Jalan Pandan Utama
Pandan Indah
Selangor
16 Februari 2013
12.30 tengahari
Satu kemalangan membabitkan sebuah trak polis membawa OKT (Orang Kena Tuduh) terbalik, baru sahaja berlaku sebentar tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Difahamkan semua OKT terbabit dalam kawalan polis sebaik kemalangan berlaku.

Dalam kejadian ini, trak membawa 25 OKT ini telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
Semua OKT terbabit dibawa balik ke balai polis selepas mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Magistret Ampang membabitkan kes-kes narkotik dan jenayah.
12 dari mereka yang cedera, dirawat di Hospital Ampang.
7 anggota polis yang mengiringi mereka bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Pix – acaphani -pembaca ondscene
















Adehhhh… dah nak jadi..
Assalamualaikum.Kemalangan tidak mengira status anda,samada okt,vvip,sekali pun van jenazah serta sesiapa sahaja.Kesiapsiagaan dari segi fizikal dan mental perlu bagi pengguna jalan raya yang mana biasanya sinonim dengan gelaran”sungai maut”.Pelakun”sungai maut”terdiri daripada segenap pengguna jalan raya,pejalan kaki maupun objek-objek dipersekitarannya.Masih segar dalam ingatan saya suatu ketika dulu semasa menghadiri kerja-kerja menyelamat mangsa yang terdiri daripada okt didalam “black maria”,beberapa anggota polis pengawal okt yang dalam perjalanan untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret,Parit Buntar.Kejadian berlaku di koordinat 5.106888,100.484133 dimana “black maria”telah melanggar bahagian belakang sebuah bas kilang dan pada masa sama sebuah lori tanker bermuatan minyak sawit mentah telah melanggar bahagian belakang “black maria” tersebut.Kedudukan “black maria” tersepit diantara bas kilang dan lori tanker.Anggota polis pemandu dan pengawal disebelah tersepit,dua anggota pengawal dibahagian belakang turut cedera,manakala beberapa orang okt cedera parah (dimaklumkan seorang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital).Kejadian serupa masih berlaku beberapa kali.Diantara pandangan yang diberikan adalah:
1.Pemandu mengekori terlalu rapat dengan kenderaan dihadapan.
2.Unsur-unsur sabotaj.
3.Tiada pengawal kenderaan.
4.Mengejar masa untuk perbicaraan
nasib baik tak ada yang terlepas lari..kalau tak dah jadi kes lain pulak..
Nie macam dalam filem aksi Bruce Willis jer…