Ini kisah lama. Dan mungkin ramai yang dah tahu kisah ini.
Tapi saya tiba-tiba teringat kisah ini yang membuatkan saya mengolahnya kembali untuk bacaan anda…

Cik Leha tak berapa arif tentang kereta, tetapi dia cukup menjaga keretanya.
Seminggu sekali dia akan membuka bonet hadapan dan selalu membuat pemeriksaan perkara-perkara asas di bahagian enjin.
1. Tambah air wiper
2. Periksa paras air radiator
3. Periksa air bateri
4. Periksa minyak hitam
Tapi, pagi tu, Cik Leha, terkejut. Amat-amat terkejut. Ada sesuatu tak kena pada keretanya.
Padahal baru 3 hari lalu dia hantar servis kat Bengkel Wak Hazrey.
“Ini tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu, nanti jahanam kereta aku”
Cik Leha yang terkenal dengan kepantasannya dalam membuat sesuatu kerja, ambil keputusan untuk menaiki teksi ke Bengkel Wak Hazrey.
Dia tak berani memandu keretanya tanpa benda tu…
Setibanya di bengkel, Pak Hussin Bolt sedang melayan seorang pelanggan, Wak Jawa.
“Pak Hussin, mana Wak Hazrey? Mana? “
Muka Cik Leha kelihatan amat cemas. Macam ada yang tak kena pada dia hari ni.
“Bertenang…apa masalah Cik Leha ni. Wak Hazrey takde, dia keluar, ntah katanya nak pergi repair kereta mamat Mawi Sawit, Aku dengar, mamat tu tak jumpa gear reverse kat kereta dia…”
“Ok, macamni Wak Hussin. Kereta saya ilang satu benda. Tujuh Satu Kosong. Kan baru lepas servis sini. Wanfai dengan Lukeman yang buat. macamana dia orang boleh ilangkan.”
“Tujuh Satu Kosong? Apa ke bendanya tu?”
“La….Tujuh Satu Kosong.. Apa la Wak ni, Nama je jadik pomen otai. Tujuh Satu Kosong pun tak tau?”
“Memang aku tak tau. Aku pun tak pernah dengar. Seven One Zero pun aku tak tau, apalagi Tujuh Satu Kosong. Tunjukkan aku, apa bendanya tu?”
Wak Hussin membuka bonet hadapan kereta Wak Jawa, mana tau, ada sample Tujuh Satu Kosong dalam bonet tu.
“Ha..!!!Wak..!! Tu ha, ada pun…Tu la dia Tujuh Satu Kosong tu. Benda tu ilang dari kereta saya…!!!”
Inila dia 710 Cik Leha tu…










’710′ creative jugak ye… he.he…
bro, sejak bila aku jadi mekanik pulak… hahaha
mekanik tak bertauliah…!!!
hahahahahahaha! kes 9 dengan 6 la ni…tapi yang paling lawak tu kan bang…saya punya “710″ pun baru hilang 2 minggu lepas…20 hinggit woo kena bayar….
Zack, kisah ni rasanya dua minggu lalu lah…mmmm sama la….
Deyyyyyyyyy.. bila pulak kena mengena dengan aku pulak ni…
Di sini aku ingin memaklumkan bahawa segala nama yang dibabitkan dalam cerita ini tidak pernah ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada termasuk di ladang kelapa sawit atau mana-mana dewanraya, TERMASUK AKU.
Tapi kan bro, aku suka part yang kau sebut Cik Leha datang kat bengkel aku.. kembang kuncup idung aku tau.. yelah, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, bagai lapar dihulurkan nasi, bagai nak bersin dihulurkan tisu, bagai kemarau diturunkan hujan, bagai mendung diganti mentari.. uhu uhu uhu..
takper bro, aku merestui penggunaan nama aku, demi Cik Leha. Ahaks.
kan dah betul aku buat stori tu..
cik leha datang bengkel kau. dan dia pun dah mengaku 710 dia pun ilang dua minggu lalu..
tentu dia dtg bengkel kau masa kau pegi carik gear reverse keta mamat mawi sawit tu…
lahhhhhhhhhhhhhhhh…hahahaha
kelakor lah cik Leha tuh…~