Reality in Real Life

Update 4 Maut-Mahasiswa UPSI Maut di Putrajaya

KM 1.5 Persiaran Selatan,
Jln Kajang-Dengkil-Sepang
Selangor
26 Okt 2009
1-30 ptg.

Fakta :

4 sekeluarga maut:
Nor Adila Mohd Zawawi – 26 tahun
Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi
Wan Anisah Wan Ibrahim 56 tahun
Siti Nur Balkis Mohd Ariff- 3 bulan

4 sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 3 bulan, maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas ke arah laluan mereka sebentar tadi.

Kemalangan berlaku ketika 4 sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang dari Alamanda Putrajaya ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila sebuah Proton Saga dari arah bertentangan yang dipandu seorang wanita, terbabas lalu memasuki laluan bersebelahan.

Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar ketika saya hubungi sebentar tadi, berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Saga terbabit dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Akibatnya, Proton Saga terbabit bertembung secara berdepan dengan kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa.

Pemandu Perodua Kancil, Nor Adila Mohd Zawawi, 26 tahun yang cedera parah di kepala dan dada, maut di trmpat kejadian.

Nor Adila merupakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Ibunya, Wan Anisah Wan Ibrahim, 56 tahun yang duduk di sebelahnya, meninggal dunia sebaik dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Kakak Nor Adila, Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi yang duduk di bahagian belakang, dan cedera parah di muka,maut di tempat kejadian.

Anak Nor Lenny, Siti Nur Balkis Mohd Ariff, 3 bulan, meninggal dunia tidak lama kemudian setelah dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Manakala pemandu wanita terbabit, patah kaki.

9 Comments

  1. layla's Gravatar layla
    07/12/2009    

    mangsa adalah bekas jiran saya sebelum mereka berpindah ke putrajaya..sedih bila dengar berita ni..sejak berita ni, saya memandu lebih berhati2 (read:takut org lain tak hati2)

  2. ondscene's Gravatar ondscene
    30/10/2009    

    Komeng- maaf tuan komeng. takde foto, saya dapat maklumat kejadian pun dah agak lambat.kira2 sejam lepas kejadian.jadi, utk tiba di lokasi ,memang tak sempat on time…

    nursuzry – jalan kat sini memang lengang dan ada kalanya, lengang itulah pemandu buat hal…

    mie- memang simpati dengan nasib menimpa mangsa dan keluarga mereka. itulah jawapan kepada – kelajuan membunuh…

    anon- mungkin emosi mempengaruhi gaya pemanduan ketika itu…

    patroler- itulah yang dinamakan malang tak berbau..

    anon- ini satu contoh di mana org tidak berdosa/tidak bersalah menjadi mangsa

    helmikangkong..betul tu…susah nak ingatkan manusia lain yg ada ketikakanya, ketika memandu, mereka lupa, jalan itu bukan milik mereka dan bukan mereka sahaja yg memandu ketika itu.

  3. helmikangkong@blogspot.com's Gravatar helmikangkong@blogspot.com
    27/10/2009    

    ajal manusia kita tak dapat nak agak bila, tapi kita manusia seharusnya sedar bahawa nyawa manusia tu amat bernilai..janganlah kerana kesilapan kita memandu laju, membunuh mereka yang tak bersalah…kepada wanita yang dok pandu keta laju2 tu..better hang g melawat keluarga mangsa..g minta maaf kat keluarga mangsa..jangan dok lupa pulak…dah tau buat salah..p mintak maaf la…ingat, kita hidup tak lam..better minta maaf byk2 dari keluarga mangsa yg masih hidup…

  4. Anonymous's Gravatar Anonymous
    27/10/2009    

    Kesian kat baby tuh..tak sempat lama kat dunia. lepas nih jgn bawak laju2..hang punya pasai org len terkorban..

  5. Patroler's Gravatar Patroler
    27/10/2009    

    nak komen lebih² pun x guna juga.. mmg dah ajal mereka.. takziah utk kluarga mreka yg terkorban.. smoga roh dicucuri rahmat..

    kepada pemandu, hati² memandu.. patuhi undang².. pikir²kan nyawa sndiri dan org lain..

  6. Anonymous's Gravatar Anonymous
    27/10/2009    

    Pemandu kereta terbabas tu sudah jadi pembunuh. Siapakah nama pembunuh itu ? Khabarnya dia seorang wanita berusia 44 tahun. Awat hang pun tak mampuih jugak ?

  7. Mie's Gravatar Mie
    27/10/2009    

    Apa yg lebih mengharukan..org yg melanggar cuma patah kaki…tapi yg dilanggar semuanya tekorban….inilah hadiah dari seorang pemandu kereta laju!!!

    Takziah pada keluarga si mati….

  8. Nursuzry's Gravatar Nursuzry
    27/10/2009    

    mentang2 jln putrajaya tu lengang, dibantainya bawak laju2. apa la nak jadi ngan pemandu msia ni. cam xde sivik je.

    takziah utk ahli keluarga si mati, semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    Al-fatihah

    amin.

  9. Komeng's Gravatar Komeng
    26/10/2009    

    Salam,

    Takde gambar ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting