Posmen Buang Surat???…

Jalan Semarak
Kuala Lumpur
16 September, 2008

Kira-kira jam 8-45 pagi tadi, ketika melalui Jalan Semarak arah Keramat berhampiran Pulat latihan Polis, Pulapol, saya tertarik pada gelagat seorang lelaki yang sedang melalui jalan ini.

Lelaki terbabit yang berjalan kaki, kelihatan sedang membelek taburan surat di tepi jalan di atas rumput. Saya seperti juga lelaki itu, merasa teruja untuk mengetahui apakah surat-surat itu.

Saya kemudian memandu kereta saya berpatah balik ke arah lokasi surat itu. Sampai di sini, saya agak terkejut kerana terdapat kira-kira 100 keping surat-surat yang mempunyai tulisan merah CIMB Express di sampulnya.

Setelah saya belek, saya dapati ia merupakan surat yang sepatutnya dikembalikan kepada pihak CIMB kerana penerima tiddak mempunyai alamat lengkap, atau sudah berpindah atau alamat tidak betul.
Saya juga menemui kepala surat (header) Unit Mel Pukal dan Frangki Pos Malaysia Kompleks Dayabumi yang bertandatangan mengenai beberapa keping surat yang dikembalikan kepada CIMB kerana bayaran pos tidak mencukupi.

Hampir semua surat bercop franking 10 September, 2008.

Kira-kira 20 set soalan peperiksaan Ujian Percubaan UPSR 2008 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan juga ditemui.

Selain itu terdapat beberapa dokumen lain.

Semua surat dan dokumen ini dipercayai dari sebuah beg plastik Carefour yang telah koyak yang turut ditemui di sini. Oleh kerana saya mempunyai satu tugasan yang perlu diselesaikan segera, saya terpaksa meninggalkan tempat ini.

Bagaimanapun, ketika memandu, hati saya berasa bersalah pula sebab tidak mengambil surat-surat itu dan kembalikan kepada Pos Malaysia atau CIMB Bank.

Kira-kira setengah jam kemudian, saya berpatah balik bertujuan untuk mengambil semua surat-surat itu, tetapi malangnya, semuanya telah ghaib…
Persoalan di sini, samada surat-surat itu penting atau tidak, tidak menjadi persoalan.

Yang menjadi kemushkilan, mengapakah surat-surat itu berada di situ?

Adakah posmen yang sepatutnya membawa surat itu, sengaja membuangnya, atau tercicir (tetapi mengapa di dalam plastik Carefour)?

Atau adakah pembawa surat itu dirompak,disamun,diragut kemudian setelah menyedari ia hanyalah surat, maka penyamun membuangnya disitu?

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2008.09.18 02:30, jawa peranakan menulis:

    tu orang buang surat..apa nak heran bang..

    anak pun orang buang..

    betapa tak berakalnya manusia zaman sekarang ni..

    • Pada 2008.09.18 05:10, on the scene menulis:

      isu@kes buang bayi memang sesuatu yang menyedihkan…
      apa lagi yang boleh dikatakan, sedangkan binatang sendiri tau menghargai anak yang mereka lahirkan…

      • Pada 2008.09.19 02:48, pok nik menulis:

        posmen yang BUANG surat tu sebenarnya dah BUANG tebiat.. bagi notis BUANG kerja je..

        You must be logged in to post a comment.