Antara Piala Thomas dan Thomas & Friends ……

INI ADALAH KISAH BENAR DAN SAYA OLAH KEMBALI KHAS UNTUK ANDA BACA.

Entry kali ini, saya bawa anda semua cuba menyelami jiwa kanak-kanak, yang mungkin tak terfikir oleh kita semua walaupun kita pernah menjadi kanak-kanak suatu masa dahulu…

PIALA THOMAS
Malaysia berjaya menundukkan Denmark 3-2 dalam perlawanan sengit Piala Thomas malam tadi bagi melayakkan Malaysia ke separuh akhir menentang China Jumaat ini.
                                                          
Kejohanan Piala Thomas berlangsung setiap dua tahun sekali untuk pasukan badminton lelaki.
Ia diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa Sir George Alan Thomas yang didermakan pada tahun 1939.
Untuk pasukan wanita,, ia dinamakan Piala Uber dan diadakan sejak tahun 1956
Itu sejarahnya.
Lain pula dengan Thomas & Friends…
Ia merupakan satu siri TV Kanak-kanak British dan kali pertama disiarkan pada September 1984.
Ia berdasarkan buku The Railway Series oleh W. V. Awdry mengisahkan pengembaraan sekumpulan watak model keretapi dan pelbagai kenderaan di Pulau Sodor, sebuah pulau fiksyen.
Buku itu diterbitkan khusus oleh Awdry semata-mata untuk menghiburkan anaknya , Christopher, ketika sedang sakit.
Siri Thomas & Friends pernah menggunakan suara latar beberapa selebriti popular seperti Ringgo Starr, Michael Brandon dan Pierce Brosnan.
Selain Thomas (Thomas the Tank Engine), terdapat 7 lagi kawannya iaitu : 

Edward the Blue Engine , Henry the Green Engine , Gordon the Big Engine, James the Red Engine , Percy the Small Engine , Toby the Tram Engine dan Emily .

Itu ringkasannya…

Ketika jutaan rakyat Malaysia menyaksikan secara langsung di TV perlawanan suku akhir Piala Thomas Malaysia menentang Denmark malam tadi, timbul sesuatu yang tidak diduga dibenak fikiran seorang kanak-kanak yang turut menonton bersama ibu dan bapanya.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu sangat hairan, mengapakah perlawanan badminton itu dinamakan PIALA THOMAS?
Dia menjadi keliru, dan berkali-kali bertanya kepada mak dan ayahnya mengenai Thomas itu.

Kanak-kanak – “Ibu, mengapa dinamakan Piala Thomas? Habis tu, macamana dengan Emily? Toby mana? Gordon? Mengapa asyik-asyik Thomas aja. Kenapa takde nama Piala Henry?…”
Jelas sekali, kedua-dua ibubapanya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hatinya, malah kedua-duanya terkedu dengan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu.

Dan ketika sebelum tidur, kanak-kanak  perempuan itu masih mempertikaikan mengenai penggunaan nama Thomas, dan bukan Emily (watak keretapi perempuan…)

Post Lain Yang Berkaitan

13 Comments

  • Pada 2010.05.12 17:34, mizzyN menulis:

    comelnya cerita ini, saya suka.

    • Pada 2010.05.12 17:46, Hazrey menulis:

      bro anti climax, takder closing. mana ** end ** kau?

      • Pada 2010.05.12 18:20, Irwan Amit menulis:

        hahahahahah.. kes ni jadik ngan aku jugak.. tak sangka tul ;)

        • Pada 2010.05.12 18:32, Brother One menulis:

          itu sejarahnya..terima kasih.

          • Pada 2010.05.13 00:17, zai @ jai / kak long@alang menulis:

            2-2 thomas pun saya suka…
            ha ha ha…

            • Pada 2010.05.13 00:37, Azhar Desa menulis:

              hahah ..saya umur 36 tahun ..
              tak pernah pulak tengok cerita Thomas & Friends tuh … itu tahun bila main kat TV Malaysia

              • Pada 2010.05.13 00:53, luthfil07 menulis:

                hehehe…. pagi2 dah buat saya tersengih baca tajuk posting nie…

                • Pada 2010.05.13 01:21, zeqzeq menulis:

                  hhee faham..

                  kawan2 yang lain sengaja disembunyikan untuk menjadi SAKSI terancang..
                  adatla 4 buat salah 1 saja yang kena. bila ramai ramai yang muncul nanti tersilap jawab…

                  • Pada 2010.05.13 01:23, Bawang Goreng menulis:

                    Ha.. ha… Kiut!

                    Nasib baik anak saya tak tanya soalan cepumas begini…

                    http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/bila-lelaki-cemburu-buta-dan-buta-hati.html

                    • Pada 2010.05.13 01:39, arman menulis:

                      tah kenapa..post ni buat saya ceria, motivated tersangat happy pagi ni..mekaseh bro..

                      • Pada 2010.05.13 04:52, dUrRaNi menulis:

                        hehe..kiuuut….

                        • Pada 2010.05.13 07:01, Kar menulis:

                          anak jantan aku mmg cukup minat dengan thomas and friend ni. Selain dari thomas, dia paling suka Toby sbb "let's say he's square" Kau pernah bergaduh dengan anak pasal berebut channel tv?? Ni semualah penangan thomas and friend VS Piala Thomas. Sib baik menang semalam..wa ka ka

                          • Pada 2010.05.13 12:13, DarkSky menulis:

                            ni cite faveret time kanak2 dulu, siap beli die punye tape lagi.. dulu2 kan pakai tape yg pkai VCR tu..
                            dulu lagi die len, skang da len..

                            You must be logged in to post a comment.