Unit Forensik
Hospital Kuala Kubu Bharu
Hulu Selangor
8 Jul 2012
Susulan berita asal – Pelajar Universiti Teknologi Petronas Maut – Kereta Terbabas
Arwah Affiffi Emara Abdullah merupakan penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam perjalanan ke kampus bersama tiga rakannya dan pulang lebih awal kerana mahu menyempurnakan tugasan.
Menurut ayahnya, Sarjan Abdullah Ahmad, anak sulungnya itu baru saja pulang daripada meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibunya sebelum terbabit kemalangan maut itu.
Jam 12.08 tengahmalam, arwah sempat menghubungi ibunya ketika dalam perjalanan dan menyanyikan lagu selamat hari jadi kepadanya.
Dan kira-kira 2 jam kemudian, mereka sekeluarga menerima berita yang mengejutkan mengenai kemalangan yang menimpa arwah.
Affiffi juga sempat bermanja dengan ibunya dan meminta ibunya memotong kukunya walaupun ditegah dan detik mesra itu menjadi kenangan akhir buat keluarga.
Rakan Allahyarham, Muhammad Azim Sufian, 21, yang turut cedera berkata, ketika kejadian cuaca hujan dan mereka sedang berbual.
Setibanya di tempat kejadian kereta Toyota Vios dinaiki terkena lopak air dan gagal dikawal lalu berputar-putar sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi lebuhraya.
…


















[...] di Hospital – rujuk berita ini: Ucapan Harijadi Terakhir Buat Ibu… Nama mangsa : Affiffi Emara Abdullah, 21 tahun, Desa Tasik, Sg Besi, K [...]
takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah kehilangan orang tersayang…
Assalamualaikum,
semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Sedihnya… teringat anak-anak. Moga mereka dilindungi.
Al Fatihah untuk arwah.