Reality in Real Life

Rupanya Bom…

LADANG PROJEK FELCRA,
SUNGAI BHARU, ULU YAM LAMA
HULU SELANGOR
6 JULAI 2011
11 PAGI
Nota – Kes ini berlaku minggu lalu, hari ini baru saya ada kesempatan untuk siarkan.

Objek ini pada mulanya disangkakn sebuah bekas@cawan susu getah yang tertanam.

Bagaimanapun, seorang pekerja Felcra Bhd, Safarul Anuar dan rakannya, Rusydi ALias terkejut dengan apa yang ditemuinya ini.

Ia merupakan sebutir bom lama dipercayai peninggalan ketika Perang Dunia ke 2

Kedua-duanya kemudian membuat laporan di IPD Hulu Selangor.

Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom tiba di lokasi untuk melakukan siasatan.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, bom lama terbabit didapati masih aktif.

Keputusan kemudian diambil untuk memusnahkan bom ini di lokasi.

Gegaran dirasakan di kawasan sekitar 1 kilometer ketika kerja-kerja meletupkan bom lama ini dilakukan.

Guni pasir yang digunakan ketika kerja-kerja letupan dilakukan, turut tercampak sehingga ada yang tersangkut di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter.

Oleh itu berhati-hatilah terutama jika anda terlihat objek mencurigakan terutama di dalam kawasan hutan.

Jangan ada pula yang gatal tangan untuk membawa pulang, untuk dijadikan barang perhiasan…silap-silap jadi macam guni yang melambung tu…

Pix- Shahrul

5 Comments

  1. 14/07/2011    

    Nak buat hiasan ke bro. Tak sanggup aku. Hehehe…

  2. 13/07/2011    

    Perkhhhh… ini kalau meletup kat tengah2 hutan di bawah tapak kaki sendiri, ada harapan tak jumpa langsung mayatnya.. aderkkkkk

  3. 13/07/2011    

    pernah jumpa bom lama masa kecik dulu, kat dalam kem askar. ada la sentuh tapi takde jadi apa2 la. rupa macam bom mortar tapi dah karat

  4. 13/07/2011    

    teringin jugak nak jumpa bom lama ni,tapi mungkin sebab kampung saya bukan war zone zaman dulu.

  5. 13/07/2011    

    Assalamualaikum,
    Wahhhhhhh! bayangkan kalau angkut bawak balik buat hiasan…letak kat ruang tamu pulak. Hari-hari dok gosok nak bagi kilat supaya nampak cantik…

    Kagum betul dengan pembuatan bom ni…dah berapa lama tertanam kat situ tetapi masih lagi aktif. Kalaulah salah orang yang jumpa, tak pasal-pasal nyawa melayang. Tahniah kepada pekerja felcra terbabit dan pihak berkuasa yang cepat bertindak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting