Tandas 20sen

Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
Hanya 20 sen dan anda boleh ‘menikmati’ suasana tandas seperti di hotel 15 bintang.
Tetapi ia hanya untuk 15 minit sahaja…
Tandas ini mungkin telah lamapun wujud di sini sejak Eye of Malaysia ada (sekarang dah merajuk, lari ke Melaka…)
Malangnya, saya sendiripun tak tau ada tandas sebegini di Malaysia, sehinggalah saya ternampak lepas buat liputan mayat terapung itu.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memasukkan 20 sen dan pintu tandas akan terbuka secara otomatik.
Suasananya betul-betul seperti ketika anda hendak memasuki lif.
Setelah masuk, anda perlu menekan butang untuk menutup pintunya.
Maka bermulalah sensasi dunia tandas untuk anda.
Lengkap dengan hawa dingin, lampu yang mapal-malap seperti dalam kelab malam, di dinding pula, berbagai lekapan seperti alat untuk menukar lampin bayi, tisu, sinki, lubang tandas, penghadang besi untuk golongan OKU dan beberapa lagi yang saya pun tak tahu apa gunanya.
Yang pasti, di dalamnya adalah kawasan larangan merokok.
Saya lupa pula nak bertanya, apa jadi jika kita berada lebih 15 minit dalam tandas ini.
Untuk merasakan wang anda berbaloi dibayar 20 sen, silalah gunakan tandas awam milik DBKL ini!!!
(sebagai panduan- ada tandas VIP di Low Yat Plaza di tingkat bawah, tetapi RM1 sekali masuk. Tandas di tingkat lain, 50sen.)

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2008.12.31 02:19, Fireroll menulis:

    mungkin jika setelah mencukupi 15 minit dan ketika itu kita masih menggunakan tandas itu seperti membuang air, alangkah terkejutnya kita tiba2 pintu itu akan terbuka. Betulkah?

    saya meneka saje.

    • Pada 2008.12.31 02:34, on the scene menulis:

      bro- hang ni pagi2 dah buat lawak..!!!
      betul jugak tu, aku pun tak terfikir mcm tu..!!!

      • Pada 2008.12.31 03:38, IXORAROXI menulis:

        kalau 15 minit tak selesai gak batu ke apa yg nak keluar tu..hehehe

        • Pada 2008.12.31 04:45, on the scene menulis:

          bukan batu, tapi keluar dalam berita…!!!

          • Pada 2008.12.31 05:57, Sue Anna Joe menulis:

            Haha, pintu terbukak. Jadi kalau rasa-rasa tengah diarrhea tu takyah gunalah tandas ini. 15 minit mungkin tak cukup.

            Selalu lihat, tapi agak paranoid untuk guna setelah menonton CSI di mana ada perempuan mati di banjiri air did dalamnya. Haha.

            Aku tidak mahu mati ditenggelami air tandas.

            • Pada 2008.12.31 07:46, jawa peranakan menulis:

              20 sen = 15 minit?

              masuk 80 sen la..boleh lepak sampai sejam..

              PS-tapi ingat..tak elok lepak lama-lama dalam tandas sebab tandas tu kan rumah syaitan..

              • Pada 2008.12.31 13:32, on the scene menulis:

                sue – tak sempat pulak tengok samada ada ke tidak loceng kecemasan dalam tandas tu…!!!

                jawa- aku ni tak sempat lagi buat kejaian mendalam mengenai ‘tandas dalam lif’ ni.
                jika sempat nanti, aku bagi g=fakta2 yang lebih lengkap.
                tapi, jika letak rm1-00, aku rasa, tujuan utama nak tido dalam tu kot…

                • Pada 2008.12.31 13:48, Anonymous menulis:

                  Kalau terpencil dan jauh dari pandangan mata ni dan letak banyak sikit duit ada la yg nak buat projek kat sini nanti.

                  Jangan masuk dalam power supply off. Alamat kena panggang la dalam tu. DBKL kena pasang CCTV kat luar tu so boleh tengok sapa yg masuk. Nanti ada yg bubuh 20sen tapi rupanya buat kerja lain…atau aircon hilang.

                  Bukan kau tak tau oportunis kat Malaysia ni banyak weh.

                  Kesot Kesot

                  • Pada 2008.12.31 13:53, on the scene menulis:

                    sebab tu benda ni dbkl letak kat tengah2 padang, ada orang jaga pulak kat tengah.

                    aku rasa, benda ni tak balik modalnya walaupun letak 30 tahun pun sebab 20sen, manale nak cukup tampung kos.
                    tapi dbkl letakk ni, sebab nak cuba benda baru kot.

                    • Pada 2009.01.02 00:37, jawa peranakan menulis:

                      kesot kesot..

                      letak cctv kat,luar aku sokong..

                      letak cctv kat dalam,aku tak sokong..

                      • Pada 2009.01.16 04:08, Hidemichimomotani menulis:

                        Yang ada masalah sembelit tidak digalakkan menggunakan tandas ini!

                        You must be logged in to post a comment.