Reality in Real Life

Khabar Angin Operasi Tahun Baru Cina 2014

image

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan

Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengesan khabar angin yang disebarkan melalui media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung Operasi Tahun Baru Cina (Ops TBC 2014) yang antara lain mendakwa

i. JPJ akan mengadakan ops penyamaran tanpa sekatan jalan raya (roadblock)

ii. Anggota JPJ diberikan target 15 saman

iii. Anggota JPJ tidak memakai pakaian seragam, dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri ketika bertugas dan dibenarkan membuat tuntutan (claim)

iv. Setiap saman dikenakan tidak kurang daripada RM1000

JPJ ingin menjelaskan bahwa perlaksanaa Ops TBC 2014 oleh semua anggota JPJ di seluruh negara yang bermula dari 24 Januari hingga 9 Februari perlu mematuhi Pekeliling yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JPJ Malaysia , Putrajaya bertarikh 3 Januari 2014 . Ingin dijelaskan bahwa JPJ mempunyai pasukan penyamaran bagi ,mengesan kesalahan-kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan. Walaubagaimanapun pasukan ini hanya mengumpul bukti bergambar dan menghantar notis siasatan kepada pemilik berdaftar untuk hadir temusiasat bagi menentukan pesalah sebelum saman dikeluarkan.

Dakwaan bahawa JPJ menetapkan target 15 saman kepada seorang anggota semasa Ops TBC 2014 dan kadar kompaun tidak kurang dari RM1000 adalah tidak benar. Kadar kompaun adalah berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi RM300.

Semua pasukan yang membuat operasi menggunakan kenderaan Jabatan tanpa melibatkan kenderaan sendiri. Mereka juga ditugaskan mengikut syif yang ditetapkan tanpa melibatkan sebarang tuntutan elaun lebih masa atau tuntutan perjalanan.

JPJ ingin menarik perhatian orang ramai bahawa sekiranya didatangi oleh individu yang mendakwa mereka adalah pegawai JPJ tanpa memakai uniform dan gagal menunjukkan kad kuasa , maka individu tersebut adalah disyaki menyamar. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dan dinasihatkan membuat laporan segera kepada pihak JPJ atau pihak polis.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan
Malaysia
29 Januari 2014

2 Comments

  1. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    03/02/2014    

    Ni jenis golongan yg dh tak tau nk share ape lagi la ni bang huhu..kdg2 teguran supaya siasat sumber berita tu mcm takde kesan pun kt golongan2 cmni.

  2. 01/02/2014    

    Macam-macam cara nak buat orang gerun….walaupun tujuannya baik, untuk memastikan orang ramai ambil langkah berjaga-jaga, tapi akan buat jabatan terbabit (dalam kes ni, JPJ) seperti kambing hitam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting