Ibu & Anak Cemas- Enjin Honda CRV Terbakar
Jalan Raja Muda Musa
Kg Baru, Kuala Lumpur
7 Ogos, 2010
7-45 pagi
Itu antara luahan rakan-rakan yang kadang-kadang ’tak berpuashati’ kerana banyak sangat perkara ‘kebetulan’ yang berlaku jika naik kereta dengan saya.
Oleh itu, saya lebih senang memandu berseorangan…!!!
Pagi ini, juga secara kebetulan, sedang memandu di Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, saya terserempak dengan satu situasi kelam-kabut di hadapan saya.
Dan, kebetulan kejadian berlaku berhampiran deretan gerai makan di situ.
Maka, ramailah yang membantu cuba memadamkan kebakaran itu.
Yang pasti, antara bahan yang digunakan , ialah air sabun iaitu air yang digunakan untuk mencuci pinggan dan ia terbukti berkesan…!!!
Pemandu kereta, Mazuin Maliki, 29 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anaknya, Mohd Azip Nafi 4 tahun setelah menghantar seorang anaknya ke sekolah.
Setibanya di lokasi, Honda CRV dpandunya tiba-tiba kehilangan kuasa, semua instrumen / lampu terpadam, dan serentak dengan itu, asap keluar dari bahagian enjin.
Dia lantas memberhentikan SUV nya itu dan segera menarik keluar anaknya.
Kejadian disaksikan oleh orangramai, dan dengan pantas juga mereka bertindak cuba memadamkan kebakaran.
Kebakaran ini berlaku dipercayai akibat litar pintas bermula di bahagian bateri kereta.
Post Lain Yang Berkaitan
13 Comments
You must be logged in to post a comment.














CRV pun ble terbakar.Tak kira kete mahal or murah,still ada risiko terbakar.Bang,jangan la tutup blog ni.Sayang la plak.Pengomen-pengomen yang berbaur provokasi,politik,suka buat teori konspirasi bodo,abg block/delete je.Teruskan usaha!
CRV pun ble terbakar.Tak kira kete mahal or murah,still ada risiko terbakar.Bang,jangan la tutup blog ni.Sayang la plak.Pengomen-pengomen yang berbaur provokasi,politik,suka buat teori konspirasi bodo,abg block/delete je.Teruskan usaha!
kalau dah sumber kebakaran dari battery, boleh dikatakan 90% kedai aksesori punya kerja bypass main circuit board nak senang tap current, lepas letak fuse amp besar walaupun cable kecik, cable terbakar pun fuse tak cut off..
nasib dia berhenti kat kedai makan…ada air sabun yg banyak…klu x jd aksi letupan la…ALLAH panjangkan usia pemilik kereta n anak dia…
*kena alert wpun keta mahal..xsemestinya selamat…
salam..
kalau nak jadi maka jadilah ia
tidak kira mahal atau tempatan
alhamdulilah mereka berua selamat
minta izin nak copy berita ni…pasal mangsa ni orang kampung saya…..
Harap jangan ditutup blog ini.Sebab menjadi sumber rujukan dan pengajaran.Mengenai komen tu ntah lar..kalau nak delete,bila kena topik hot memang beratus komen yang masuk..abaikan sahaja komen yang provoke org lain.
Kalau larang pun mereka buat jugak..tapi jangan tutup please..ilmu dikongsi bersama..
hm
apa puncanya ya
erm aku dulu nyaris gak kena…..sbb
1) cover getah pd terminal bateri tak pasang betul2 & kena body keter..
2) tak pasang braket pd bateri sbbkan bateri bergoyang bila drive
tgh sdp2 bawak.. "tiba-tiba kehilangan kuasa, semua instrumen / lampu terpadam"…bau hangit..sib baik le tak tebakor
Biasa lah kalo kereta terbakar nih…
Lebih2 lagi buatan Jerman – BMW ke kalau eksiden mesti terbakar punya.
Kena cepat2 keluar dari kereta kalau tak mahu mati rentung, bukan mati sebab eksiden yang betul.
there is no such thing as "Allah panjangkan usia" seseorang.Ajal,jodoh dan rezeki seseorg telah ditentukan sblm lahir lagi.Ajal takkan lambat atau awal sesaat.
Peristiwa ni hanyalah utk memberi peringatan utk semua,baik ttg keselamatan kereta, keselamatan diri malah maybe utk muhasabah diri supaya tidak take things for granted.
setuju dgn komen SZA. Mekanik x bertauliah kedai aksesori byk yang x pandai tp memandai-mandai. Jgn terpedaya dgn memasang aksesori yang bukan2 dan simply modify @ shortcut nk dptkn current. Budak2 hijau tapi rambut kaler kuning ni smua blh. Tapi bila kita tersadai kat highway…..or terbakar jawabnya sorang2 le…..Mamat tu barang dah jual dah terbakar samapun….Sy cukup pantang klu ada budak2 cba propose bukan2 pada kete sy….dia org ada basic knowledge tp tidak well experience….Sy experience tp x practice…..ha2x…