Pasar Borong Selayang
Kuala Lumpur
21 Okt 2010
8 malam
Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya menjangkakan ia tentu melibatkan warga asing, kebarangkalian mangsa adalah warga Myanmar ialah 100 peratus.
Benar, sebaik saya tiba di lokasi. sekumpulan warga Myanmar berkumpul di tepi jalan.
Begitu juga di pembahagi jalan.
Saya anggarkan kira-kira 50 orang semuanya.
Mangsa merupakan pekerja sebuah pusat jualan borong dan runcit dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di seberang jalan.
Kyaw Win, 50 tahun, yang cuba melintas jalan, maut dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur arah Selayang.
Mangsa mengalami cedera parah di kepala.
Mengikut identiti pengenalan diri, mangsa memiliki kad UNHCR dan baru sahaja memiliki kad itu minggu lalu.
Isteri mangsa, yang juga bekerja di tempat sama, sebaik mengetahui suaminya kemalangan, segera datang ke lokasi.
Hancur luluh hati isteri apabila melihat sekujur mayat suaminya di tengah jalan berlumuran jalan.
Isterinya yang tidak dapat menahan sedih, meratap dan meraung di pembahagi jalan dan terpaksa ditenangkan oleh rakan senegara.
Bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku, isterinya segera di bawa menyeberang jalan dan dibawa pulang.
Dan ini merupakan kemalangan maut yang entah ke berapa membabitkan warga Myanmar di lokasi sama.



















Lagi Warga Myanmar Maut Si Tempat Sama… Masih Teringat Kes Kemalangan Dramatis Juhara Ayob Pada Hujung Bulan Jun 2010.. Mungkin Papan Tanda “Di Larang Melintas” Di Kawasan Ini Harus Di Ganti Dengan Bahasa Lain, Seperti Bahasa Myanmar,Bangladesh Dan Lain2 Bagi Memudahkan Mereka Untuk Faham…
betul tu…rasanya yang selalu accient kat sini bukan orang sini pun. tu la masalahnye kalau x nak ikut peraturan ditetapkan. terlalu yakin pemandu dan penunggang yang jaga pejalan kaki. jadi,tukarla ke bahasa lain atau pelbagaikan bahasa pada satu papan tanda.
buat ape nk buat papan tanda bahasa asing?ni kan MALAYSIA!!!
mereka ni yang patut hormat undang2 negara kita…bukan kita tunduk kat diorang dengan buat papan tanda bahasa asing…aku ni duk kat selayang sangat menyampah/bosan/benci dengan kerenah diorang ni..
Bahasa Melayu & English dh cukup. English tu bahasa global. BM bahasa kita..diorang tak faham, bukan masalah kita sbb diorang sepatutnya yg ambik initiative nk faham undang2 negara kita. Kalau kita pegi sesetengah negara lain seperti Jepun, diorang nk buat warning sign bahasa asing ke?
adoi menakutkan
agaknya jejantas yang ada tu kena pindahkan betul² depan Pasar Borong kot
Jejantas yg ada jauh depan Warta tu
dulu kalau belum ada pagar di pembahagi jalan, basikal pun dia kendong
risiko orang² bawah mencari rezeki
takziah
depa nk balik kampung percuma…
Sebenarnya semuanya disebabkan sikap.. Saya pernah hampir merempuh 3 orang lelaki yang melintas secara tiba-tiba pada waktu malam baru-baru ini. Berhampiran lokasi sama.. Tak pasal-pasal kena break emergency.. Saya rasa sesuatu perlu dirancangkan memandangkan dah acap berlaku kes mati katak di sepanjang kawasan berkenaan.
aduh kesiannya.. mungkin langkah-langkah yang lebih efektif perlu dibuat..
Jangan tukar bahasa pada papan tanda, ini negara kita hak kita, dorang yg patut ikut undang2 negara kita. sepatutnya dorang amik iktibar atas apa yang berlaku dan sepatutnya tak berulang. Kalau dorang tak faham, takkan takde yang boleh memahamkan pemahaman dorang. Kesian mmgler kesian (sbb bkn saya yg alami) tapi… percayalah lepas nih mesti akan ada lagi dan lagi (bkn mintak tp kita tau dh berapa byk berlakunya kejadian kat situ)…
ya betul. kt jepun papan tanda bahasa jepun, ramai alien hidup
kt sana tk ada masalah pun. who do u want to feed? anak u atau
anak kera?
betul…ni MALAYSIA..bahasa jiwa bangsa… orng asing ni tak sedar dek untung..DBKL buat penghadang jalan tinggi pon diranapkan…
kesiat kat bangsa yang bangsat…
Sokong sama sekali. Kalau kt Jepun, kalau tak faham Japanese, pandai2 sendiri lah. Tp takde pun diorang ada masalah accident pasal org asing tak faham bahasa diorang..padahal diorang lg byk tourist dan segala.
Saya tegaskan sekali lagi, laluan Pasar Borong Selayang ialah laluan yg paling BANYAK menncatitkan kemalangan maut pejalan kaki sejak awal tahun 80an lagi . Tak caya ? Pi check dgn rekod traffik IPD Gombak. Dan yg pastinya mangsa paling ramai warga asing.
Ahmad Nisfu,soalan kita kepada PDRM,APAKAH TINDAKAN IPD Gombak dan JPJ mahupun pihak bertanggungjawab untuk mengurangkan kemalangan maut ini? Ada perubahan ke saban taun? aduhhh. Kalaulah pemandu yg langgar budak myanmar ni mati jugak, tak ke sia2 tuuu. Masalah penghadang jalan diranapkan tu bukan isu,cuba cara lain,brainstorm la sikittt.kalau semua aku nak bagi cadangan, baek aku jadi bos.haha
yg terbaik buat tembok batu kat tgh2 pembahagi jalan tu. jgn buat pagar dawai nanti sure kena potong. pas tu kat atas tembok tu letak kawat duri
sokong! hahaha…pk 2-3 kali lah jwbnye
Dan dorang semua ni tak pernah belajar akan kesilapan kawan2 dorang sebelum ini?
perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di LDP arah puchong (Berhadapan BHP dan PETRONAS, kira kira 800m dari toll Puchong Selatan) selalu sangat ada orang melintas menyeberang highway tersebut…