KM 32
Lebuhraya Persekutuan
Petaling Jaya
19 Februari, 2012
10.30 pagi
Gelagat lelaki ini, dipercayai kurang siuman, menarik perhatian pengguna lebuhraya.
Tindakannya juga mencurigakan dan sesekali kelihatan seperti mahu melintas lebuhraya yang sibuk ini.

Sebuah kereta peronda yang sedang melakukan rondaan, terlihat gelagat lekaki ini dan berhenti untuk mengawal keadaan.
Dengan baunya yang amat meloyakan, berpakaian kotor dan rambut yang tidak terurus, polis tetap cuba menenangkannya.
Bukan senang untuk mengendalikan keadaan begini, kerana silap-silap lelaki ini boleh bertindak di luar pemikiran dan mungkin berlari ke arah lebuhraya sehingga menyebabkan kemalangan.
Segala-galanya harus berhati-hati.
Dalam keadaan lelaki ini melakukan beberapa aksi, dia terjatuh dan cedera di dahi.
Ambulan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Anda boleh bayangkan keadaan kakitangan perubatan di dalam ambulan dengan keadaan lelaki ini sebegini…
Syabas anggota polis terlibat dan anggota perubatan PPUM.
















Assalamualaikum,
Tahniah dengan keprihatinan pihak berkuasa
tahniah juga utk mereka
Kt area antara LRT Masjid Jamek ke Maybank Tower pn melambak2 orang kurg siuman.Berisiko utk wanita yang lalu lalang di kawasan tu.Siap yg *** terdedah pon ade.Kesian tgok kebnykn yg cmni sume muda2.
kasihan pula lihat nasib lelaki ini, mengapakah dia jadi begitu?
harapnya pihak tertentu dapat membantu beliau dari terus
menjadi tidak tentu arah…
Tabik kepada PDRM dan juga anggota perubatan PPUM. Banyak cabaran mereka ni dan ini cuma sedikit sahaja..
sikap keprihatinan dan rasa bertanggungeawab yang harus di puji…