Kereta DiCuri Ditemui Semula, Tapi Ini Sajalah Yang Tinggal…
Rawang
Selangor
22 Ogos, 2010
2 pagi
” Bang, minta bantuan kesan pemilik sebuah Proton Satria yang kami percaya dicuri. Kami jumpa ketika buat rondaan , ditinggalkan di tepi highway ni. Ada sticker parking TV3 pada kereta. Dalam sistem, tiada laporan kehilangan kereta ini”
Setelah mencatatkan segala butiran yang diberikan, saya terpaksa memikirkan beberapa cara bagaimana untuk mengesan siapakah pemilik kereta itu.
Kereta Proton Satria ini ditemui ditinggalkan di tepi Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di KM 446-9 kira-kira 100 meter selepas susur Rawang Selatan.
LKpl Shyfudin memang saya selalu bertemunya jika ada kes-kes kemalangan maut di laluan sektor ini.
Sticker parking TV3 dan nombor kakitangan yang tercatat padanya membuatkan LKpl Shyfudin terfikir untuk menghubungi saya bagi membantu mengesan pemiliknya.
Saya berjaya menghubungi Ahmad Ridzuan Kamarul Zaini , dan meminta dia datang ke Balai Polis Rawang untuk membuat pengecaman keretanya.
Kebetulan, jabatannya adalah jabatan yang beroperasi 24 jam, dan Ahmad Ridzuan sedang bercuti, jadi bantuan dari kakitangan lain yang bertugas dapat saya menghubunginya di rumah.
Menurut Ahmad Ridzuan, yang juga Pengarah Konti di TV3,keretanya hilang di Persiaran Bandar Utama antara jam 5 petang hingga 8 malam, Jumaat 20 Ogos lalu.
Laporan kemudian dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara pada malam itu juga.
Menurut rekod pada tiket tol yang ditemui di dalam kereta ini, ia memasuki Plaza Tol Bukit Beruntung jam 11-47 malam tadi dan menuju arah Selatan.
Bagaimanapun, dipercayai kereta ini telah ‘dikerjakan’ dalam tempoh kehilangannya dan dipercayai sengaja di bawa masuk ke dalam lebuhraya sebelum ditinggalkan.
Kereta ini juga dipercayai dibawa masuk menggunakan trak penunda kerana tidak memungkinkan untuk ia dipandu kerana pelbagai komponen telah ditanggalkan termasuklah stereng malah termasuk ‘radiator cap’!
Kereta ini ditemui kira-kira jam 12-30 malam oleh dua anggota Peronda Lebuhraya, LKpl Shyfudin Mohamed dan Konst Jamil Md Nor
Bagaimanapun, sistem komputer yang tidak dapat mengesan laporan kehilangan yang dibuat Ahmad Ridzuan, berkemungkinan data yang belum update atau masalah lain yang tidak diketahui.
Jika berjaya ditemuipun kereta yang dicuri, ini sajalah yang tinggal…
Post Lain Yang Berkaitan
21 Comments
You must be logged in to post a comment.



















motosikal honda kakak saya yang diparkir di kampung baru, Kl telah dicuri pada tahun 2004. setelah laporan polis dibuat, pegawai polis berkenaan memaklumkan bukan mudah nak dijumpai semula tetapi kalau ada rezeki tidak mustahil kerana kebanyakan motosikal curi ini akan diratah-ratah seperti komponennya dicerai2kan.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, kakak saya mendapat panggilan daripada pihak polis utk membuat pengecaman motosikal honda yang mempunyai nombor chasis berdasarkan rekod laporan data polis walaupun no. plat telah ditukar. motosikal tersebut ditemui selepas satu sekatan jalan raya mat2 motor / rempit di dataran merdeka.
pegawai berkenaan juga memaklumkan, alangkah 'bertuah' kakak saya kerana masih menggunakan no. telefon yang sama (bagi sesetngah org, setahun pun bertukar 2-3 kali) selepas 4 tahun (hingga sekarang sebenarnya)dan kes ini selesai 3 bulan kemudian.
admin test reply
Sampai Totel Di Kerjakan Oleh Lanun Tak Guna Nih… Saya Pon Guna Satria Gak… tak Sangka Ada "Market" Lagi Keta ni… Kena Lebih Berhati2 lepas ni…
Storm saya hilang di Shah Alam
apa yang saya dapat?
Surat saman yang berlaku di Rompin.
Nice blog… sesuai dengan namanya…
Salam ziarah…
http://perisik-rakyat.com/
oooo gitu kerja diorang tu ek..
skrg ni byk kete turbo kena kebas.. member saya pakai saga turbo boleh hilang kete dalam kawasan hypermarket..
sbb ape bnykkereta turbo hilang???sbb market part enjin turbo makin naik..mengikut enjin dalam gambar di atas adalah enjin gsr turbo dan harga market sekitar rm9k-11k…mana x kna ratah???
salam
lama tk update bro?
moga sehat selalu. teruskan perjuangan
yusuf mujahidin recently posted..Taman Rashidah Utama
Enjin turbo nye pasal smpi dgn stereng sekali hilang..
Azmin recently posted..Free Our Mind- STMI 1 – Umat islam Sedang Disihir! 2
mmg beruntung la brader yg hilang kereta nih..dapat lagi kereta dia..walaupun hampir togel..saya salah seorang pengguna kereta satria nih dan saya ramai member2 pakai kereta nih..dan ramai jugak yg dah hilang…yg selalu hilang kereta ber enjin turbo dan kereta satria GTI…ada kawan yg hilang 2 hari tp cuma jumpa rangka…habis kena sembelih n lapah…cis…
sebab2 utama kerana harga sparepart yg mahal n body yg ringan..sesuai utk kegunaan trek,..
syukur lh dh jumpe,wlaupn dlm keadaan mcm2,kete wira member hilang dpn umh…smggu jumpe blk tp hanya lah kerangka besi….motor ex5 aku plk bru beli 5bln tgll tk smpi 5mnt beli paper trus hilg trus tk jumpe2….hanya tinggal kunci sbg kenangan….
tak mustahil kalau dapat balik kereta kita yang kena curi dalam keadaan sempurna tapi memang amat bernasib baiklah kiranya. Abang saya antara orang yang bernasib baik apabila kereta waja miliknya yang hilang dicuri akhirnya dijumpai kembali oleh pihak polis setahun selepas kecurian dalam keadaan sempurna. Cuma sistem penggera sahaja yang rosak. Tahniah buat polis kita…at least I know they are doing their job even after the case was reported quite some time.
Pagi tadi aku nak pegi keje dalam kul 7 pagi… kuar2 kete takder… dah hilang… tlg kwn2 tgk2kan.. pastu inform kat aku… 0133773324 ALONG…
bro ondscene ni dah macam CSI dah. kejap je dah settle kes.
Salam bro ondscene.
sy ada bc berita:
2 ERLs crash at KL Sentral
http://www.nst.com.my/nst/articles//23liz35/Article/#ixzz0xadIfmxd
bro ada liputan x.. kalo ada cepat2 la share
Tuan,
bila saya melihat akhar harian metro bertarikh 24 Aug 2010, ada gambar yg hampir serupa. Bila saya bandingkan dengan laporan tuan, sy rasa amat pasti yg harian metro telah menyiarkan gambar yg hampir2 dan seakan2 sama dengan photo dr laporan tuan.
sepertimana entry tuan sblm ini, laporan tuan ini banyak di plagiat bukan saja agency kerajaan malahan juga pengamal media (sama ada tradisional atau pun elektronik)..
amat dikesalkan jika ini adalah benar yg kumpulan media sebesar ini, menciplak entry tuan.
memang sudah lama hilang kepercayaan kepada media tradisional, di tambah ini penemuan ni, menyebabkan sy semakin jijik!
saudara azlan.
anda seharusnya membaca KESELURUHAN entry di alam blog ini sebelum membuat sebarang hukuman.
perlu saya ulangi sekali lagi, jika anda terjumpa mana-mana artikel/foto di dalam blog ini adalah menyamai di dalam mana-mana akhbar, ia adalah sumbangan dari saya untuk disiarkan .
tidak timbul perkara ciplak atau plagiat kerana perkara paling mudah anda lihat aalah pada watermark.
semua foto di dalam blog saya ada watermark, mana mungkin yg disiarkan jika diciplak , adalah tanpa watermark melainkan saya sendiri yang emailkan kepada akhbar tersebut.
oleh itu, anda tidak perlu melatah kerana saya sendiripun tidak pernah membangkitkan perkara ini. ratusan entry di dalam blog ini, pernah disiarkan keesokannya di dalam beberapa akhbar – berbahasa Melayu, China, Tamil dan Inggeris – ihsan dari saya sendiri.
anda seharusnya menjadi seorang yang kritikal jika persamaan itu benar-benar sama seperti adanya watermark. Jangan terlalu mengikut naluri politiking di dalam menyampaikan komen tanpa bukti yang kukuh.
saya nasihatkan anda membaca keseluruhan entry di dalam blog ini kerana banyak entry telah saya jelaskan mengenai perkara ini.
sila tarik balik sebarang sebaran oleh pihak anda kepada mana-mana pihak lain mengenai perkara ini kerana ia adalah fitnah.
Kelebihannya – pembaca blog ini akan mendapat beria lebih cepat dan foto-foto yang lebih banyak.
terimakasih kerana membaca ondscene.
Sian tn kreta.. Sabar la..
Cekap betul pencuri kereta ni buat kerja mereka. Termasuk kereta ini entah yang keberapa ribu yang mereka leraikan. dulu ahli keluarga saya pernah hilang kereta. ingatkan dah kena potong tapi jumpa semula lepas 8 tahun dekat kilang besi buruk. dah nasib badan..
Kiranya tuan kereta tu amat brnasib baik
speedrider recently posted..Apa Itu Gravatar