Bulatan Cheras
Kuala Lumpur
23 Jul 2012
5.30 pagi
Nama mangsa: Mohamad Haidir Abdullah, 41 tahun , asal Parit Mat Ali, K. Kurau, Perak.
Apa yang ditemui di dalam bakul motosikal mangsa, ialah bungkusan makanan yang masih panas.
Kemalangan ini berkemungkinan juga membabitkan kes langgar lari, tetapi, siasatan awal mengklasifikasikan sebagai terbabas sendiri.
Motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan terseret beberapa meter menyebabkan mangsa tercampak.

Mohamad Haidir Abdullah, 41 tahun yang parah di kepala, maut di tempat kejadian.
Di dalam bakul motosikalnya, ditemui bungkusan makanan dipercayai baru sahaja dibeli untuk dibawa pulang bersahur 
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketika kejadian mangsa memakai seragam BioLife Lab.
Polis meminta saksi kejadian, supaya tampil bagi membantu siasatan
Nota: Laluan bulatan Cheras mempunyai laluan motosikal di bahagian bawah


















Innalillahiwainnalaihirojiun….. Al- Fatihah , moga keluarga arwah lebih tabah hadapi dugaan menjelang Aidilfitri ini.
Al Fatihah untuk arwah..
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
semoga ahli keluarga arwah tabah harungi Ramadhan…
Alfatihah….kesian mesti family sedang menunggu untuk bersahur bersama…..salam takziah utk keluarga beliau….