AWAS-Ini Bukan Iklan ‘Jek’ Kereta

Wangsa Maju
Kuala Lumpur
16 Okt 2009
7-30 malam

Ok, ini bukan cerita lawak atau penglipur lara walaupun senyuman dalam foto ini, mungkin ada yang terpikat padanya…!!!

Pertama dan paling penting, sebenarnya entry kali ini mahu mengingatkan anda sebagai pemilik,peminjam atau pemandu kenderaan, tak kiralah kereta, van, lori, bas atau treler sekalipun.

Pastikan beberapa peralatan paling asas, ada di dalam kenderaan anda dan peringatan ini juga terpakai kepada kereta yang baru, apalagi kereta yang dah lama anda pakai.

Pastikan:

Jek dan pemulas jek (ala…benda yang nak angkat kereta masa tukar tayar…) dan pembuka nat tayar – ada di dalam kereta anda…

Dan jika semua benda tu ada sekalipun, ia tidak membawa makna jika tayar ‘spare’ tiada, atau jika ada pun, takde makna jika takde angin…

Entry sebelum ini mengenai bantuan yang termampu kita berikan kepada mereka yang mengalami kesusahan ketika di jalanraya.

Dan, seperti dah dijanji, hari ini berlaku lagi perkara yang sama pada saya.

Ketika sedang memandu di sebatang jalan di Wangsa Maju sebentar tadi, di hadapan saya , sebuah Myvi dipandu seorang cik adik manis dan dua lagi penumpang. (yang kemudian diketahui sebagai ibunya dan anak buahnya)

Bersama saya, shahpaskal http://militaryofmalaysia.blogspot.com

Ketika membuat pusingan U, saya agak terkejut Myvi tersebut tiba-tiba tayar kanannya ‘memanjat’ pembahagi jalan.

Sah tayar tu tentu ‘luka’ kerana terkena bucu pembahagi jalan tersebut.

Benar, Myvi tersebut berhenti beberapa meter kemudian di tepi jalan, dan saya sempat menjengok, tayar hadapan kanannya pecah…

Saya berhentikan kereta beberapa meter di hadapannya.

Saya- Shah, jom kita turun. tayar kereta tu pecah. Kita kena tolong awek tu.

Shah – Baru je aku baca blog kau pasal tolong orang, ni jadi betul-betul lagi… Ok, jom…

Dipendekkan cerita, dipanjangkan langkah, memang benar, bantuan amat diperlukan oleh cik adik manis itu, dengan keadaan jalan yang sunyi, dan keadaan mulai semakin gelap serta hujan renyai-renyai.

Kereta Myvi itu , menurut Miza (setelah diinterview), baru dibeli kira-kira 2 bulan lalu.

Tetapi, setelah digeledah satu kereta, hanya ‘jek kereta’ ditemui.

Mana pemulasnya?

Mana pembuka nat?

Dipendekkan cerita lagi, saya mengambil pemulas jek dan pembuka nat dari kereta saya dan nasib baik, pembuka nat sama saiz dengan nat pada tayar ‘mangsa’.

Sempat juga saya buka kelas cara-cara menukar tayar pada Miza, sambil Shahpaskal dengan susah payah, memulas pemulas jek…!!!

Ketika sesi temuduga dan temuramah itu, rupanya Miza adalah kakitangan di Kuala Lumpur Convention Centre dan saya lalu menghubungi seorang rakan saya yang turut bekerja di situ. Dan sah, mereka memang kenalan baik tetapi berlainan jabatan.
Miza- Bang, kenapa tayar spare ni lain je? Kenapa kecik?

Saya- Ok, tayar spare kereta baru sekarang memang macam tu. Nanti pandu jangan lebih 60km/jam. Kalau boleh, ganti terus tayar yang pecah tu malam ni. Kalau tayar tu bocor, boleh tampal, tapi tayar tu pecah.

Jadi, kepada siapa yang hanya tahu bawak kereta, tapi tak tahupun macamana rupa tayar ‘spare’, lepas ni bukak bonet kereta, periksa tayar spare tu, dan pastikan juga angiin cukup…
(Dari foto-foto ini, jelas kelihatan Miza berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana sentiasa tersenyum..Ha!!!..Ha!!!HA..!!!)

Post Lain Yang Berkaitan

13 Comments

  • Pada 2009.10.17 04:08, mywanfai menulis:

    Bro, kes membabitkan awek macam ni memang wajib dibantu…. hahahaha

    • Pada 2009.10.17 10:37, Anonymous menulis:

      sebenaunya..artikel ni mengingatkan diri aku sendiri.. tayar spare ade..tapi nat bukak dan jek tadak lam keta ekekeke…

      • Pada 2009.10.17 11:01, Pejal menulis:

        pemulas jek – pakai screwdriver pon boleh gk. eh yeke? hehe

        • Pada 2009.10.17 14:57, zeroxlegend menulis:

          hai, sempat gak interview awek sambil menukar tayar..hehehe..
          ps:untung jadi awek lawa,sume nk tolong…

          • Pada 2009.10.18 01:15, ondscene menulis:

            mywanfai-selalunya, bantuan yg diberi tdk pernah kenal siapa yg dibantu. dan kebetulan dlm kes ni, dia adalah rakan sekerja dgn kawan aku. itupun lepas aku seperti biasa, dgn tenang bertanya…!!!

            anon- ha, sebab tu kena ambik perhatian…!!! bro, sila pastikan benda2 tu ada..tapi, jgn saiz tak sama pulak..!!!

            pejal- ye, betul, skrudrebar pun boleh digunakan, tetapi itu alternatif sebab guna skrudrebar ni penat tgn memulas dan lambat sikit.

            zeroxland- kalau mak dia yg bawak, dan dia takdepun, aku tetap tolong…

            • Pada 2009.10.19 01:35, Ritznest menulis:

              Kalau perkara begini terjadi pada adik perempuan kita atau kakak atau saudara perempuan kita sendiri,tentu lah terasa amat bersyukur sekali jika yang membantu adalah orang orang seperti tuan.Semoga tuan dirahmati Allah selalu.

              • Pada 2009.10.19 04:06, Hazrey menulis:

                Bro, hakikatnya, kau lebih hebat dari tow truck. Hahahahahah..

                Dan kau jugak berjaya membuli Shah. Kah kah kah kah. Wait, atau Shah hanya buat mock up pegang skru tu?

                Comel awek tu. Siap lesung pipit.

                Sekarang kalau tayar kereta aku pecah, aku tau nak call siapa. Dan semua pembaca blog kau pun dah tau nak call siapa!!! Hahahaha.. Ohh Abang Sham…

                • Pada 2009.10.23 00:43, Anonymous menulis:

                  Aku penah jumpa kes gini..awek cun bawak keta wira evo 3..rim 17..disc brek besar gedebak..tapi tayar spare saiz 13..mana leh masuk..sangkut disc..huhuhu..tolong tengok je la..

                  • Pada 2009.10.24 09:51, ondscene menulis:

                    ritznest-itulah hakikatnya, hidup perlu tolong menolong, mana tahu, satu hari nanti, kita pula yg perlukan bantuan dari org lain…

                    hazrey-shah tu ikhlas bro tolong. tapi kata dia, kalau dia sorang2, dia tak berenti, sebab nanti dia takut org taknak terima pertolongan dia…!!!

                    aku tak bukak cawangan lagi di JB, kalu kat KL tu ok lagi la bantuan tiba..!!

                    anon- nak kesian pun tak boleh jugak, sebab keta boleh modified kaw2, tapi, benda penting tu tak mampu. biasanya bukan tak mampu, tapi tak terfikir akal mereka utk lihat perkara dianggap remeh itu..

                    • Pada 2009.10.25 16:25, shahpaskal menulis:

                      sebenarnya dalam hati aku….aku memaki hamun ondscene #$%@@#%%^…aku bersusah payah, mamat ni mengorat awek

                      • Pada 2009.10.27 07:46, Patroler menulis:

                        mcm kenal je awek tu? hehe
                        kes tayar pecah/pancit ni mmg biase tepi² jln.. yg sah, kalau prempuan cun/muda, mmg wajib tolong.. kalau pempuan tua, mintak la upah skit.. kalau jenis auw², ketawekan dulu sblum tolong..
                        tapi kalau lelaki, biarkan.. buatpe tolong.. abihkan boreh.. hahaha..

                        apekate bro sham siasat mengenai kes curi² tayar.. kebanyakan berlaku kat area terpencil/parking haram.. kadang² tokey jage paking pun bersubahat dgn wokshop utk curi tyr.. terutama bila musim raye.. girlfren trkena sblum raye lps.. kesian, 4 tyr abih dgn rim² lesap.. saye jgk tepakse kluar rm550 utk tyr dgn tukar mlm tu jugak.. hmmm.. skang tmpat tu sdg saye siasat..

                        • Pada 2009.10.27 07:52, mizzyN menulis:

                          heroes with a spare tyre
                          ondscene power

                          • Pada 2009.10.30 06:51, ondscene menulis:

                            shahpaskal- aku bukan mengorat tu, aku bagi kelas cara2 tukar tayar, ko jadi modelnya..!!!

                            patroler- harap hasil siasatan anda dapat disiarkan disini. sebenarnya, kita memang ada bermacam2 andaian dlm kes2 begini, tapi sukar untuk dibuktikan jika tiada bukti seperti foto ketika kejadian atau pengakuan dari mereka yg melakukannya.
                            memang byk kes2 mcmni. tau2, ada batu bata bawh kereta…
                            bukan shj tempat terpencil, tempat org ramai lalu lalangpun ada berlaku..

                            You must be logged in to post a comment.