekorinya sempat berhenti hanya beberapa sentimeter darinya yang tergolek di atas jalan.
Beberapa pengguna jalanraya segera membawanya ke tepi.
Mangsa berada dalam keadaan trauma yang agak teruk dan terpaksa ditenangkan sebelum boleh bercakap.
Telefon bimbitnya pecah dan tidak dapat digunakan lagi.
Saya lalu memberikan telefon bimbit saya untuk digunakannya untuk menghubungi ahli keluarga/rakan sekerja.
Mangsa merupakan pekerja di sebuah stesyen minyak di MRR2 di Ampang.

Pada mulanya Norhayati enggan ke hospital apabila saya mendapati banyak kecederaan di beberapa bahagian badannya termasuk kaki, lengan, bahu, dan pehanya.

Bagaimanapun, saya tetap menelefon Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam yang mana akhirnya kira-kira 15 minit kemudian, sebuah ambulan dari Unit Sentul tiba di lokasi.

Ketika dalam rawatan awal di lokasi, barulah mangsa merasa kesakitan yang amat sangat di beberapa bahagian badan.
Norhayati kemudian dihantar ke Hospital Selayang.
Dan sebaik mengetahui bahawa seorang lelaki yang berada bersama di lokasi, adalah pemandu lori sampah itu, saya terpaksa memberikan ‘ceramah’ kepadanya.

Lelaki Melayu berusia kira-kira lewat 50 han itu mendiamkan diri dan terpaksa saya katakan, bahawa nyawa manusia tiada gantinya dengan wang ringgit.

Kerana kecuaian pihaknyalah yang sepatutnya boleh dielakkan, kejadian begitu berlaku.

Sebagai pengguna jalanraya, kita sebenarnya berada dalam situasi yang sentiasa berbahaya kerana gara-gara kesalahan pihak lain, kita boleh menjadi mangsa.

Oleh itu, awaslah, kerana malang itu memang benar-benar tidak berbau dan tidak disangka-sangka akan / boleh berlaku.

Dan bagi mangsa kemalangan jalanraya, walaupun mungkin anda tidak terlihat/ternampak kesan kecederaan luaran, anda seharusnya merujuk kepada hospital kerana kesan hentakan/terjatuh, boleh mendatangkan kecederaan dalaman yang tidak kita ketahui.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2010.07.24 15:39, Hunter xxxxx menulis:

    silap lori x tutup sampah yg diambil.kesilapan yg hmpir mmbawa maut kpd org lain.dh byk lihat lori yg mmbawa sampah2 kering tidak mnutup kandungan yg dibawa.

    • Pada 2010.07.25 01:09, Adi menulis:

      mrr2 lagi..

      • Pada 2010.07.25 01:52, mr edz menulis:

        ondscene di mana mana

        • Pada 2010.07.25 03:58, baby menulis:

          Pakai Helmet setengah tu! bahaya lagi tuh! Bebudak sekarang ni suka pakai helmet appolo yg tak de ciri keselamatan langsung.

          • Pada 2010.07.25 04:23, depablo menulis:

            Orang Lain Punya Pasal Orang Lain Dapat Penyakit…Hidup Jangan Menyusahkan Orang Lain….

            • Pada 2010.07.25 07:53, zonaku menulis:

              mmg trend kot lori sampah x bertutup….. kali ni mangsa selamat n cedera ringan, plus pemandu lori sedar balay dia akibatkan….

              seesetengahnya lori dipandu laju… kalau dia sebabkan kematian orang oun belum tentu dia sedar????

              pihak mana perlu pantau or adakah garis panduan pasal lori sampah ni????

              • Pada 2010.07.25 15:48, aReaL menulis:

                Lori Sampah Yang Membawa Muatan Yang Tidak Bertutup Haruslah Di Ambil Tindakan Sewajarnya…

                Yassin Senario Kantoi Dadah Lagi…!!!

                • Pada 2010.07.25 15:48, furqan menulis:

                  ni kira ok lagi..orang perasan,siap tolong lagi.
                  saya kena dengan tayar spare lori,apa lagi,langgar la..moto baru pulak tu..
                  lori jalan terus,sorang pun tak tolong..sebab saya laki kot?
                  ape2 pun lori mmg banyak abaikan safety,tiedown procedure tak ikut.
                  minta jpj ketat skit kat lori2..

                  • Pada 2010.07.26 11:19, akmalhilmi menulis:

                    huh
                    pemandu lori 2 abaikan keselamatan owank laen
                    seb baek xmaut dak 2
                    sian ooo

                    You must be logged in to post a comment.