Pemanduan Berhemah…
Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Gombak
Ampang, Selangor
27 Jul 2010
4.30 petang
Foto di dalam entry ini adalah sumbangan seorang pembaca ondscene , Wan ,The Rack Company.
Terimakasih banyak-banyak kepada Wan yang email kepada saya sebentar tadi.
Berikut saya siarkan sepenuhnya bahan berita yang dikirimkan oleh Wan untuk tatapan kita semua.
Pada mulanya saya sangka teksi ini memang mengalami masalah enjin, kerana berada di lorong paling kiri dan seakan tidak bergerak dan bonet diangkat keatas. Akan tetapi tiba-tiba ia bergerak ke arah lorong tengah.
Apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya. Mungkin bonet teksi tak dapat ditutup setelah mengisi gas NGV, tapi kenapa perlu teruskan perjalanan? Rasa saya teksi Iswara bonetnya tak mudah nak terangkat kecuali pada kelajuan yang tinggi.
Tapi apapun tahniah pada pemandu teksi tersebut kerana tidak berhenti di atas flyover. Walaupun menyebabkan sedikit gangguan dan kesesakan sementara tetapi ia tidak menjadi perangkap maut pada orang lain terutama penunggang motorsikal.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.







Membahayakan Diri Sendiri Dan Orang Lain..
apa sebabnya ye? ingin juga nak tahu
Nampak sangat rakyat Malaysia tak peka dengan keselamatan jalanraya !
Pihak polis trafik pun tak ada ke disitu?
Sebab itulah negara kita ni terlalu banyak kes kemalangan2 yang dahsyat. Sikap masyarakat perlu diperbetulkan.
Polis trafik sepatutnya terus saman je pemandu jenis tak berguna macam ni! Usah kesian dengan pembawa sial !
kira bertimbang rasa gak la pemandu tu sebab x bhenti kt bahu jln tgh2 flyover..klu x mgkin kereta or motor dr arah blakang yang x nmpk keta tu dr bawah akan terlanggar teksi tu.
bahaya trutama kpd penunggang motosikal.