Pengsan Atas Bumbung Rumah
Taman Ehsan
Kepong, Kuala Lumpur
18 April, 2009
Warga emas ini, pada mulanya melakukan kerja-kerja pembaikan di atas bumbung rumahnya.
Bagaimanapun, dia dipercayai tergelincir menyebabkan mangsa rebah di atas bumbung ini
Dengan cuaca agak panas, mangsa juga pengsan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Jalan E5/2 Taman Ehsan, Kepong.
Mangsa, Chan Koh Song, berusia kira-kira 60 tahun, sebelum ini memanjat bumbung rumahnya bertujuan membaiki tangki air rumahnya yang telah rosak.
Anggota perubatan yang tiba kemudiannya mendapati kesukaran membawa Chan turun.
Sepasukan anggota bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Selayang kemudian tiba di lokasi.
Tangga terpaksa digunakan.
Gerakan menyelamat juga dibantu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam.
Chan akhirnya berjaya dibawa turun kira-kira jam 7-15 petang dan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Chan mengalami sedikit kesan kecederaan di kaki
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.



die pegi ‘adjust’ aerial kat bumbung ke ni?
memang panas la sejak hari jumaat…dah dua hari dah panas ni..td tgk peta radar kt tv hujan sementara kat KL hari ni…klu tak hujan2 juga mesti panas la…
hi,saya admin dari forum http://www.chelaka.com ingin mengajak anda join forum chelaka.sila pos gambar2 anda di forum tersbut
gambar2 anda sesuai untuk dikongsi bersama
http://www.chelaka.com
wahai admin chelaka …… mmg chelaka betul forum anda tak best serta tidak membangun langsung demi kebaikan agama , bangsa dan negara.
Jangan marah haaaa…..
tak sangka ade juga blog celaka…kah..kah..mcm2 la dunia skg ni
kem-renjer-adjust punya pasallah yg jadik macmni…
adminchelaka-anda boleh ambil bahan dari sini. tapi perlulah letakkan link sekali sebagai ‘menghargai’ susah-payah saya.salam
ya allah
ni jiran aku 7 pintu kebawah je ni.. kesian uncle
obefiend- bro, kau jgn bagitau kat uncle tu gambar dia keluar kat blog ni, kang pengsan lagi sekali dia tu…!!!