note:
Foto dan bahan berita disumbangkan pembaca setia blog ini: AL AMIN AHMAD
Blognya boleh dilawati di http://aiztechnology.blogspot.com/
Al Amin juga merupakan blogger yang sentiasa memaparkan mengenai permasalahan masyarakat setempat terutama sekitar Kedah untuk dipaparkan sebagai bahan berita di dalam blognya.
Simpang Dulang Kecil
Jalan Alor Setar-Sg Petani
Kedah
21 Jun 2009
1 petang
Pantang maut sebelum ajal…

Seorang wanita merasai beberapa saat yang amat mendebarkan apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan.
Dan paling mengerikan, apabila membayangkan kereta Perodua Myvi ini kemudian meluncur laju sebelum terbalik ke dalam terusan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang di Terusan Wan Mad Saman, Simpang Dulang Kecil, Jalan Alor Setar-Sg Petani, Kedah.
Sebaik kereta ini terbalik, wanita terbabit yang memandu berseorangan, berusaha untuk keluar dari keretanya.
Mangsa akhirnya berjaya keluar dengan bantuan orangramai dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketika kejadian, terusan/sungai ini airnya cetek kerana keadaan cuaca kemarau sekarang.
Laluan ini merupakan laluan yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kenderaan yang dipandu laju, selalunya mudah hilang kawalan dan terbabas.






huii…kalau tengok kereta tu rasa dah macam parah dah driver dia , ok la kalau tak cedera parah ke …
Perkataan `Pantang Maut Sebelum Ajal` memang tepat sekali…kalau air kat terusan tu banyak belum tentu mangsa ni boleh merangkak keluar…lagipun jalan kat kawasan ni memang sempit, datang lori treler dari arah depan bermakna kita yang kecil ni kena beralah…kalau tak…wassalam..
tengkiu la sebab publish…rasa cam satu penghargaan buat saya..akak ni memang top time tu..semua pakat dok attack ngorat dia..termasuk la 2 bro RTM yang kebetulan sampai sama dengan saya..kalut depa dok nak ngayat akak ni..orang dok tengah ketaq lutuit kereta terbang masuk sungai..depa leh dok kontrol hensem..memacam al kisah…
lol-nasib baik airnya tak dalam.tapi, kalu tengok air tu pun, tak selera. apa2pun yg penting, selamat.
tapi sebenarnya, dlm kes sebegini, kita tdk ketahui 'internal-injury'. mangsa kena pergi juga ke hospital utk buat pemeriksaan. internal injury kadang2 boleh membawa maut secara senyap terhadap mangsa. ini berlaku kerana hentakan kuat semasa kenderaan terbalik menyebabkan pelbagai struktur dlm badan telah berubah dan mungkin ada yg patah.
zalili- sebenarnya, berita ini saya olah hasil dari maklumat yg diberikan blgger al amin. oleh kerana saya tiada di lokasi, maka foto yg ada amat penting bagi mengolah berita ini setepat yg boleh. teringin juga nak lalu di kawasan terusan yg terkenal ini. ..
al-amin – sebenarnya saya patut menghargai saudara kerana sudi menghantar bahan berita utk dipublish di sini. sebenarnya saya memerlukan rangkaian sebegini bagi meluaskan skop liputan. tapi, faham2 je la, kita ni buat semua free…tak de siapa yg nak sponsor kita buat semua ni…tapi di harap apa jua bahan, dapat memberikan panduan, pengajaran atau juga maklumat utk pembaca. apa2pun, tq byk2, keep it up.
tentang mengayat tu – mungkin ada benarnya. awat hang tak habaq…meh cikgu ni ajarkan..hahaha…!!!!