Terowong Jalan Tun Razak
arah Jalan Pahang
19 Februari 2013
7.45 pagi
Pelbagai sebab yang menjadi punca kesesakan jalan raya – kenderaan rosak, jalan berlubang, kemalangan, kehabisan minyak, banjir kilat, dan macam-macam lagi yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal fikiran.
Belum lagi untuk mengelak serpihan tayar pecah, tilam terjatuh, batu, kayu, kon-kon keselamatan yang sudah tidak selamat dan macam-macam lagi.
Tapi bagaimana jika objek di tengah jalan itu ialah sebuah topi keledar…

Kes ini nampak mudah, tetapi akhirnya ia menjadi punca kesesakan teruk sepanjang lebih 10 kilometer.
Begini kisahnya :
Ia berlaku di dalam terowong laluan arah pusat bandaraya berhampiran bangunan RHB Bank.
Entah dari planet mana atau mungkin milik Satria Baja Hitam Polis Angkasa Gaban, sebuah topi keledar terjatuh di atas jalan – di laluan tengah jalan 3 lorong ini.
Mungkin sebab suasana samar-samar di dalam terowong, maka sebuah kereta Honda Accord dipandu seorang wanita, terlanggar topi keledar ini, dan ia tersangkut di bahagian bawah kereta.
Ianya nampak mudah, cuma berhenti dan tarik keluar topi keledar yang tersangkut itu.
Maka keluarlah pemandu wanita ini dengan enjin kereta hidup, untuk menarik keluar topi keledar yang malang itu.
Bagaimanapun, ketika usaha untuk menarik keluar topi keledar oleh pemandu terbabit, sesuatu tidak diduga berlaku – apabila secara otomatik – semua sistem kuncian kenderaan aktif menyebabkan pintu terkunci.
Pemandu tergamam kerana sekarang kisah telah bertukar – kereta telah terkunci, manakala pemandunya berada di luar – di laluan tengah terowong.
Maka bermulalah kesesakan amat teruk akibat dari kejadian ini.
Bantuan dari polis trafik segera tiba di lokasi dan diikuti petugas ITIS DBKL untuk berikhtiar menyelesaikan masalah yang pada mulanya nampak mudah ini.
Nasib baik kereta gear auto ini berhenti dalam kedudukan N – maka kereta dapat ditarik segera oleh petugas ITIS menggunakan kenderaan pacuan 4 roda Ford Ranger ke lokasi selamat dan tidak lagi mengganggu lalu-lintas.
Dan kisah ini belum habis lagi kerana pintu kereta yang terkunci, perlu dibuka dengan apa cara juga kerana tiadanya kunci pendua.
Akhirnya dengan kepakaran anggota trafik setelah mencuba beberapa ketika, berjaya membuka pintu kereta ini dan kespun dianggap selesai…
Adakah kita pernah terfikir kejadian sebegini berlaku pada kita?
Syor yang paling mudah ialah, apabila keluar dari kenderaan dengan keadaan kunci masih di dalam, pastikan tingkap dibuka.
Saya tidak pasti bagaimana sistem ‘auto-lock’ berfungsi pada jenis-jenis kenderaan tertentu.
Ada sistem yang akan mengunci semua pintu apabila kita menekan brek pertama semasa kenderaan bergerak.
Ada juga yang berfungsi apabila kita melepaskan brek tangan semasa mula bergerak.
Ingatlah, apa jua kemungkinan boleh berlaku…



















Perkara mcm ni mmg di luar jangkauan…
Sbb tu sy sentiasa pastikan kunci pendua dibawa bersama…
Oleh itu sy akan letakkan kunci pendua itu di dalam dompet duit…
Mgkn cara sy agak tdk praktikal dan merosakkan dompet tp Alhamdulillah ia sgt berguna ketika situasi yg tidak terduga…
..kete company sy jenis camni…
..ape yg biasa sy buat mmg kena buke tingkap kalau nak kuar kete…
..tapi kebaikanye even terlupe nak kunci pintu..dia akan kunci pintu utk kita…
Salam,
Ini makluman je ye, bukan untuk diujikaji dengan mencuri kereta org lain. Untuk sesetengah model kereta, kalau tetiba terkunci dari dalam lah dan tiada kunci pendua. pergi bahagian depan kereta, guna tangan cuba capai cable yang digunakan untuk bukak bonet. Rentap kable tu, tapi jangan kuat sangat takut tertanggal atau putus. Kalau kena caranya, bonet akan terbuka. Lepas tu,Guna skrew driver atau tools yang betulnya, cabut kepala battery dan letak balik. Tapi nie jika kereta tak idup, kalau kereta tengah hidup, matikan enjin dengan cara cabut kable plug 3 bijik secara serentak. Allahualam la kalau rosak. Saya penah cuba buat dah berjaya. sejak lepas tu memang kalau keluar kereta pintu tidak dirapatkan atau bukak tingkap dah.
Good to see that our police are multi-skilled and will help out even when it is not their job (to break into cars!)
Yup, aku pun selalu praktis kan untuk buka tingkap bila nak keluar kejap drpd kereta yg enjin tgh running. Memang tak logik nak dikirakan bila tengok kereta boleh terkunci sendiri, tapi bak kata orang putih: better safe than sorry.
jangan tutup pintu terus..rapat kan saja .