Kembalikan Kepala Pam Minyak Itu…!!!

gambar hiasan

Lebuhraya Sprint
Damansara
Kuala Lumpur
14 Jul 2010
8 pagi

entry ini tiada foto kejadian

Saya baru menerima panggilan telefon dari sahabat lama,  Alid Yangon sebentar tadi.

Belum sempat berkata apa-apa, Alid ketawa berdekah-dekah – tentu ada sesuatu yang hendak dilaporkannya…!!!

“Abang ingat kes wanita dengan belon tu? Yang ni, ada lagi satu kes – kereta bawak kepala pam minyak, masih melekat kat lubang tangki minyak……..”

Lokasinya di Lebuhraya Sprint arah dari Taman Tun Dr Ismail ke Damansara.

Menurut Alid, kereta Myvi dipandu seorang wanita itu dipercayai baru sahaja keluar dari sebuah stesyen minyak dan terus memandu ke arah Damansara.

Kepala pam minyak berwarna kuning masih berada di lubang tangki.

Beberapa buah kereta termasuk Alid yang menyedari pemandangan indah itu, cuba memberitahu pemandu itu,malangnya, wanita itu memandu semakin laju.

Ramai yang membunyikan hon.

Berdasarkan plet ,kereta dipercayai baru dibeli sebulan.

Akhirnya kereta itu tidak dapat dikesan lagi, membawa bersamanya kepala pam minyak itu sehingga ke pejabatnya (agaknya…)

Oleh itu, kepada mereka yang mengetahui di mana kepala pam minyak itu atau pemandu itu sendiri,diminta memulangkannya kembali ke stesyen minyak tersebut termasuk kos pemasangan semula…!

Rakaman CCTV di stesyen minyak mungkin dapat menjelaskan keadaan.

Butiran :
             Lokasi Lebuhraya Sprint arah Damansara
             Waktu kejadian: kira-kira jam 8 pagi
             Kereta : Myvi
             Warna : Kelabu
             No.Pendaftaran : WUA …….(tidak sempat dicatit)
             Pemandu : Seorang wanita muda
(pembetulan pada plet kereta)  

Post Lain Yang Berkaitan

26 Comments

  • Pada 2010.07.14 00:52, aku menulis:

    baru di beli sebulan?..kenapa no plat WAU..

    macam mana agaknya boleh tercabut kepala pam minyak itu??…musykil jugak ni..

    • Pada 2010.07.14 00:55, Faizal The Newscaster menulis:

      uih boleh tercabut kepala pam?
      macamana yer..tak dapat nak bayangkan.

      apakah pemandu tu lari sebab tak bayar duit minyak?? hehe

      • Pada 2010.07.14 01:02, Miss Q menulis:

        Ya Ampun!! ni keluarkan waran tangkap nehhh

        • Pada 2010.07.14 01:09, lan menulis:

          WUA kut

          ni kes tak habis study isi minyak ni

          • Pada 2010.07.14 01:09, lan menulis:

            btw, boleh kena saman ke ni

            • Pada 2010.07.14 02:12, putri_roh menulis:

              ehehe.. ni mesti jiwa kacau nih… silap2 nak berenti isi minyak pun takut sebenarnya…. attitude normal org yg baru dapat lesen terus dapat kete…

              tak pun terasa diri terlalu comel diiringi dgn kete yg baru lagik berkilat… ahahah.. org hon dia ingat nak ngejas.. ahahahahahaaa

              p/s teringat iklan tak cukup tido sampai bawak kete handbag atas bumbung….

              • Pada 2010.07.14 02:17, alidyangon menulis:

                Bro

                Masih tak hebis gelak lagi ni…ha ha ha, Dia buat spare agaknya
                ha ha ha ha ha ha
                Tauke Stesen minyak tu mesti pening sebab "Ada orang rompak Kepala Pam tu"

                Ha ha ha ha ha

                • Pada 2010.07.14 03:28, rommel menulis:

                  bukan wanita je, lelaki pun pernah saya nampak mcm ni. Hampir2 hendak mencantas kepala pam petrol tu. Nasib baik saya sempat membunyikan hon. hehehe..

                  Kalau tidak lepas ni terpaksa pengusaha stesen minyak mengkaji undang-undang terbaru dengan menyuruh pemandu berdiri disebelah kepala pam semasa mengisi sampai habis. kalau tak, kena saman..hehee

                  • Pada 2010.07.14 03:42, A.I menulis:

                    ekekekeke…leh pulak camtu yek?

                    • Pada 2010.07.14 03:50, Adi menulis:

                      biase je jadi,
                      pemandu wanita kan..
                      semua perkara pelik boleh jadi.

                      mcm ni,
                      http://videosift.com/video/Woman-Leaves-Gas-Nozzle-In-Car-And-Drives-Off

                      • Pada 2010.07.14 05:54, Azrul menulis:

                        hadoi.. penat da gelak nie..
                        hamba Allah nie mesti mgelamun time isi miyak..
                        Pengajaran utk sume..

                        • Pada 2010.07.14 06:31, Kujie menulis:

                          bukan saya…bukan saya… he he he

                          *tweet entri ni…nk gelak dgn kawan2

                          • Pada 2010.07.14 07:27, mr edz menulis:

                            selamat berkenalan bang… hehehehe (baru jer jumpa tadi)

                            • Pada 2010.07.14 07:34, Scott Republic menulis:

                              Seyes ke….hahahaha….alahai…absent minded betul minah tu….pengajaran di sini.masa pam minyak berdiri sebelah nozzle tu….jangan pakai men masuk dalam kete tunggu kat dalam…ke minah tu kelam kabut tengok orang berbaris blakang kete dia tunggu turn isi minyak…last2 seme tak dapat isi sebab nozzle kena bawa lari hahahaha

                              • Pada 2010.07.14 08:33, shogunn_general menulis:

                                macam pit stop driver F1 pulak hehehe

                                • Pada 2010.07.14 08:34, saddickies menulis:

                                  OK lagi tu kepala pam je tercabut, aritu kat stesen minyak kat rawang,hujung bulan mei, kete 4WD jalan dgn kepala pam kat mulut tangki, island pump minyak tu jatuh sekali. manusia2.

                                  • Pada 2010.07.14 09:37, ain fathihah menulis:

                                    hehe. lucunya. tak terbayang….

                                    • Pada 2010.07.14 09:58, Imran Nang menulis:

                                      sebab ini lerr wanita diharamkan memandu kat Arab Saudi ..

                                      • Pada 2010.07.14 12:47, Ebb menulis:

                                        wanita diharamkan memandu di saudilah, jiwa kacaulah, wanita absent minded la, itulah inilah…baru aja ahad haritu, 11 julai, waktu ptg, stesen minyak area ttdi jugak menghala ke damansara jadi kes mcm ni.

                                        lelaki, honda baru kaler keoren2nan, agaknya pelik tengok aku, org perempuan tgh cek2 enjin kereta. melaju aja bukan siap tercabut pam, dengan getah2 pam tu sekali! dia perasan, undur kereta dekat pam tu balik. muka tak ada perasaan cabut pam,serah kat attendant, pandang aku, and blah.

                                        so camner tu? alasan jiwa kacau nak tunggu world cup?

                                        • Pada 2010.07.14 14:01, Rina277 menulis:

                                          saya pn tgh isi myk kt shell sg.merab bangi tkejut gorila bile kete sebelah volvo pecut dgn pam masih sangkut kt kete dia..driver dia lelaki india umur dlm 40 – 50 camtu..dia stop lps attendant lari jerit n halang kete dia..tsengih2 dia kuar ckp "sori i x sedar ingat finish already.."ciss..jiwa kacau psl bru lps gaduh dgn aci kot..hehe..

                                          • Pada 2010.07.14 23:22, echah_syed menulis:

                                            bahaya…nasib tak meletup.ishhh sgt careless! :(

                                            • Pada 2010.07.15 04:40, Ernawati Sulaiman menulis:

                                              nak gelak dulu ni.. hehehe..
                                              kalau la ikut logik, skrg ni kita yang kena isi myk sndri.. kan kan kan.. takkan le x perasan pam belum dikeluarkan.. ni mesti kes baru dpt lesen & baru first time ngisi minyak.. siannya..

                                              • Pada 2010.07.15 05:46, airforcetribes menulis:

                                                Bwk lari kepala pam minyak tu satu hal.. org dah tgor.. cbut lari lg ader. nk mempertahankan kecomelan la tu. Then, senang isi kat rumah kot. xyah nk g stesen myk dh pas ni. minda kelas ke3.

                                                • Pada 2010.07.15 07:11, Khairil Hafizi menulis:

                                                  mungkin driver tadi tuh tengah rushing kot… sampai tak igt kete dier tengah pam.. lagipon penulis kate dier kejar pon xdpt sebab kete tuh makin laju… maybe dier tengah kejar2 sumting kot.. haha..

                                                  saya pon penah gak rushing2, lepas byr dwet kt casher, masuk kete trus blah lpe nak isi.. hehe..

                                                  • Pada 2010.07.16 23:02, phas3r menulis:
                                                    • Pada 2010.07.19 08:12, Johann menulis:

                                                      rasanya bukan perempuan aja yang buat benda-benda pelik macam tu contoh kat atas dah ternyata tak kira jantinakan. so jangan nak kutuk orang perempuan aje. kita ni manusia tak ada yang sempurna baik perempuan atau lelaki yang penting jangan suka gelakkan orang dan ingat benda-benda ini boleh terjadi pada sesiapa pun. mungkin suatu hari nanti terjadi pada orang yang suka gelakkan orang dan perasan diri dia terlalu sempurna.

                                                      You must be logged in to post a comment.