Lebuhraya Hubungan Timur Barat
Taman Connaught
Kuala Lumpur
21 Disember 2012
12.30 tghmalam
Nama mangsa : Zainah Md Sharif, 46 tahun, Lorong Asrama, Pantai Dalam, K.Lumpur. / Taman Bukit Segar, Cheras.
(Pegawai Bahagian Teknikal Unit Berita TV di RTM)
Kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita ini membabitkan 4 kenderaan:
Sebuah Honda CRV, 2 buah Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira Aeroback.

Apa yang berlaku, membuktikan kelajuan yang terlampau mampu mengundang padah , dan lebih malang, menimpa kepada pihak lain yang tidak bersalah.
Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, sebuah Honda CRV dari arah Kajang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Kesan tayar dan perlanggaran pada besi penghadang lebuhraya jelas kelihatan kenderaan adalah dari laluan sebelah yang terbabas memasuki lorong arah Cheras/Kajang.
Kenderaan terbabit dipercayai dipandu amat laju sehingga hilang kawalan dan terbabas merempuh besi penghadang tengah lebuhraya.
Ia kemudian memasuki laluan sebelah dan bertembung dengan Perodua Myvi mangsa.
Akibat pertembungan kedua-dua kenderaan antara Honda CRV dan Perodua Myvi yang dipandu mangsa menyebabkan Perodua Myvi terbalik.
2 buah lagi kenderaan (sebuah lagi Myvi dan sebuah Wira Aeroback) yang mengekori, juga dipercayai dirempuh dan tidak sempat mengelak dan dipercayai merempuh pula Myvi dinaiki mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Zainah Md Sharif, 46 tahun dari Pantai Dalam Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku kira-kira 1 kilometer sebelum susur ke Pusat Perubatan UKM.
Tumpahan minyak akibat kemalangan ini juga menyebabkan laluan terpaksa ditutup seketika bagi anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak membersihkan jalan.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.




















Al Fatihah..
Baru balik dr Forensik HKL…Arwah adalah rakan setugas isteri saya dan arwah dalam perjalanan balik dr RTM selepas selesai Berita Dunia Jam 10.
Al- fatihah…
jika arwah ada anak2 kecil, keluarganya perlu menyaman pemandu CRV yg memandu dgn merbahaya hingga mengakibatkan kematian…
al-fatihah
Bagus juga ada AES. Sekurang-kurangnya takut la sikit org nak pandu laju dan risiko kemalangan membabitkan orang yang tidak bersalah dapat dikurangkan.
bagus memang bagus tp orang akan takut je kat AES tp sikap pemandu xkn takut pada AES…
Memang menyedihkan, kerap kali berlaku demikian. Mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa gara-gara sikap tidak bertimbangrasa segelintir pemandu. Jika anda ingin memandu laju, sila lah eksiden sendirian. Walaubagaimanapun, takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Untuk pemandu CRV yang survive itu, semoga lah ini jadi pengajaran kepada anda, dan tanggunglah rasa bersalah anda itu seumur hidup kerana kelajuan anda telah membunuh orang yang tidak bersalah.
aduh teruknya myvi tu kemek..tgk dr kesan kemek myvi tu mcm di langgar honda crv dari kelajuan 130 ke 140 tu..
Patutnya dikongsi gambar pemandu yg cuai hingga menyebabkan kematian.
Kawasan ini patut dipasang dengan AES atau Balai Polis bergerak atau Menara kawalan atau bonggol/hump.
Takziah untuk yang meninggal dunia dan keluarga.
Pemandu CRV tu mungkin takkan rasa bersalah pun……..sepatutnya hukuman berat dikenakan
Saya hari2 pegi keje ikut jalan tu…..daripada zaman tol 50 sen hingga dah tak ada tol…masa ada tol dulu tak nampak pun selalu ada kemalangan…tapi…setelah tol tak ada dan penghadang jalan (besi) tu dipasang…maka bermula lah kemalangan…kemalangan seterusnya kemalangan..hinggakan besi penghadang jalan tu kemek…senget…patah…leper…seterusnya tercabut…..kiri dan kanan pulak tu…kesian2…tak dibetulkan pulak tu…mungkin orang tak perasan besi tu…bila nak masuk petronas dan shell kat situ kot….atau dah lama tak jalan kat situ..tau2 ada besi..apa lagi dooom la….apa2 pun berhati2 la di jalan raya..macam cerpen pulak..
dulu time ada tol, syarikat kutip tol yg kena baiki semua tu, guna duit dari kutip tol tu ler… skrang nih entahla.. Majlis daerah? JKR?..
Inilah pihak yang berpolitik perjuangkan… kebebasan hak individu termasuk memandu membuta tuli dan speed ikut suka hati… semua kamera AES nak di spray… kamera CCTV umah banglo dia tak nak lak spray… memang ajal semua tue ketentuan TUHAN tapi masalah kat sini arwah meninggal disebabkan kesalahan orang lain… Hukum gantung aje pemandu gila tue…. Damn!! Tuan2 JPJ dan di JKJR sila pasang kamera AES di laluan Lebuhraya ini… memang serius ribuan org menggunakan jalan tersebut…
Abang Sham,
3 keping gambar dari entry ini disiarkan dalam Berita Jam 8 di TV1.
Adakah mendapat persetujuan anda? Adakah anda mendapat sebarang imbuhan?
Jika ada, Syukurlah. Moga ia dapat sedikit lagi meringankan beban anda untuk meneruskan blog ini.
Sekadar ingin tahu… Kerana ternampak jelas watermark ondscene.my di skrin TV tadi.
Salam. Sy berada di tmpt kemalangan, kereta no 5. Mmg kejadian berlaku sekelip mata sbb sy di lane tgh. Mmg nampak kereta arwah melambung dan dilanggar. Sy ke kerata utk pastikan semua ok. Kereta arwah at that time upside down, arwah may be tak pakai tali pinggang keledar sbb mayatnya terbaring di roof dlm kereta. Sy cuba ketuk, tp takde movement yg sy rasa beliau meninggal terus selepas eksiden tersebut. Tak pasti sebenar kreta mana yg salah, may be CRV sbb benda tu terlalu cepat. Mengenangkan peristiwa ini, menjadi pengajaran pd yg hidup ini sbb mati boleh menjemput bila2 masa sahaja.
Saya berasa ditempat kejadian semasa kejadian baru sahaja berlaku , yang peliknya tow truck yang sampai dahulu disusuli dengan ambulans. tp bila nampak didepan mata memang menakutkan kerana myvi mangsa hancur dibahagian pemandu. AL FATIHAH.
tu besi penghalang dah lama koyak…. lepas tol dibuburkan, tu besi penghalang dah jatuh… lau penghalang tu berfungsi, kejadian ni x kan berlaku.. sebelum accident ni, dah banyak accident berlaku dekat kawasan tu, pihak DBKl ke JKR yang tanggungjwab pembaikan jalan/penghalng tersebut??
Nazrin, Tow Truck memang akan cepat sampai sebab ada informer, mereka sampai cepat pun bagus sebab akan clearkan tempat kejadian secepat mungkin jika ada kemalangan kecil, bila melibatkan kematian, kena tunggu polis juga lah,
Harap polis siasat perkara ini dengan adil, kawan saya meninggal eksiden di Jenderam time besday sultan selangor ari tu, report tak keluar lagi, sebab saspek yang langgar adalah kereta jabatan yang tidak tahu jabatan mana.
Kasi hukuman berat
tambah lagi hukuman berat
letak tol
peronda cek jalan, lampu, penghadang kuat tak, aes etc
orang tak bersalah pun terlibat, ini tak boleh jadi
alfatihah….disebabkan kecuaian org lain org lain pula yg menjadi mangsa….
Al Fatihah kepada arwah yang terlibat mangsa kemalangan.
Tuan, saya mohon kebenaran dengan izin ingin menggunakan gambar-gambar di dalam website ini untuk tujuan berita di http://www.cbt.com.my
Harap dapat kebenaran. Terima kasih.