Reality in Real Life

OKU dan Kenderaan Rosak

IMG-20140212-00151
Lebuhraya Damansara Puchong
Sg Penchala, Petaling Jaya
Selangor
12 Februari 2014
8.50 pagi
 

Kisah ini berlaku semalam, 12 Februari.

Sebaik melepasi Plaza Tol Penchala arah Petaling Jaya, sepanjang kira-kira 3 kilometer, seperti biasa hari bekerja , adalah laluan sesak setiap pagi sehingga ke Taman Tun Dr Ismail.

Nasib baik saya melalui laluan paling kiri apabila di hadapan , selang kira-kira 5 kereta , saya terlihat sebuah Perodua Kenari berhenti dalam keadaan agak menyilang dan dipasang ‘hazard-light’.

Pandangan pertama saya ialah pada stiker di belakang Perodua Kenari ini -

AWAS – Pemandu Cacat

Tanpa berfikir panjang, saya terus ke arah kenderaan ini dan meletakkan kereta di hadapannya dan memintanya menarik picu untuk saya buka bonet hadapan.

Seorang wanita – dalam keadaan gusar dan mungkin tidak tahu apa yang hendak dilakukan – duduk di dalam kereta – yang saya anggar mungkin antara 10 ke 15 minit dia telah berada di situ.

Saya bertanya akan masalah yang dihadapinya – dan menurutnya, keretanya ‘over-heated’ – “temperature naik tinggi”  menurutnya.

Ok, masalah ini boleh diselesaikan dan sementara menunggu penutup radiator agak sejuk, saya sempat berbual dengan pemandu.

Menurutnya, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong untuk ke tempat kerja di Bandar Sunway dan tiba-tiba suhu kenderaannya naik mendadak dan bahagian enjin ‘berasap’.

Saya rasa begitu terusik melihat , wanita ini adalah seorang OKU – dan sebatang tongkat OKU berada bersamanya – kaki kirinya lumpuh dan tiada siapa sekurang-kurangnya berhenti untuk bertanya masalahnya.

Saya nasihatkannya supaya duduk di dalam kereta dan tak perlu keluar, biar saya uruskan masalah dia hingga selesai sambil menerangkan mengapa kejadian itu berlaku dan fungsi radiator dan air kepada kereta.

Setelah kira-kira 15 minit, semuanya selesai dan menurutnya, dia perlu membawa ke bengkel di Taman Tun Dr Ismail dan saya menawarkan untuk mengiringi keretanya sehingga persimpangan Bandar Utama.

Dengan izinnya, saya rakamkan foto wanita ini , dan memberikan kad nama saya kepadanya , tetapi saya lupa untuk bertanyakan namanya.

“Nanti you baca blog saya, saya akan keluarkan kisah ini…”

Jam 3.24 petang, saya menerima email ini :

Dear Encik Shamsul,

 

Thank you very much for your help this morning! I have got my car fixed.

 

 Thank you.

 

 Regards,

Sheau Lan

Apa-apapun, dalam apa jua situasi terutama di saat kesulitan dan mungkin anda berseorangan, walau siapapun kita, InsyaAllah akan ada pertolongan sampai.

Cumanya, kita juga perlu berhati-hati , sebab kita tidak mahu kejadian lain pula yang mungkin berlaku sebaliknya.

Hati-hati di jalanraya , ingat yang tersayang…

15 Comments

  1. yamaharider's Gravatar yamaharider
    03/04/2014    

    MasyaAllah, terharu baca post ni. Tahniah tuan atas usaha murni ini moga tuan dirahmati tuhan.

  2. man ahmad's Gravatar man ahmad
    17/02/2014    

    YOU ARE THE MAN!!!!! SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR TUAN UTK BERBAKTI KPD LEBIH RAMAI DI LUAR SANA!

  3. yee wen's Gravatar yee wen
    16/02/2014    

    salute the guy like you. Thanks for making our world better.

  4. Fuad's Gravatar Fuad
    14/02/2014    

    Alhamdu lILLAH… semoga saya juga mampu mencontohi saudara, amin.

  5. momento's Gravatar momento
    14/02/2014    

    Alhamdulillah..semoga Bro Sham dikurniakan rezeki,tubuh badan yang sihat dan hidup bahagia. Kesian juga kalau nampak wanita2,makcik2,aunty2,pakcik2 tambah lagi dengan anak2 kepanasan kereta rosak tepi jalan.

  6. Gixxer's Gravatar Gixxer
    14/02/2014    

    Syabas!!!!

  7. 14/02/2014    

    Alhamdulillah… semoga dipanjangkan usia untuk membantu pada mereka yang memerlukan pertolongan =)

  8. aazman's Gravatar aazman
    14/02/2014    

    alhamduliLLAH….saya nak jadi macam en sham!

  9. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    14/02/2014    

    God bless you, Bro Sham.

  10. Tan's Gravatar Tan
    13/02/2014    

    Good bro!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  11. gg's Gravatar gg
    13/02/2014    

    Memer TERBAEK BOSSSS….!!!!!!!!!!!! SALUTEEEEEEE….

  12. Pathy Raja's Gravatar Pathy Raja
    13/02/2014    

    Respect you bro… Kalu la kita ader insan macam u lebih senang hidup kita….

  13. zahari's Gravatar zahari
    13/02/2014    

    Syabas saudara atas sikap perihatin dan pertolongan tersebut. Moga pertolongan saudara kepada yg memerlukan diganjarkan diakhirat. Anda insan yg hebat.

  14. 13/02/2014    

    terbaik lah en Sham….saya pon kadang-kadang kalau nampak kes macam ni, dorang taknak bukak tingkap dan bagitau,” tengah tunggu suami/kawan datang”…at least nak la tolakkan keta ke tepi…tak dela jem depan tol sunway tu…

  15. 13/02/2014    

    tuan memang insan hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting