Kemalangan di Laluan Bayangan Maut
Perhatian:
Satu kemalangan membabitkan sebuah tanker membawa bahan kimia baru sahaja berlaku di laluan Bukit Tagar.
Kenderaan terlibat melintang di kedua-dua laluan lebuhraya menyebabkan laluan kanan dan tengah kedua-dua hala terhalang.
Kejadian berlaku kira-kira 500 meter dari susur Bukit Tagar arah utara
Sila teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti di lokasi kejadian.
Tumpahan bahan kimia ini dikhuatiri boleh menyebabkan implikasi / risiko kepada anda.
Pastikan tingkap kenderaan ditutup ketika melalui laluan ini.
Ketika ini laluan bergerak perlahan kedua-dua hala.
Anggota bomba sedang berusaha untuk meneutralkan bahan kimia terbabit.
Nota: Kerja-kerja pembersihan selesai kira-kira jam 4 pagi 7 Jul dan laluan telah kembali lancar
















sudah di RT utk hebahan. Terimakasih untuk maklumat terkini.
sudah RT juga..
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan hebahan ni…harapnya pengguna kawasan tu alert dengan apa yang berlaku.