Jalan Lingkaran Tengah 2
Sri Gombak, Selangor
25 Mei, 2011
Dalam perjalanan ke lokasi kemalangan bas Sani Ekpress di Lebuhraya Karak di bawah, saya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.
Kira-kira 1 kilometer dari Plaza Tol Gombak, sebelum stesyen minyak Petronas, tiba-tiba jalan menjadi sesak.
Saya berandaian tentu ada kemalangan berlaku di hadapan kerana beberapa buah kenderaan di hadapan kira-kira 10 meter bersimpang siur cuba mengelak sesuatu.
Benar, beberapa saat kemudian, saya tiba di lokasi kelam-kabut itu – kelihatan beberapa pemandu dan penunggang motosikal berhenti.
Seorang lelaki terbaring di tepi jalan.
Saya segera memberhentikan kereta dan mencari sarung tangan yang hanya tinggal beberapa pasang di dalam bonet kereta.
Mujur ‘uncle’ ini badannya masih bergerak-gerak menandakan dia masih bernyawa.
Beberapa orang kelihatan sedang membantu menenangkannya.
Saya segera menelefon ambulan dari Bilik Gerakan JPAM cawangan Sentul meminta bantuan.
Uncle ini mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan amat trauma.
Dia gagal mengingat apa yang berlaku, malah saya hampir tidak memahami pertuturannya ketika cuba menenangkannya, dan gagal mengingat di mana dia berada.
Uncle juga beberapa kali cuba bangun untuk duduk kerana menahan kesakitan.
Cermin matanya juga pecah.
Bagaimanapun, menurut beberapa saksi di lokasi memberitahu, motosikal uncle ini dirempuh sebuah kereta yang kemudian terus berlalu meninggalkan tempat kejadian.
Rupanya, bukan seorang – tetapi kemalangan turut melibatkan seorang lagi mangsa – juga penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak kejadian yang berlaku di hadapannya.
Kaki lelaki ini cedera dan seluarnya juga terkoyak – dan menolak untuk dirawat kerana mahu memberi laluan supaya uncle ini segera dihantar ke hospital dengan ambulan.
Kira-kira 15 minit kemudian , ambulan JPAM tiba dan membawa uncle ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Saya kemudian meninggalkan lokasi dan terus ke Lebuhraya Karak.
Benarlah kata rakan-rakan – mengapa saya selalu terserempak dengan kemalangan yang baru berlaku dan sempat membantu, sedangkan mereka tidak pernah mengalami pengalaman begitu.

















~sian kat uncle 2..nasib baik dia ok..
semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Taala..
bro ondscene, tu maknanya pekerjaan bro skrg adalah yg paling ssuai bg bro.. sbb tu semuanya spt kebetulan
kesiannya kat uncle…xde hati perut btul driver kereta yang lari tu..
Saksi yang nmpak jangan lepaskan driver tu. Bagi no plate kereta tu pada polis. Hari ni nasib uncle ni. Lain hari mungkin nasib keluarga kita yang kena. Kadang-kadang driver yang melanggar ni panik terus lari. Antara sebab lari road tax/lesen takde/dah mati. Takpun takut sebab kemalangan punca dari dia sendiri. Mungkin tengah berlumba. Masuk tak bagi signal. Terlepas simpang reverse sesuka hati. U turnpun sesedap rasa nk u turn mana2. Macam-macam lagila perangai atas jalan raya yang teruk sekarang ni. Bila sebabkan accident tau pulak takut.