Sultan Brunei – Azrinaz Mazhar Hakim Bercerai

Bandar Seri Begawan
Brunei

16 Jun 2010

Saya mendapat khabar berita ini beberaja jam yang lalu.

Bagaimanapun, pengesahan telah dapat apabila berita ini disiarkan oleh Radio dan Televisyen Brunei dan disusuli penyiaran oleh agensi berita asing seperti The Associated Press

Sultan Hasanal Bolkiah, 63 tahun, berkahwin dengan Azrinaz, seorang wartawan penyiaran TV3, pada 20 Ogos 2005 dan Azrinanz ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda 58 tahun.

Azrinaz diceraikan dengan talak satu.

Istana Brunei dalam pengumumannya memberitahu, semua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan, ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu diumumkan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei.

http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Nota:

Azrinaz merupakan rakan setugas suatu ketika dulu dan saya selalu juga keluar membuat tugasan dengannya dulu.

Tercari-cari juga foto-foto ketika sama-sama bertugas dulu, ada banyak, tapi, untuk mencari dalam ribuan foto yang tersimpan, mengambil masa juga.

Jodoh pertemuan, perpisahan atau apa jua yang berlaku, adalah qada dan qadar Allah swt. Semua perkara yang berlaku, ada hikmahnya.

Post Lain Yang Berkaitan

8 Comments

  • Pada 2010.06.16 17:41, ejaescobart menulis:

    simpati dengan beliau… mungkin jodoh hanya takat itu saja.. apa2 pun smoga beliau terus tabah…

    • Pada 2010.06.16 17:51, ReentryCapsule menulis:

      Bro OnDscene.Ni nak complain sikit.Sejak tukar layout dgn design baru blog ni macam berat sikit la.
      Nak scrol sampai ke bawah jenuh.Terima KaseYY…

      • Pada 2010.06.16 23:05, kak long menulis:

        disangka panas hingga ke petang..
        rupa nya hujan ditengahari..

        • Pada 2010.06.17 00:37, MiszNoRuL menulis:

          yela, sesungguhnya jodoh, ajal, rezeki dan maut ditentukan oleh Allah SWT.. syian dia, semoga dia tabah hadapi semuanya..

          • Pada 2010.06.17 02:22, hayatiharun menulis:

            loooo…dah cerai???Reentry…takdelah….laju je..

            • Pada 2010.06.17 02:54, Faizal The Newscaster menulis:

              simpati dengan Azrinaz, sebab pengumuman itu dilakukan secara besar-besaran. dia pun ada maruah juga. apa agaknya yang berlaku?

              nice lah layout baru bro!
              (dah lama nak ckp tapi xsempat..hehe)

              • Pada 2010.06.18 01:51, hEarTLeSs menulis:

                bc kat forum laen org Brunei kate die pjg tgn dlm istana ops xtau la btol ke x k!

                erm a'ah slow sket la bro lgpon xsuke kene klik Read more>> sbb buang masa…1post skali abes kn sng xpyh kene klik kalo nk bace full article

                • Pada 2010.06.18 09:30, airforcetribes menulis:

                  Yer ker dia panjang tgn? Pandai je wat spekulasi. Yang pelik, duk broadcast kenape? Aper la motif diaorg tu. Susah nak cari pemimpin contoh sekarang. Just pandai manipulasi isu dan pegangan untuk dapat sokongan je.

                  You must be logged in to post a comment.