KM 299.7
Lebuhraya Utara Selatan
arah Kuala Lumpur
Bangi, Selangor
20 Jul 2012
2.30 petang
Nama mangsa: Hj Mohd Taib Masron , 52 tahun.
Nota: Kes ini berlaku semalam, 20 Jul dan saya hanya sempat menyiarkannya hari ini 21 Jul 2012.
Kes kemalangan ini melibatkan sebuah motosikal yang terbabas ketika sedang ditunggang dan tidak melibatkan kenderaan lain.
Kejadian ini berlaku hanya kira-kira 4 kilometer sebelum lokasi kes membabitkan seorang pegawai tentera maut pada 16 Jul lalu – Pegawai Tentera Maut – Langgar Lari
Dan kejadian turut disaksikan seorang pemandu sebuah trak polis yang kebetulan berada tidak jauh di belakang motosikal mangsa.
Motosikal yang ditunggang di laluan kiri lebuhraya, dilihat terus terbabas dan terhumban beberapa meter ke arah longkang.
Mangsa, Hj Mohd Taib masron, 52 tahun turut terhumban ke dalam longkang.
Mohd Taib yang cedera parah, maut di tempat kejadian.
Berdasarkan pada motosikal, tayar belakangnya didapati pecah, yang berkemungkinan menyebabkan motosikal mangsa terbabas.
Mohd Taib, merupakan seorang guru agama Bahagian Agama dan Kebajikan (BAKA) Pusat Latihan Polis, PULaPOL Jalan Semarak.
Dan amat dikenali di kalangan terutamanya anggota dan pegawai polis.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Tak sempat arwah bertemu Ramadhan…
Selamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan kepada semua, semoga puasa kita tahun ini lebih baik dar tahun lalu
Alfatihah…..salam takziah untuk keluarga mangsa….ketika umat islam sibuk menyambut kedatangan bulan ramadan yg mulia…..
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un,al-fatihah buat arwah..dan takziah buat keluargaa arwah..