Wangsa Maju
Kuala Lumpur
25 Februari 2012
9 malam
Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya tidak tahu samada hendak tergelak atau terkejut atau tidak.
Saya sendiripun tidak tahu hendak kategorikan kes ini dalam bahagian mana, kerana ianya agak unik dan jarang-jarang berlaku.
Bukan sekali, tetapi mangsa yang membuat laporan polis mengenainya, mendapat 4 ‘hadiah’ dalam tempoh kira-kira 2 minggu.
Bimbang sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku ke atasnya, 2 laporan polis dibuat.
Begini kisahnya:…
Mangsa merupakan seorang gadis berusia awal 20han, bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur.
Awal mula kejadian ini ialah kira-kira 2 minggu lalu, apabila mangsa menemui sampul surat di dalam peti surat rumahnya – mengandungi sekeping nota yang dikerat bentuk hati tertulis:
DIANA DANIELLE , From Secret Admirer.
Mangsa tidak mengesyaki apa-apa, dan membuang kertas terbabit.
Selasa, 21 Februari lalu, kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa menemui lagi sampul surat, dan apabila dibuka, terdapat sehelai seluar dalam lelaki (terpakai) di dalamnya, juga tertulis sepucuk nota DIANA DANIELLE.
Seluar dalam itu juga dibuangnya.
Sabtu, 25 Februari, kira-kira jam11.45 pagi, satu bekas kacamata ditemui di dalam peti surat, dan apabila dibuka ditemui sebentuk cincin, seutas rantai tangan, 2 keping foto lelaki berukuran paspot dan nota dipotong berbentuk bulat.
Di bahagian hadapan tertulis nama penyampai berita TV3, Pang Chin Fei.
Di bahagian belakang, tertulis ayat “I Love U”.
Dan akhirnya, kira-kira jam 6.20 petang, sebaik mangsa tiba di rumah, dia menemui pula sebuah beg kain tergantung pada bahagian luar pagar rumahnya.
Apakah di dalamnya ? – seekor ayam jantan dan 2 ekor ayam betina hidup – dan kakinya dililit dengan pita pelekat.
Berkemungkinan, lelaki di dalam kes ini selalu memerhatikan mangsa dan ‘tergila-gilakannya’ , tetapi tidak mengetahui namanya lalu menamakannya sebagai Diana Danielle.
Bagaimanapun, mungkin dia menyedari wajah gadis terbabit bukan seperti Diana Danielle, tetapi mirip Pang Chin Fei, maka dia menukar nama kepada Pang Chin Fei!
Dan motif ‘hadiah-hadiah’ misteri itu diberikan tidaklah diketahui, malah mungkin ada yang berandaian ia mungkin berkaitan dengan kaedah ‘spiritual’ atau memang sengaja diberikan begitu…







erk..cuba letak mesin basuh ke, tv lcd ke…hehehe
Assalamualaikum,
Apa jadi dengan ayam tu? dah selamat sembelih ke?
Ada secret admire sebegini, memang fobia jadinya.
Macam2 pesen orang ada.. bahaya juga coz sekarag mcm2 boleh
dilakukan melalui bahan2 seperti ini.. Berhati2 sajalah.. Banyakkan
membaca surah 3 kul dan bismillah 7 utk mengelak dari terkena…
berat penyakit angau pengirim hadiah2 tu…ha ha..
Macam2 cara orang nak memikat atau nak berkenalan. Kalau berani mamat tu, pergi la jumpa awek tu sendiri. Baru gentleman.
[...] ihsan ON-D-SCENE dan anda juga boleh baca kisah yang sebenar’nya tiada kaitan langsung dengan Diana Danielle [...]
[...] ini saya siarkan semalam, 26 Februari 2012 – Seluar Dalam dan Ayam Hidup Untuk Diana Danielle dan Pang Chin Fei. innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = [...]