Nizar Diisytihar Masih Menteri Besar Perak Yang Sah
KUALA LUMPUR
11 Mei, 2009
Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Keputusan dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, sebentar tadi.
Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Post Lain Yang Berkaitan
10 Comments
You must be logged in to post a comment.



kejadian-kejadian macam di Perak ni menyebabkan aku kadang-kadang pening kepala nak jawab soalan student form 6 kertas 1 pengajian am. hahahahah
3 bulan rakyat perak ber’kerajaan haram’ rupanya…. tgk kat tv bukan main lagi…
tak abis2 lg ek?
kes ragut terbesar berlaku di perak..
ermmm…bila la semua nih nak abis… ;(
dah letih dengar pasal politik kat malaysia nih…
fever nova: biase lah tu..klau dh tv pun diorang yang punye..
finally….
dunia dah terbalik.
padly – kesian cikgu…betul…fakta sejarah dah byk berubah dan byk yg sudah tidak relevan utk diajar kerana tiada lagi kesinambungan…
fevernova- sebenarnya, manusia ada yg dilahirkan rakus dgn kuasa, menjadikan rakyat tak dapat apa2pun melainkan kekeliruan dan kecelaruan, dan byk masa, tenaga, wang ringgit telah lebur…
rika- tak kan habis.lepas ni, mcm tu pulak, lepas tu, mcm ni balik , lepas tu macm tu. tungganglanggang jadinya.
jawa- aku lebih rela cover kes ragut real dari cover ragut macam ni…
liyana- politik di malaysia ni sebenarnya berteraskan politik ikutan. yg mengikut tak dapat apapun, menang sorak kampung tergadai. yang menang, dapat kuasa, dapat kedudukan, dapat RM, dapat apa yg mereka nak…
akizaki – sebab tu, kena bykkan tengok cerita realiti mcm kemalangan, bukan tengok satu bahagian berita sahaja.
sari – nop, ini bukan finally. ini baru intro…
ted- manusia sendiri yg menterbalikkannya…
haha..ini lah yg dinanti2kan..
)