"Bang…boleh kita berkenalan…….?"

Kuala Lumpur
19 Mei, 2010

Sejak blog ini dan akhbar Harian Metro dan Utusan Malaysia menyiarkan kisah kehilangan Marnie, 15 tahun dari Semporna, Sabah, gadis Bajau yang dipercayai lari mengikut kekasih pengkidnya, banyak respon diterima bapa saudaranya di Kuala Lumpur.

Ali Bais, yang juga rakan lama saya, menelefon saya sebentar tadi dan ucapkan terimakasih atas respon berbagai pihak yang menelefon dan SMS kepadanya.

Walaupun anak saudaranya itu masih belum ditemui, tetapi dia yakin, atas prihatin masyarakat, Marnie mampu ditemui dengan bantuan anda semua.

Sehingga ini, ratusan panggilan dan SMS diterimanya yang maukan gambaran sebenar mengenai Marnie termasuk seorang pemandu teksi yang kebetulan menghantar pasangan pengkid.

Bagaimanapun, ada beberapa panggilan kepada Ali Bais, yang merupakan panggilan nakal…

Antaranya, panggilan dari seorang wanita yang mendakwa dari pantai Timur dan mendakwa sebagai seorang janda anak 1.

Wanita terbabit bukan memberikan maklumat atau nasihat atau berkaitan Marnie, tetapi untuk berkenalan…dan sanggup untuk datang ke Kuala Lumpur untuk menemunya!!!

Post Lain Yang Berkaitan

10 Comments

  • Pada 2010.05.19 05:02, winter gurl menulis:

    Budak mentah , fikiran pun mentah …….

    • Pada 2010.05.19 05:42, anyss menulis:

      Salam,

      Dah janda anak 1 pun masih mentah lagi? nak tunggu berapa lama lagi untuk masak?

      Walaupun niat disebarkan no telefon encik Ali tu sangat baik, namun ternyata tidak semua orang gunakan dengan baik. Selepas ini, nampak gayanya Encik Ali kena tukar nombor telefonlah ya ;)

      betapa ramainya orang salah gunakan maklumat maya ni ya. Kita harapkan moga anak gadis ini cepat ditemui. Moga-moga pintu hatinya terbuka untuk kembali.

      • Pada 2010.05.19 07:03, siti murni ishak menulis:

        macam ni punya kes pun ada….hurm..mcm2…

        • Pada 2010.05.19 08:54, Agent Sil menulis:

          kalau dah popuan tu popuan gak la.. kena ayat ckit dah cari, x kisah kalau laki tu indoin muka pecah rumah ke, muka mcm taik cirit ke, janji ayat power..

          • Pada 2010.05.19 11:43, Nur menulis:

            cinta tak kenal sape..
            cinta buat hati dan mata buta
            tapi kadang2 bukan cinta de, sihir atau pukau boleh memadamkan dan melembutkan hati… bykkan baca alfatiha dan ayat 3 kul…

            semoga marnie akan pulang ke keluarganya… insyaallah. aminnn

            • Pada 2010.05.19 13:08, Drama Mama menulis:

              laaa bole pulakkk camtu ya. telefon sbb nak berkenalan. ambil kesempatan plak dia hiks

              http://twinkywinkystars.blogspot.com

              • Pada 2010.05.20 07:19, Fadzil Jalil menulis:

                jodoh Ali kot… heheheee…

                • Pada 2010.05.22 19:21, Pheonix High Reiz menulis:

                  Abih camner nak mintak tulung… kiter kene ngurat.. tak bagi no telephone.. susah lak orang nak contact.. susah – susah bagi jer no balai polis terdekat.. baru merah padan muka si Ali..

                  Apa – apapun… kepada perempuan.. pikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan.. jangan sesal kemudian…

                  • Pada 2010.05.29 22:03, AeMieZ EzZanY menulis:

                    ahhh.. sudah.. ni kes lagik berat ni!!! hihi.. aper da punya janda.. vikin malu ler…

                    • Pada 2010.06.15 09:16, Bawang Goreng menulis:

                      Bro…

                      Dah lama rupanya dia lari ek? Awas.. kalau saya jumpa dia di area Shah Alam, nanti saya kejar dia dengan penyapu! Hu… hu…

                      Sian mak ayah sanggup bergadai untuk anak kesayangan…

                      anyss & AeMieZ EzZanY : Ini kisah Marnie (Mimie), baru 15 tahun. Janda anak 1 tu selingan yang ambik kesempatan utk menggoda pak menakan Marnie…

                      You must be logged in to post a comment.