Jalan Kucing
Kuala Lumpur
21 Okt 2009
12-15 tghmlm
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi terselamat apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu terjunam kira-kira 8 meter ke atas tebing Sungai Klang tengahmalam sebentar tadi.
Kereta terbabit terhempas dan terbalik hanya beberapa sentimeter dari terjunam dan tenggelam ke dalam Sungai Klang.
Wanita terbabit, merupakan penumpang kereta ini yang dipandu seorang lelaki.
Sepasukan anggota bomba terpaksa turun menggunakan tangga ke tebing sungai dan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mangsa di dalam kereta yang remuk itu.
Wanita terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Dan, sudah pasti, kelajuan yang terlampau dipercayai faktor utama kemalangan ini.
Kereta ini diterbabas ke kiri jalan lalu melanggar tebing jalan sebelum menggelungsur di atas rumput dan terjunam ke bawah.



