KM 458.4
Stesyen Minyak Esso
Restoran Jejantas Sg Buloh
arah Selatan
Sg Buloh, Selangor
26 Nov 2011
7 malam
Nama mangsa : Siti Eshah Kali, 55, Jalan Rantau Panjang, Klang, Selangor
Kejadian tragis ini berlaku di pinggir Laluan Bayangan Maut.
Apabila saya menerima maklumat mengenai kes ini, sukar untuk saya bayangkan bagaimana ianya berlaku kerana maklumat mengatakan kemalangan berlaku di sebuah stesyen minyak di kawasan Restoran Jejantas Sg Buloh.
Ketika saya sampai di lokasi, pegawai penyiasat dari Trafik Petaling Jaya , Insp Firdaus sedang melakukan siasatan.
Saya lihat keluarga mangsa berdiri berhampiran mayat dan mereka kelihatan amat tabah, malah saya sendiri kagum dengan kekuatan yang ada pada mereka dan sedih dengan nasib yang menimpa mereka.
Semuanya berlaku dengan pantas dan tanpa di duga sama-sekali.
Keluarga ini dalam perjalanan pulang ke Klang setelah menziarahi keluarga di Taiping Perak sejak beberapa hari lalu, yang baru pulang menunaikan fardhu haji.
Bas ekpress yang mereka naiki kemudian berhenti di Restoran Jejantas Sg Buloh berhampiran stesyen minyak ini.
2 beradik , Normaizatul Akmal Salam 18 dan adiknya , Badrul Amin, 15 serta ibu mereka, Siti Eshah Kali 55, kemudian turun untuk ke tandas di Stesyen minyak tersebut.
Kedua-dua beradik tersebut kemudian masuk dahulu (tandas lelaki/perempuan bersebelahan) manakala ibu mereka akan menyusul.
Bagaimanapun, sebaik berada di dalam tandas , mereka terdengar jeritan di luar dan keadaan menjadi kelam-kabut.
Alangkah terkejutnya kedua-dua beradik tersebut mendapati, ibu mereka, telah terbaring berlumuran darah dengan kecederaan parah di kepala berhampiran pintu masuk tandas.
Badrul Amin segera berlari ke arah bas dan memaklumkan kepada ibu saudaranya , Siti Aisyah,yang turut bersama mereka, akan kejadian yang menimpa ibunya.
Siasatan awal polis pada rakaman CCTV gagal mengecam nombor kenderaan yang terlibat kerana had pengawasan CCTV yang terhad.
Bagaimanapun, kenderaan yang melanggar mangsa dipercayai sebuah lori berkemungkinan lori ais, dan terus meninggalkan tempat kejadian sebaik kemalangan berlaku.
Menurut Normaizatul, sebelum mereka sekeluarga ke Taiping, ibunya tiba-tiba berkata sesuatu yang menyentuh hati mereka 4 beradik.
“Kalau mak dah tak de, duit untuk kamu adik beradik dah ada dalam bungkusan kain tu untuk digunakan…”
Ibunya juga berhasrat untuk menunaikan haji tetapi akhirnya tidak kesampaian.
Mereka ke Taiping kerana menghadiri kenduri kesyukuran sempena kepulangan neneknya dari menunaikan haji.
Ayah mereka, seorang pengawal keselamatan, tidak dapat pulang bersama ke Taiping kerana bertugas.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Saya menemankan keluarga ini dan menenangkan mereka sehingga kereta yang membawa mereka pulang tiba, dan perasaan sayu melihat keluarga ini yang tentunya keluarga yang begitu sederhana dalam kehidupan.
Namun, takdir sudah menentukan, begini akhirnya…
Nota – Pemandu lori telah menyerah diri dan memberi keterangan kepada polis berhubung kejadian ini.

















Innalillahiwainnailaihirojiun…. sedihnya tengok dia orang tabah dan tenang seperti ini terima hakikat kehidupan, tiada yang kekal di dunia.
Sedih kerana kehilangan orang tersayang dengan cara begini…
Takziah untuk keluarga
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Kagum dan juga terharu dengan ketabahan anak-anak ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Kepada yang melanggar tu, cepatlah menyerah diri. Mungkin didunia boleh terlepas, diakhirat anda tidak akan terlepas..
Takziah diucapkan..Al fatihah.
tragisnya..takziah kpd keluarga mangsa..kadang2 ada pemandu yg x faham bahasa, dah masuk kawasan stesen minyak pun nak merempit, apa yg dikejarkan sgt laa..selalu sgt terjadi kejadian nyaris2 dilanggar..ambil iktibar buat semua
Pemandu lori ais selalunya pemandu yang paling kurang adab di atas jalan. Saya kerap dicelok oleh mereka-mereka ini ketika memandu kereta. Macam pelesit. Kalau saya jumpa mereka-mereka ni memang saya maki habis. Takziah buat keluarga mangsa di atas kehilangan orang tersayang di awal Muharram ini.
Assalamualaikum,
dariNya kita datang,kepadaNya jua kita akan kembali. Takziah kepada keluarga mangsa.
husband mangsa adalah sepupu saya…
memang agak sadis n tragis..
thanks to u yg temankan anak2 arwah…
innalillahi wainna ilaihi raji un..
diharapkan semua dapat bersabar
salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. pasti mereka terlalu sedih dan tidak menyangka kemalangan itu boleh berlaku, sebab tu mereka macam bingung. sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk ahli keluarga masing2 dan untuk semua org umumnya.