Taman Silibin
Ipoh, Perak
24 Mei, 2012
2 petang
Anda mungkin pernah menggunakannya, tetapi tidak kurang yang ‘phobia’ melihatnya, apatah lagi apabila di saat anda memerlukannya, ia tiada dalam simpanan anda.
Bahasa paling mudah ialah ‘jack’ kereta, dan saya sendiri tidak tahu apakah perkataan paling sesuai untuknya.
Pengangkat kereta? – Tidak mungkin itu terjemahannya…
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, kanak-kanak berusia 4 tahun ini sedang bermain bersama rakannya di perkarangan rumahnya.
Entah macamana, Siti Azlina bertindak memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji pintu pagar rumahnya.
Tindakannya menyebabkan kepalanya tersangkut pada bahagian leher dan gagal dikeluarkan lebih setengah jam.
Dengan bantuan orangramai, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan menggunakan ‘pengangkat kereta’ @ ‘jack’ kereta.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Pemulas pada ‘jack’ kereta dipulas seolah-olah sedang mengangkat kereta, diletakkan di antara 2 jeriji besi – yang kemudiannya jeriji tersebut akan meregang…
Pic- HMetro Perak

















Nasib sikecil ingin mencuba agaknya..
Alhamdulillah.. selamat dari berlaku kecederaan..
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan entri ni…beri idea kalau2 hal yang sama atau hampir sama berlaku.
Kseian si kecik tu…mesti dia takut
bahasa melayu untuk “Jack” ialah bicu..
Believe it or not, cara ni juga digunakkan oleh pemecah-masuk rumah untuk membuka grill atau jeriji pintu rumah