Reality in Real Life

Halangan Di Parkir – P dan Brek Tangan

IMG-20140201-00392
Kawasan Tempat Letak Kereta
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu
1 Februari 2014
 

PAKING JAGAN LETOK P. 

SUSOH ORG RAMA

FAHAM

Itu nota yang ditemui ditinggalkan pada cermin hadapan sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta.

Senario sebegini ada di mana-mana terutama di kawasan tempat letak kereta seperti kawasan tempat letak kereta Projek Perumahan Rakyat PPR.

Kemudahan tempat letak kereta yang tidak mencukupi/kenderaan penduduk melebihi dari had ditetapkan menjadikan ‘parking berlapis’ adalah perkara biasa.

Biasanya, waktu pagi, banyaklah upacara menolak kereta berlaku dan masing-masing faham kenapa ia berlaku.

Begitu juga senario terutama di kawasan tempat letak kereta awam seperti di Hospital dan pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, masih ada yang tidak memahami atau terlupa akan cara memakir kenderaan dalam situasi begini supaya tidak mendatangkan kesusahan pada pihak lain.

Tidak kurang, ada cermin kenderaan terpaksa dipecahkan kerana usaha menolaknya gagal sedangkan kenderaan perlu keluar dari ‘terkepung’ setelah pemiliknya gagal untuk keluar dari tempat letak kereta.

Untuk kenderaan manual, gear mestilah dalam kedudukan ‘free’ dan brek tangan jangan ditarik.

Untuk kenderaan auto – jangan letak tombol gear pada kedudukan P (Parking) tetapi pada kedudukan N (Neutral) dan brek tangan juga jangan ditarik.

Apa yang berlaku, ada yang meletakkan pada kedudukan N, tetapi brek tangan ditarik, dan ada juga pada kedudukan P tetapi brek tangan dilepaskan.

Lebih parah, kedua-duanya diaktifkan.

Kepada yang hilang sabar, anda tidak boleh menyalahkan ‘mangsa’ jika kenderaan anda dirosakkan.

5 Comments

  1. sudahlahlabu's Gravatar sudahlahlabu
    08/02/2014    

    letak no fon dkat dashboard pun tak guna kalau dah tahap bodoh sakai, bila call tak bangun. kalau tahu nak double park, bangunlah awal… jgn jadi bangang

  2. jusoh's Gravatar jusoh
    07/02/2014    

    Di tahung 2014 ni ade lg org separuh bute huruf. Tokgi skoloh ke?

  3. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    04/02/2014    

    Biasa la kes-kes gini di KL. Sebenarnya, tempat parking kenderaan memang ada, cuma tuan punye kenderaan malas nak parking jauh-jauh, Malas nak jalan kot. (Mungkin selepas 20 langkah dari kenderaan mereka, tuan punye kenderaan terus mati kot??) So double parking dan block kenderaan lain.

    Semua nie pasal pentingkan diri sendiri dan tak guna kepala otak.

  4. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    04/02/2014    

    Pemandangan biasa di perumahan yg parkingnya sesak,mcm PPR or rumah kos rendah :-) .. kdg2 sampai jadi drama bertikam lidah di pagi2 hari..jalan yg baik adalah tinggalkan no. telefon di dashboard,supaya org mudah hubungi kita sekiranya ada masalah double park (kdg2 tertarik brek tangan,gear auto P dsbgnya).Tp jadi parah jugak la kalau call pun masih tak dapat dihubungi huhu,mmg akan ada yg pasang cermin barulah,tak pun tuka lock set baru..mcm sesetengah situasi kalau gear free tp brek tangan aktif,kereta masih boleh digerakkan,cuma kena guna kederat 3-4 org utk angkat dan henjut ke atas bhgn blkg kereta sambil tolak ke depan,insyaAllah kereta boleh bergerak sedikit demi sedikit…kesimpulannya kena sentiasa beringat ttg double park ni walau di mana anda berada huhu

  5. Budak Nissan's Gravatar Budak Nissan
    04/02/2014    

    Assalamualaikum Wbt…,

    ini jenis orang yang pentingkan diri sendiri aje& tak reti nak fikir pasal orang lain…. tau lepas diri sendiri aje… kalu dah kene pecah cermin, untuk orang turunkan brek tangan & tolak kereta tu, baru diorang ini ada kesedaran…. adat orang sekarang, TAK KENA LAGI, TAK APA LAH… DAH KENA, BARU NAK SEDAR…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting